Cara Renew Roadtax di Pejabat Pos (Kereta & Motor)

Jika cukai jalan sudah mati, hati pun tak senang untuk bawa kenderaan ke mana-mana. Bimbang kena saman. Jadi, izinkan kami kongsi cara renew roadtax di Pejabat Pos terdekat untuk kenderaan persendirian anda, samada kereta atau motosikal.

Langkau artikel ini jika anda pilih untuk renew roadtax di JPJ berhampiran. Dan langkau juga jika ingin tahu cara renew lesen memandu di Pejabat Pos.

1. Checklist sebelum renew roadtax

Sebelum anda renew roadtax dan renew insurans kereta atau motor, ini dia 4 perkara yang boleh anda ambil kira:

Semak tarikh tamat insurans dan roadtax

Sebelum renew roadtax anda, pastikan anda tahu tarikh tamat tempoh roadtax anda terlebih dahulu. Boleh survey harga insurans motor atau insurans kereta dari Etiqa.

Pastikan bawa geran kenderaan bersama

Seperti yang kita tahu, di dalam geran kenderaan tersebut ada maklumat lengkap tentang kenderaan anda seperti model kereta, tahun kereta dan banyak lagi.

Pastikan kenderaan anda bebas daripada apa-apa saman

Jika anda mempunyai apa-apa tunggakan saman, anda terpaksa melangsaikannya terlebih dahulu.

Ini kerana anda tidak sesekali dibenarkan untuk memperbaharui roadtax kenderaan sekiranya ada mempunyai tunggakkan.

Semak harga pasaran kenderaan anda

Dengan menyemak secara awal harga pasaran terkini kenderaan anda demi kepentingan insurans.

 

2. Syarat renew roadtax di Pejabat Pos

Berikut ialah syarat-syarat sebelum anda boleh perbaharui cukai jalan di Pejabat Pos:

  1. Tempoh renew yang dibenarkan adalah enam (6) bulan atau satu (1) tahun.
  2. Kenderaan tersebut, samada motorsikal atau kereta, mestilah mempunyai perlindungan insuran bagi tempoh seperti yang dipohon.
  3. Anda hanya boleh renew jika roadtax akan tamat tempoh dalam masa dua (2) bulan boleh diperbaharui.
  4. Jika pemilik kenderaan, atau pemunya berdaftar telah diisytiharkan meninggal dunia, pembaharuan roadtax hanya dibenarkan untuk tempoh enam (6) bulan sahaja bagi setiap permohonan untuk tempoh tidak melebihi lima (5) tahun.
  5. Permohonan mesti mendapat kelulusan jika tempoh kematian telah melebihi lima (5) tahun.
  6. Bagi pemilik kenderaan yang tarikh luput roadtax terakhirnya adalah melebihi satu (1) tahun daripada tarikh permohonan, kenderaan tersebut perlu menjalani dan lulus pemeriksaan PUSPAKOM bagi semua kenderaan, termasuk kereta dan motorsikal.

 

3. Perlu buat janji temu Pejabat Pos sebelum renew roadtax dan lesen?

Ya, janjitemu ini hanya terpakai semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jadi, sebelum hadir ke Pejabat Pos, anda perlu buat temujanji Pos Malaysia online terlebih dahulu.

Ini bukan betujuan untuk menyusahkan. Sebaliknya, ini adalah untuk mengelakkan kesesakan pengunjung yang ingin membuat urusan perbaharui cukai jalan dan lesen.

Sila ikuti panduan untuk buat janjitemu Pos Malaysia atas urusan JPJ seperti di bawah:

  1. Layari laman web rasmi Pos Malaysia di sini: https://www.pos.com.my
  2. Untuk direct link, boleh terus pergi ke laman Outlet Finder di sini: https://www.pos.com.my/pos-outlet-finder
  3. Di ruangan Search address, postcode, state or city, taip Pejabat Pos yang berhampiran dengan anda.
  4. Contohnya Pejabat Pos Besar Shah Alam
  5. Tekan ikon Cari
  6. Keputusan carian akan dipaparkan
  7. Klik Book your JPJ service appointment
  8. Anda akan dibawa ke satu laman yang lain
  9. Akan ada beberapa pilihan:
    1. Renewal of Road tax, Insurance and Driving License
    2. Renewal of Driving License
    3. Renewal of Road tax
  10. Untuk cukai jalan, pilih Renewal of Road tax
  11. Pilih tarikh
  12. Pilih waktu
  13. Di bahagian Add your details, masukkan:
    • Name
    • Email
    • Phone number
  14. Tekan butang Book
  15. Akan keluar popup Verify your email
  16. Masukkan verification code yang dihantar
  17. Tekan butang Continue
  18. Ikut arahan selanjutnya sehingga selesai

 

4. Cara renew roadtax di Pejabat Pos

Berikut pula cara untuk renew cukai jalan di Pejabat Pos yang berhampiran dengan anda:

  1. Pastikan anda memenuhi syarat untuk renew roadtax seperti yang diterangkan di atas
  2. Pastikan anda sudah menyediakan dokumen yang diperlukan untuk renew roadtax seperti yang diterangkan di atas
  3. Antara dokumen penting ialah salinan insurans motor atau insurans kereta
  4. Pergi ke JPJ berdekatan
  5. Boleh pergi ke Pejabat Pos besar atau Pejabat Pos cawangan.
  6. Senarai penuh Pejabat Pos seluruh Malaysia ada di sini.
  7. Secara ringkasnya, dokumen yang perlu dibawa:
    • Kad pengenalan
    • Sijil pemilikan kenderaan atau salinan geran
    • Cover note insurans
  1. Ambil nombor terlebih dahulu
  2. Beratur di kaunter dan tunggu giliran anda
  3. Tunggu sehingga nombor dipanggil
  4. Selesaikan urusan di kaunter sehingga selesai semuanya
  5. Siap

Namun bagi sesiapa yang sudah kehilangan salinan geran, mereka masih boleh renew roadtax masing-masing di Pejabat Pos dengan cara:

  1. Perlu bawa Kad Pengenalan atau pun passport yang sah. Jika wakil yang pergi ke Pejabat Pos, Kad Pengenalan pemilik tidak diperlukan.
  2. Pergi ke Pejabat Pos berdekatan.
  3. Tunggu giliran anda dan siap.

 

5. Cara renew cukai jalan secara online

Selain dari beli insurans motor atau insurans kereta di Etiqa, anda juga boleh dapatkan dari laman web di bawah:

Menerusi Loanstreet

Kaedah ini hanya boleh dilalukakan bagi membayar roadtax dan insurans motor sahaja.

  1. Layari laman web Loanstreet
  2. Cari butang insurans, dan klik pada motorcycle insurance
  3. Masukkan maklumat peribadi anda serta kenderaan
  4. Klik butang buy now jika setuju dengan sebut harga yang dipamerkan
  5. Anda boleh renew roadtax sekali gus jika mahu. Jika tidak, tekan butang seterusnya
  6. Sahkan maklumat dan buat pembayaran
  7. Tunggi email yang mengandungi cover note insurans motor
  8. Siap

Menerusi MyEG

    1. Layarai laman web https://autoroadtax.com.my
    2. Pilih bahasa
    3. Klik renew online new / perbaharui insurans sekarang
    4. Isikan nombor kad pengenalan dan nombor kereta
    5. Pilih syarikat insurans
    6. Harga renew roadtax akan dilakukan secara automatik
    7. Bayar secara online atau kaedah lain yang dibenarkan
    8. Muat naik cover note dengan memasukkan nombor kad pengenalan
    9. Siap

 

6. Jenis insurans di Malaysia

Sebelum itu, mari kita lihat 3 jenis perlindungan insurans yang ada di Malaysia.

1st party

  • Perlindungan insurans jenis ini akan cover keseluruhan perbelanjaan sekira berlakunya kemalangan pada kereta milik kita, mahu pun pihak yang dilanggar.
  • Perlindungan insurans ini juga akan cover bagi mereka yang kehilangan kereta atau pun kebakaran kereta.
  • Perlindungan insurans ini membenarkan kita untuk menambah jenis perlindungan lain.
  • Tempoh masa perlindungan insurans ini adalah selama 15 tahun.

3rd party fire & theft

  • Tempoh masa perlindungan insurans ini adalah selama 15 tahun.
  • Perlindungan insurans jenis ini hanya akan cover kereta yang dilanggar oleh pemilik, kenderaan hilang atau pun terbakar.

3rd party

  • Perlindungan insurans jenis ini hanya fokus pada yang mempunyai motor sahaja.
  • Harga yang dikenakan sangat murah berbanding jenis perlindungan yang lain.

Pun begitu, bagi mereka yang masih ada tunggakan hutang atau pun saman yang membabitkan kenderaan mereka, perlulah langsaikan tunggakan tersebut sebelum mengambil perlindungan insurans ini.

 

Akhir kalam

Jadi, bagi sesiapa yang ingin renew roadtax motor serta insurans kenderaan masing-masing, ada baiknya jika anda membuat persiapan secara awal. Beli insurans siap-siap untuk percepatkan urusan. Jadi, tak perlu berlama-lama di premis Pos Malaysia.

Sekiranya Pejabat Pos jauh, manakala JPJ pula sangat hampir dengan lokasi tempat tinggal anda, ada baiknya buat temujanji JPJ online dahulu.

Semoga dipermudahkan segala urusan lesen, cukai jalan atau apa-apa sahaja yang berkaitan.

Semoga bermanfaat.

29 thoughts on “Cara Renew Roadtax di Pejabat Pos (Kereta & Motor)”

  1. Assalam, saya punya masalah mcm ni, so nak mintak pendapat, saya renew insuran dan roadtax melalui bjak, pada 21/3/2020, keesokkan harinya saya terima email covernote insurance sahaja, roadtax tidak ada, so, saya tnya ttg roadtax, pihak bjak ckp saya cuma beli insurance sahaja, roadtax tak include sbb saya tidak tick di box yg disediakan, jadi boleh ke saye beli roadtax di jpj terus?

    Reply
  2. Saya dah renew insurans online utk motor saya. Kalau saya nak renew roadtax kat pejabat pos tapi tak bwk geran/insurans motor boleh ke? Tapi saya ada softcopy insurans motor.
    Ps: motor atas nama saya

    Reply
  3. Bjak servis teruk… Info mislead… Alasan PKP xbuat roadtax padahal dah PKPP. Then bagi alasan Bos JPJ tak bagi arahan lagi pada bos BJAK. Serius servis teruk. Elok lagi MYEG & runner biasa.

    Reply
  4. Dlm sistem semua dh ada kan ttg insurance dan butiran kenderaan kita?
    Bolih tak pergi sja ke pejabat pos, tunjuk ic dan no kenderaan?
    Insurance sya ada lagi tempoh 6 bulan sbb sya renew road tax 6 bulan sekali (faktor ekonomi road tax engine cc besar)

    Reply
  5. Kalau nak renew roadtax fi pejabat pos, waktu urusan pada hari bekerja saja ke atau weekend pun boleh as long as pejabat pos buka?

    Reply
  6. hi nak tnyaa . kalau insuran da buat . pergi perjabat pos boleh kan ? kena bawak geran kee ? n motor tuh atas nama kakak saya .

    Reply
  7. Hi tmpg tnya.
    Saya dah beli insuran etiqa melalui online tapi roadtax xtermasuk. Jadi bagaimana saya nak dapatkan roadatax utk ditampal pada cermin kereta? Secara online

    Reply
  8. Hi saya nak claim.insurqnce motor saya yg dibuat first party di pejabat pos.boleh saya tahu senarai bengkel yang saya boleh pergi untuk claim barang2 motor yang telah mengalami kemalangan di jalan raya..report trafik telah dibuat..nak tahu panel insurance motor pejabay pos sahaja..tq

    Reply
  9. Salam. Baru perasan roadtax motor saya dah expired 2 tahun lepas. Saya dah google, kerajaan bagi renew sape yang expired lebih 1 tahun hingga 3 tahun (xperlu Puspakom), sempena COVID. Yang lebih 3 tahun kena Puspakom jugak. Lusa saya akan ke pejabat pos

    Reply
  10. Salam gaiz, sy dah renew insurans secara online, Bjak. Tp road tax blom buat lg sbb jpj kata bukak 1 June 2021. Kalo hantar wakil renew road tax, perlu ape2 dokumen ke?

    Sekian terima kasih.

    Reply

Leave a Comment