Cara Semak Baki Pinjaman PTPTN (Secara Online & SMS)


Fasa pengajian di menara gading merupakan sesuatu yang sangat indah bagi kebanyakan daripada kita. Namun, keperluan perbelanjaan yang tinggi merupakan sesuatu yang perlu difikirkan sebelum kita menjejakkan kaki di mana-mana institut pengajian tinggi. Bagi yang mendapat bantuan, jangan lupa bayar apa yang sudah dipinjam. Izinkan kami akan berkongsi cara semak baki pinjaman PTPTN.

Jangan lupa bayar pinjaman

Syukurlah di negara kita, pihak kerajaan telah memperkenalkan satu langkah bagi membantu para pelajar untuk mencapai cita-cita mereka melalui pinjaman PTPTN.

Adakah anda peminjam PTPTN? Baru menamatkan pengajian? Atau sudah lama meninggalkan alam pengajian? Jika benar, diharapkan anda tidak lupa tanggungjawab anda untuk menjelaskan baki pinjaman.

Disebabkan kesibukan, pasti ramai di antara kita yang terlupa berapakah jumlah baki pinjaman mereka. Jadi di dalam artikel kali ini, kami akan menjelaskan bagaimana untuk membuat semakan baki tunggakan pinjaman anda.

Lebih mengujakan lagi, anda sebenarnya boleh membuat semakan di rumah sahaja dan tidak perlu pergi ke kaunter PTPTN untuk membuat semakan. Iaitu melalui online dan sms.

Jika menyemak melalui atas talian, anda boleh melihat secara terperinci berapakah jumlah tunggakan anda dan berapakah ansuran bulanan yang perlu dibayar. Tiada bayaran yang akan dikenakan. Mudah dan percuma!

Manakala, jika anda membuat semakan baki pinjaman PTPTN melalui SMS, anda hanya boleh melihat baki pinjaman sahaja, malah anda turut dikenakan caj sebanyak RM0.15 dan RM0.20 bagi setiap sms yang dihantar.

 

Cara buat semakan PTPTN melalui online

Bagi membuat semakan online, anda boleh mulakan dengan melayari laman utama portal PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/ dan tekan di ikon ‘Bayaran Balik’. Dan selepas itu, cari ikon ‘penyata pinjaman online’ dan tekan.

Dan apabila keluar halaman masuk penyata pinjaman online, masukkan nombor Kad Pengenalan di ruang yang telah diberikan. Seterusnya, masukkan pula kata laluan anda.

Jika anda terlupa kata laluan, jangan risau! Anda boleh klik di ‘Lupa Kata Laluan’ untuk mendapatkan bantuan. Selepas anda mengisi maklumat yang diperlukan, kata laluan baru akan dihantar melalui e-mel.

Untuk pengetahuan anda, bagi pengguna kali pertama, anda perlu menghubungi PTPTN terlebih dahulu untuk mendapatkan kata laluan.

Untuk tips bagaimana untuk mendapatkan respons yang pantas daripada pihak PTPTN, anda boleh berhubung terus kepada mereka dengan menghantar mesej melalui akaun rasmi media sosial PTPTN.

Setelah berjaya log masuk ke dalam akaun anda, terdapat 2 pilihan ikon yang dipaparkan untuk melihat baki pinjaman anda iaitu melalui ikon ‘Penyata Baki’ atau ‘Penyata Baki Terperinci’.

Perbezaan di antara keduanya adalah ‘Penyata Baki’ hanya akan memaparkan transaksi terkini anda secara ringkas. Manakala, ‘Penyata Baki Terperinci’ pula akan memaparkan semua maklumat mengenai akaun pinjaman anda secara lebih terperinci.

Untuk pengetahuan anda juga, penyata ini boleh dicetak bagi tujuan rasmi dengan hanya menekan butang ‘Cetak’.

 

Cara semak baki pinjaman PTPTN melalui SMS 

Untuk membuat semakan melalui sms, anda hanya perlu membuka aplikasi message, kemudian taip PTPTN<jarak>BAKI<jarak>No Kad Pengenalan<jarak>No PIN

Dan hantarkan kepada 15888.

Untuk makluman, anda boleh dapatkan no pin atau no pinjaman anda dengan menghubungi talian Hotline PTPTN di 03-20804455 atau di akaun rasmi media sosial PTPTN sama di Facebook atau Twitter.

Akan tetapi, kekurangan cara semakan ini adalah, anda akan dikenakan caj sebanyak RM0.15 dan RM0.20 untuk setiap sms yang diterima.

Jika terdapat sebarang pertanyaan yang anda ingin ajukan atau maklumat lanjut yang anda ingin dapatkan, anda boleh merujuk kepada media sosial PTPTN di laman Facebook Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atau di Twitter PTPTN.

Anda disaran mengajukan mesej peribadi di Facebook untuk mendapatkan respons yang pantas melalui admin PTPTN.

 

Akhir kalam

Sekiranya, terdapat sebarang masalah yang anda tidak fahami, anda juga boleh menghubungi  Careline PTPTN di 03 – 2193 3000, Faks: 03 – 2193 1263 atau boleh membuat aduan di e-Aduan iCare di portal rasmi PTPTN.

Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan melalui pelbagai saluran lain melalui pos di alamat surat menyurat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Tingkat Bawah, Menara PTPTN, Blok D, Megan Avenue II, No.12, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur.

Sangat mudah, bukan? Jadi, jangan lupakan tanggungjawab anda sebagai peminjam dengan melunaskan hutang anda supaya dapat membantu generasi akan datang pula.

Diharapkan agar perkongsian cara semak baki pinjaman PTPTN ini memudahkan lagi urusan anda. Pesanan terakhir, sebelum ke luar negara, jangan lupa buat semakan blacklist PTPTN dahulu. Bimbang kalau tak bayar, anda tak akan dibenarkan menaiki kapal terbang.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • semak baki ptptn
  • semak baki ptptn SMS
  • semakan baki pinjaman ptptn

Leave a Comment