Pinjaman BSN Untuk Perniagaan 2021 (Apply Business Loan)

Bagi usahawan yang pening kepala untuk kembangkan lagi bisnes, boleh cuba meminjam di Bank Simpanan Nasional. Pinjaman BSN untuk perniagaan adalah bagi sesiapa yang mahu melebarkan perniagaan mereka. Yang mahu mulakan bisnes juga boleh mohon. Izinkan kami berkongsi maklumat pinjaman perniagaan ini seperti di bawah.

Sedikit mengenai BSN

Bank Simpanan Nasional adalah perkhidmatan kewangan yang disenaraikan di bawah syarikat milik kerajaan (Government Link Company- GLC) yang menyediakan pelbagai bentuk kemudahan kewangan.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah pembiayaan peribadi, perbankan Islam dan pembiayaan perniagaan. Dalam artikel, kami memfokuskan peluang yang ditawarkan oleh BSN.

 

Pinjaman BSN untuk perniagaan (Conventional loan)

Berikut ialah senarai pinjaman konvensional yang ada di BSN. Dalam bidang konvensional, BSN menawarkan pinjaman seperti berikut:

  • Pinjaman TemaNiaga: Pinjaman perniagaan dari RM 5000- RM 50000, fokus pada bidang pembuatan, perkhidmatan dan peruncitan.
  • Pinjaman TemanMesra: Pinjaman BSN untuk perniagaan ini dari RM 5000- RM 50000, juga fokus pada bidang pembuatan, perkhidmatan dan peruncitan.
  • PKBC: Pinjaman ini adalah untuk penduduk tetap di Kampung Baru Cina, Seri Kembangan. Ia juga fokus pada pembuatan, perkhidmatan dan peruncitan. Juga berjumlah RM 5000 – RM 50000, pemohon juga mesti mempunyai rekod yang baik dalam CCRIS.
  • Automation and Digitalization Facility (ADF): Pinjaman ini adalah untuk sektor SME khusus untuk menaik taraf mesin penghasilan dan penggunaan komputer dan perisian dalam menghasil dan merekod perniagaan. Pinjaman ini adalah untuk peniaga kecil menjadikan sistem komputer sebagai sokongan perniagaan. Jumlah pinjaman maksimum dalam pakej ini adalah RM 250,000.
  • Agrofood Facility: Pinjaman ini adalah untuk perniagaan SME khas untuk penghasilan makanan dan pertanian. Pinjaman yang disediakan adalah untuk pembiayaan gaji pekerja, kelengkapan dan projek pertanian. Jumlah maksimum pinjaman ialah RM 250,000.

Pinjaman perniagaan BSN Islamik

Bagi pinjaman Islamik pula, BSN menyediakan pinjaman mikro perniagaan seperti berikut:

  • Pinjaman i- Tawarruq: Pinjaman ini adalah bentuk pinjaman Islamik di mana peniaga dibenarkan untuk memiliki aset milik BSN seperti lot kedai atau hartanah lainnya, dan sehingga satu tempoh tertentu boleh menjual kepada orang lain untuk memperoleh keuntungan.
  • PKBC i- Murabahah: Pinjaman ini adalah untuk komuniti Kampung Baru Cina di mana ia menggunakan sistem murabahah. Ia adalah sama dengan kaedah tawarruq di mana peniaga di beri pinjaman untuk memiliki aset milik BSN.
  • i- ADF: Pakej pinjaman ini sama untuk Automation and Digitilization Facility, tetapi ia juga dijalankan secara murabahah.
  • i- Agrofood Facility: Pinjaman ini adalah fokus pada kelengkapan dan kemudahan untuk asas tani tetapi dijalankan secara murabahah juga.

Bantuan Khas Pemulihan BSN Akibat Covid 19

Ada satu lagi pinjaman BSN untuk perniagaan berkaitan bantuan khas dari inisiatif kerajaan iaitu yang BSN Mikro-i.

  • BSN Mikro i- Kredit Prihatin: Pakej ini adalah di bawah rancangan Pakej Rangsangan Prihatin untuk peniaga yang terkesan akibat wabak Covid 19 di mana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terpaksa dilaksanakan. Di bawah pakej ini peniaga yang telah berniaga secara sepenuh masa lebih dari 6 bulan boleh meminjam dengan kadar faedah 0%. Moratarium juga diberikan iaitu penangguhan bayaran balik untuk 6 bulan pertama dari tempoh meminjam.

Maklumat lanjut berkaitan Pinjaman PKS Prihatin BSN Mikro-i ada di sini.

Syarat dan Kelayakan

Secara amnya, syarat kelayakan yang ditetapkan untuk pinjaman perniagaan BSN seperti yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia berumur 21-60 tahun.
  • Berniaga sepenuh masa.
  • Mempunyai sijil pendaftaran yang sah dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  • Telah berniaga untuk tempoh 2 tahun.
  • Pendapatan bersih RM 2000 sebulan dengan atau tanpa penjamin.

Bagi pakej PKBC, terdapat syarat tambahan seperti berikut:

  • Mendapat surat pengesahan dari JKKK/ ketua kampung/ wakil rakyat bahawa pemohon adalah pemastautin tetap di Kampung Baru Cina.

Bagi Pakej Bantuan Khas untuk BSN Micro i-Kredit ialah:

  • Kesemua sektor yang terjejas akibat Covid 19 dalam SME dan mikro.
  • Perniagaan telah berjalan selama 6 bulan.
  • Permohonan sah sehingga 31 Disember 2020.

Bagaimana Untuk Memohon Loan BSN? 

Jika anda berkelayakan dan berminat untuk buat pinjaman perniagaan BSN, anda boleh hadir ke kaunter cawangan-cawangan BSN yang terdekat atau muat turun borang dalam format PDF di laman sesawang rasmi BSN di www.mybsn.com.my dengan disertakan dokumen berikut:

  • 2 salinan MyKad.
  • Salinan pendaftaran perniagaan.
  • Salinan buku akaun bank.
  • Salinan utiliti air dan elektrik syarikat.
  • Rekod jualan sepanjang 6 bulan lepas jika ada.

Kami sarankan anda register BSN online banking juga untuk memudahkan urusan untuk pengeluaran nanti.

Akhir kalam 

Oleh itu, boleh dirumuskan bahawa BSN begitu mengutamakan pinjaman perniagaan sebagai produk jangka panjangnya dan boleh menjadi agensi yang penting untuk kumpulan peniaga yang mahu mengembangkan perniagaan mereka.

Walau bagaimanapun ini bukanlah satu pinjaman untuk ‘start-up‘ dan anda mesti mempunyai rekod perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan.

Jika berminat, selamat mencuba.

Semoga bermanfaat.

4 thoughts on “Pinjaman BSN Untuk Perniagaan 2021 (Apply Business Loan)”

  1. Saya mencari pinjaman utk menambah modal kerja kerana terjejas Dan merosot disebabkan pendemim covid 19

    Reply

Leave a Comment