Cara Simpan Duit ASB Online (Melalui Portal www.myasnb.com.my)

Pada era teknologi ini, semua aktiviti harian kita termasuklah transaksi perbankan juga kita boleh lakukan secara online sahaja. Kita juga boleh melakukan pelbagai lagi aktiviti lain secara online contohnya, membeli-belah ataupun shopping online. Selain tujuan shopping online, kita juga haruslah bijak dalam menyimpan, menabung dan melabur untuk masa depan yang lebih cerah. Salah satu cara untuk menabung yang efisyen adalah menyimpan di Amanah Saham Bumiputra (ASB). Jadi pada hari ini kami akan kongsi dengan anda tentang cara simpan duit ASB online.

Jangan terburu-buru mahu keluarkan duit ASB pula!

Cara simpan duit ASB online

Pada hari ini kita akan belajar secara sedikit sebanyak dan akan memberi tumpuan kepada kaedah penyimpanan duit melalui MyASNB. Kepada mereka yang masih belum mempunyai akaun MyASNB, kami ada sediakan artikel khas tentang cara daftar MyASNB untuk membantu anda mendaftar.

Terdapat 19 langkah khusus dan spesifik yang perlu anda ikuti.

Nota: Transaksi bersama ASB online hanya boleh dibuat pada hari ahad sehingga jumaat dari jam 7 pagi sehingga 6 petang sahaja.

Langkah penyimpanan duit

  1. Anda perlu melayari dan membuka laman web rasmi ASB.
  2. Selepas membuka anda perlu klik pada Log Masuk.
  3. Masukkan ID pengguna anda dan juga kata laluan anda dan, klik Teruskan.
  4. Pada paparan berikutnya, klik pada Pelaburan Tambahan.
  5. Pilih nama bank anda dan masukkan nombor akaun bank anda ke dalam ruangan yang disediakan dan klik Seterusnya.
  6. Tick pada kotak yang disediakan bagi menandakan anda bersetuju dengan segala terma dan syarat dari pihak ASB.
  7. Masukkan jumlah duit yang anda ingin simpan pada ruangan Penambahan Pelaburan.
  8. Klik Seterusmya.
  9. Masukkan Captcha (frasa keselamatan) pada ruangan disediakan dan klik Seterusnya.
  10. Ruangan yang seterusnya adalah ruangan FPX. Klik sahaja Proceed To Pay.
  11. Pilih bank yang anda ingin gunakan untuk memindahkan duit anda ke dalam MyASNB.
  12. Klik Agree And Continue.
  13. Selepas itu, anda akan dibawa ke ruangan FPX bank pilihan anda.
  14. Masukkan nama pengguna anda.
  15. Masukkan kata laluan anda pada ruangan yang disediakan.
  16. Kemudian anda akan dipaparkan maklumat tentang transaksi perbankan anda ke MyASNB. Klik sahaja Continue jika maklumat yang dipaparkan adalah betul.
  17. Masukkan nombor TAC pada kotak yang disediakan.
  18. Selepas itu, klik pada Continue With Transaction.
  19. Selesai sudah proses simpan duit ASB online anda.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian pada hari ini akan memudahkan urusan anda untuk menyimpan duit bersama ASB secara online.

Yang paling penting, register ASB online banking jika belum ada akaun lagi. Duit gaji tak besar pun boleh menyimpan juga. Jemput baca cara simpan duit gaji rendah.

Bagi yang ingin kumpul duit untuk hantaran kahwin nanti, boleh ikuti cara simpan duit untuk kahwin juga.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment