Cara Share Kredit UMobile (Melalui U Mobile App, SMS & Website)

Adakah anda pengguna UMobile yang masih keliru dengan cara share kredit? Kalau ya, izinkan kami kongsikan panduan yang mudah dan ringkas.

Cara share kredit UMobile

Sekiranya anda ingin tahu panduan lain tentang cara guna UMobile, sila baca cara semak baki U Mobile dan SOS topup U Mobile.

#1 Cara share kredit UMobile melalui UMB

Berikut merupakan cara share kredit UMobile melalui UMB.

  1. Dial *118*3*7#
  2. Klik 1 untuk transfer credit.
  3. Klik Send.
  4. Masukkan nombor telefon penerima pada ruangan Please enter the phone number to transfer credit to. 
  5. Klik Send.
  6. Pilih amaun yang ingin dipinda untuk penerima.
  7. Klik Send.
  8. Satu pop-up akan mengatakan bahawa Your request is currently processed, please wait for the confirmation SMS (permintaan anda sedang diproses, sila tunggu untuk pengesahan SMS).
  9. Klik OK.
  10. Kemudian, anda akan terima SMS tersebut sebagai bukit transaksi anda berjaya.
  11. Selesai.

#2 Cara share kredit UMobile melalui aplikasi MyUMobile

Pastikan anda mempunyai aplikasi MyUMobile dalam telefon anda terlebih dahulu.

  1. Buka aplikasi MyUMobile.
  2. Klik pada Menu.
  3. Pilih CreditShare daripada senarai tersebut.
  4. Klik pada Transfer Credit.
  5. Pilih amaun yang ingin dipinda.
  6. Masukkan nombor telefon penerima pada ruangan recipient’s phone number.
  7. Kemudian, klik Transfer Credit.
  8. Selesai.

#3 Request kredit melalui aplikasi MyUmobile

Pastikan anda memuat turun aplikasi UMobile sebelum meggunakan perkhidmatan ini.

  1. Buka aplikasi MyUMobile.
  2. Klik pada Menu.
  3. Pilih CreditShare daripada senarai yang diberikan.
  4. Klik pada Request Request.
  5. Pilih amaun yang ingin dipinda.
  6. Masukkan nombor telefon penghantar pada ruangan sender’s phone number.
  7. Kemudian, klik Request Request.
  8. Selesai.

#4 Melalui laman web u.com.my

Anda juga boleh pinda kredit melalui laman web (website) Umobile. Caranya seperti di bawah.

  1. Layari laman web https://www.u.com.my/selfcare/login.
  2. Pilih Select Type sebagai Personal.
  3. Masukkan nombor telefon pada ruangan Phone No.
  4. Masukkan pin anda pada ruangan PIN.
  5. Klik Login.
  6. Pilih Transfer Credit di bawah laman CreditShare.
  7. Pilih amaun yang ingin dipinda.
  8. Masukkan nombor telefon yang ingin dipinda kepada penerima.
  9. Kemudian, klik Transfer Credit.
  10. Sekiranya transaksi tersebut berjaya, satu SMS akan dihantar kepada anda menyatakan transaksi berjaya.

#5 Request kredit UMobile melalui laman web

Berikut merupakan cara minta kredit UMobile melalui laman web.

  1. Layari laman web https://www.u.com.my/selfcare/login.
  2. Pilih Select Type sebagai Personal.
  3. Masukkan nombor telefon pada ruangan Phone No.
  4. Masukkan pin anda pada ruangan PIN.
  5. Klik Login.
  6. Pilih Request Credit di bawah laman CreditShare.
  7. Pilih amaun yang ingin dipinda.
  8. Masukkan nombor telefon yang ingin diminta daripada penerima.
  9. Kemudian, klik Request Credit.
  10. Sekiranya transaksi tersebut berjaya, satu SMS akan dihantar kepada anda menyatakan transaksi berjaya.

#6 Cara kongsi kredit UMobile melalui SMS

Selain cara UMB, aplikasi dan laman web, anda juga boleh pinda kredit UMobile melalui SMS seperti cara di bawah.

  1. Buka aplikasi Messages pada telefon anda.
  2. Kemudian, klik New Message (mesej baru).
  3. Taip TR diikuti amaun dan nombor penerima. Kemudian, hantarkan ke 28166. Caranya seperti berikut:
    • Contohnya, masukkan TR 10 0123456789 (pada ruang mesej baru).
    • Pada ruang nombor penerima pula, masukkan 28166.
    • Pastikan amaun dan nombor penerima adalah betul.
    • Sekiranya transaksi tersebut berjaya, satu SMS akan dihantar kepada anda menyatakan transaksi berjaya.
  4. Selesai.

#7 Request kredit UMobile melalui SMS

Berikut merupakan cara minta kredit UMobile melalui SMS.

  1. Buka aplikasi Messages pada telefon anda.
  2. Kemudian, klik New Message (mesej baru).
  3. Taip RQ diikuti amaun dan nombor penerima. Kemudian, hantarkan ke 28166. Caranya seperti berikut:
    • Contohnya, masukkan RQ 10 0123456789 (pada ruang mesej baru).
    • Pada ruang nombor penerima pula, masukkan 28166.
    • Pastikan amaun dan nombor penerima adalah betul.
    • Sekiranya transaksi tersebut berjaya, satu SMS akan dihantar kepada anda menyatakan transaksi berjaya.
  4. Selesai.

#8 Kongsi kredit UMobile ke negara lain melalui UMB

Selain cara pinda dan minta kredit di dalam negara, anda juga boleh pinda kredit UMobile anda ke luar negara.

  1. Dial *118*3*3#
  2. Klik Send.
  3. Pilih negara penerima yang ingin anda hantar kredit (pilih antara 1 hingga 9).
  4. Klik Send.
  5. Masukkan nombor penerima pada ruangan yang dipaparkan.
  6. Klik Send.
  7. Pilih amaun yang hendak dipinda berdasarkan daripada menu yang dipaparkan.
  8. Klik Send.
  9. Klik 1 bagi mengesahkan transaksi anda.
  10. Klik Send.
  11. Satu pop-up akan mengatakan bahawa Your transaction is accepted. Please wait for the SMS information about your transaction status within 30 minutes.(Transaksi anda telah diterima. Sila tunggu untuk mendapatkan maklumat SMS tentang status transaksi anda dalam masa 30 minit).
  12. Klik OK.
  13. Kemudian, anda akan terima SMS tersebut sebagai bukit transaksi anda berjaya.
  14. Selesai.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian seperti di atas telah memudahkan lagi urusan anda.

Untuk pengguna telco yang lain, jemput baca cara share kredit Celcom, share kredit Digishare kredit Maxis dan juga cara share kredit Tune Talk.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment