Cara Check Balance Hotlink (Semak Baki Prepaid Guna *122# dan App)

Ini panduan bagi mereka yang menggunakan pelan prepaid dari Maxis. Di sini kami ingin berkongsi cara check balance Hotlink Prepaid. Untuk mengelakkan situasi seperti kehabisan kredit ketika waktu kecemasan, kita haruslah selalu check balance kredit agar mendapat akses kepada bantuan yang diperlukan. Akan tetapi, sekiranya baki akaun anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan atau menghantar SMS anda boleh request untuk SOS topup, iaitu topup kecemasan yang diberikan oleh pihak Hotlink secara pinjaman.

Cara check balance Hotlink Prepaid

Untuk menyemak baki akaun anda, terdapat dua cara yang boleh anda lakukan untuk berbuat demikian. Anda boleh semak baki akaun anda di aplikasi Hotlink ataupun menggunakan kod UMB. Di sini kami kongikan cara semak dengan tepat.

1. Check balance Hotlink Prepaid melalui aplikasi Hotlink

  1. Muat turun dan dapatkan aplikasi Hotlink di telefon pintar anda.
  2. Pilih pada pautan iOS atau Android
  3. Buka aplikasi Hotlink ditelefon pintar anda.
  4. Baki Hotlink Prepaid anda akan tertera di halaman utama.
  5. Anda memerlukan internet untuk menggunakan aplikasi ini.

Jika anda tidak mempunyai sambungan internet, anda boleh juga check baki Hotlink Prepaid anda melaui kod UMB yang lebih mudah.

2. Check balance Hotlink Prepaid melalui kod UMB

  1. Di dial-pad telefon bimbit anda, dial *128*1#
  2. Baki Digi Prepaid anda akan tertera di paparan skrin telefon bombit anda.
  3. Sambungan internet tidak diperlukan untuk check baki menggunakan caraini.

 

Lebih cara untuk terus berhubung

Sekiranya anda kekurangan baki topup, ada dua cara lagi yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan topup di kala kecemasan selain daripada SOS topup.

1. Ask-A-Topup

Dengan Ask-A-topup, anda boleh meminta kredit daripada orang yang dikenali dengan syarat, mereka juga menggunakan pelan Hotlink Prepaid. Hanya anda perlu request dan sekiranya mereka approve, kredit akan ditolak dari baki akaun mereka dan akan dimasukkan ke akaun anda. Anda boleh menggunakan servis ini melalui aplikasi Hotlink ataupun kod UMB.

  • Melalui aplikasi Hotlink
    1. Muat turun dan dapatkan aplikasi Hotlink di telefon pintar anda.
    2. Pilih pada pautan iOS atau Android
    3. Buka aplikasi Hotlink ditelefon pintar anda.
    4. Klik baki Hotlink Prepaid anda tertera di halaman utama.
    5. Di halaman seterusnya, pilih Ask-A-Topup.
    6. Masukkan nombor telefon pemberi.
    7.  Pilih jumlah anda mahu minta.
    8. Tekan Hantar.
    9. Anda akan menerima pengesahan melalui SMS menyatakan permintaan anda berjaya atau tidak.
  • Melalui kod UMB
    1. Di dial-pad telefon bimbit anda, dial *100*4*3#
    2. Masukkan nombor telefon pemberi.
    3. Masukkan jumlah yang anda mahu minta (RM1 – RM100 maksima).
    4. Tekan Hantar.
    5. Anda akan menerima pengesahan melalui SMS menyatakan permintaan anda berjaya atau tidak.

2. Share-A-Topup

Bagi Share-A-Topup pula, anda dibenarkan untuk berkongsi baki kredit anda kepada pengguna Hotlink Prepaid yang lain. Sama seperti servis Ask-A-Topup, anda boleh menggunakan servis ini melalui aplikasi Hotlink ataupun kod UMB.

  • Melalui aplikasi Hotlink
    1. Muat turun dan dapatkan aplikasi Hotlink di telefon pintar anda.
    2. Pilih pada pautan iOS atau Android
    3. Buka aplikasi Hotlink ditelefon pintar anda.
    4. Klik baki Hotlink Prepaid anda tertera di halaman utama.
    5. Di halaman seterusnya, pilih Share-A-Topup.
    6. Masukkan nombor telefon penerima.
    7.  Pilih jumlah anda mahu kongsi.
    8. Tekan Hantar.
    9. Anda akan menerima pengesahan melalui SMS menyatakan permintaan anda berjaya atau tidak.
  • Melalui kod UMB
    1. Di dial-pad telefon bimbit anda, dial *100*4*2#
    2. Masukkan nombor telefon penerima.
    3. Masukkan jumlah yang anda mahu kongsi (RM1 – RM100 maksima).
    4. Tekan Hantar.
    5. Anda akan menerima pengesahan melalui SMS menyatakan permintaan anda berjaya atau tidak.

Ada masalah semasa menggunakan servis Hotlink Prepaid?

Sekiranya proses penggunaan servis Hotlink Prepaid anda gagal, pihak Hotlink akan sedia membantu. Anda boleh menghubungi khidmat pelanggan Hotlink di sini atau hubungi 03 7492 2123

 

Akhir kalam

Pihak kami berharap agar perkongsian cara check balance Hotlink Prepaid ini dapat memudahkan lagi urusan anda untuk kekal berhubung bersama orang tersayang.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Cara Check Balance Hotlink (Semak Baki Prepaid Guna *122# dan App)”

Leave a Comment