Cara SOS Topup UMobile (Pinjam Kredit & Share Credit Prepaid)


Jika anda seorang pengguna prepaid, dan sudah tidak ada kredit langsung, jangan panik. Anda sebenarnya boleh gunakan cara SOS topup UMobile. Izinkan kami berkongsi seperti di bawah.

Sedikit mengenai SOS topup

 

Cara SOS Topup UMobileSOS itu ialah satu kependekan yang merujuk kepada seseoran yang minta pertolongan.

Di Malaysia, terma SOS Top Up sebenarnya digunakan oleh Maxis Hotlink. Namun, bagi kebanyakan pengguna lain seperti Celcom, Digi dan U Mobile, mereka tetap memanggilnya SOS Topup.

Walhal, terma dalam UMobile ialah CreditShare.

Tiada kredit

Pernahkah anda menghadapi situasi kekurangan atau lebih teruk lagi, langsung tiada kredit dalam telefon?

Kita sering hubungi orang ataupun menghantar SMS menggunakan kredit yang datang daripada kad SIM yang kita langgan, seperti Maxis, Celcom, Digi dan sebagainya.

Tambahan pula, pada zaman sekarang, kredit menjadi sangat penting, terutamanya untuk melayari internet, sama ada untuk membuka browser, ataupun membuka media sosial seperti Whatsapp, Instagram dan Facebook.

Pinjam kredit semasa kecemasan

Kita seringkali hadapi situasi kekurangan kredit ni pada saat yang kita betul-betul perlukan kredit. Tetapi, apa yang anda perlu lakukan apabila anda kekurangan kredit? Lazimnya, apabila kurang kredit, anda sudah pasti perlu tambah nilai kredit anda.

Tetapi, mungkin ada situasi yang buatkan anda tidak mampu untuk pergi menambah nilai di mana-mana kedai.

Anda boleh menggunakan perkhidmatan SOS Top Up UMobile, ataupun tambah nilai kecemasan yang disediakan dalam pakej nombor telefon anda.

Fungsi SOS Top Up

Sos Top Up yang juga perkhidmatan meminjam kredit daripada pengedar jenama kad SIM anda sendiri. Apabila anda menambah nilai sendiri kredit anda selepas itu, terdapat nilai yang akan ditarik pula daripada kredit anda untuk dibayar semula kepada pemberi SOS Top Up anda.

Anda kemudiannya boleh menggunakan khidmat SOS Top Up ini sekali lagi.

Jadi, bagaimana caranya?

Kita akan melihat cara untuk SOS Top Up seperti yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi yang popular di Malaysia kini.

Kali ini, kami kongsikan dahulu cara pinjam kredit UMobile.

Syarat topup UMobile

Beberapa syarat anda perlu penuhi sekiranya anda ingin meminjam kredit U Mobile, iaitu:

  • Anda adalah pelanggan U Mobile yang masih lagi aktif.
  • Anda telah membayar pinjaman kredit SOS Top Up yang terdahulu (jika ada).
  • Kredit semasa anda adalah tidak melebihi RM0, ataupun anda tidak mempunyai kredit.

 

Cara SOS topup UMobile

Cara pinjam kredit UMobile

Cara untuk buat SOS topup UMobile:

  1. Dail *118*3*7#. 
  2. Pilih jumlah kredit yang anda ingin pinjam, iaitu RM1, RM3, RM5 atau RM10.
  3. SMS akan dihantar kepada anda sekiranya permintaan anda diluluskan/gagal.
  4. Tempoh aktif kredit yang dipinjam adalah bergantung kepada jumlah kredit yang dipinjam:
    • RM1 – 1 hari
    • RM3 – 3 hari
    • RM5 – 5 hari
    • RM10 – 10 hari
  5. Caj transaksi untuk penghantar, iaitu yang beri pinjam ialah 50 sen.
  6. Caj transaksi untuk penerima, iaitu yang si peminjam ialah 20 sen.

 

Akhir kalam

Cara share kredit UMobile

Ternyata, setiap syarikat ini memang menawarkan cara yang mudah untuk meminjam kredit atau gunakan SOS Top Up. Gunakanlah servis ini sebaik mungkin di saat anda betul-betul memerlukannya.

Andai sudah dapat pinjam kredit, jemput juga baca cara lajukan Internet.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • google com
  • cara pinjam credit u mobile
  • sos topup umobile
  • cara berhutang tupop umobile
  • sos top up u mobile
  • Cara pinjam gredik umobel
  • cara nya pinjam kad kredit u mobile
  • cara nak pinjam kredit u mobile
  • Umobile credit advance
  • cara buat sos topup umobile

2 thoughts on “Cara SOS Topup UMobile (Pinjam Kredit & Share Credit Prepaid)”

Leave a Comment