Cara Bayar Loan Kereta Public Bank (pbebank.com)

Jika anda ingin bayar loan kereta Public Bank, ikuti langkah-langkah ringkas seperti di bawah.

Izinkan kami berkongsi.

1. Cara bayar loan kereta Public Bank

  1. Buka pautan https://www.pbebank.com.
  2. Klik Login > PBe.
  3. Isikan User ID dan Password. Kemudian, klik Next.
  4. Tekan Payment.
  5. Klik PB Loan/Financing Payment.
  6. Pilih sama ada To Favourite Account atau To Other Account.
  7. Kemudian, tekan butang From Account.
  8. Lengkapkan nombor akaun loan di ruangan Beneficiary Account No.
  9. Isikan maklumat untuk Beneficiary Name, Bank, dan Account No.
  10. Seterusnya, masukkan Jumlah Pembayaran (RM), tekan Next.
  11. Klik Request PAC Now.
  12. Masukkan Kod PAC yang telah dihantar ke telefon bimbit anda.
  13. Akhir sekali, klik Confirm untuk sahkan pembayaran anda.

 

2. Cara bayar loan kereta Public Bank guna IBG

Ini adalah langkah untuk buat bayaran loan kereta anda ke bank yang lain menggunakan Interbank Giro (IBG).

  1. Buka pautan https://www.pbebank.com.
  2. Klik Login > PBe.
  3. Kemudian, isikan User ID dan Password dan klik Next.
  4. Tekan Fund Transfer.
  5. Seterusnya,klik Other Bank Account.
  6. Pilih Interbank GIRO (IBG).
  7. Lanjutan daripada di atas, pilih To Favourite Account atau To Other Account dan klik mengikut kesesuaian.
  8. Kemudian, klik From Account.
  9. Pada laman Payment Type, klik Loan Payment.
  10. Lengkapkan maklumat yang terdiri daripada Beneficiary Name, Bank, dan Account No.
  11. Isikan ruangan Recipient Reference.
  12. Masukkan Jumlah Pembayaran, klik Next.
  13. Tekan butang Request PAC Now.
  14. Masukkan Kod PAC diterima.
  15. Klik Confirm untuk melunaskan pembayaran.

 

3. Cara membayar pinjaman kereta Public Bank guna Instant Transfer

Ini adalah langkah untuk buat bayaran loan kereta anda ke bank yang lain menggunakan Instant Transfer (IBFT).

  1. Buka pautan https://www.pbebank.com.
  2. Klik Login > PBe.
  3. Isikan User ID dan Password, klik Next untuk paparan skrin seterusnya
  4. Pilih Fund Transfer.
  5. Tekan butang Other Bank Account.
  6. Klik Instant Transfer.
  7. Anda diberi pilihan sama ada untuk memilih To Favourite Account atau To Other Account.
  8. Pilih akaun From Account.
  9. Di bawah kategori Beneficiary Bank (Bank Penerima) dan isikan Beneficiary Account No (No. Akaun Penerima).
  10. Di ruangan Beneficiary Account, klik Loan Payment
  11. Lengkapkan ruangan Recipient Reference.
  12. Masukkan Jumlah Pembayaran, klik Accept.
  13. Klik Request PAC Now.
  14. Masukkan Kod PAC.
  15. Klik Confirm untuk menyelesaikan pembayaran anda.

Leave a Comment