Cara Guna Mesin CDM (Transfer Duit di Cash Deposit Machine)

Anda pernah dengar tentang CDM? Adakah anda masih lagi keliru dengan penggunaan CDM, bukan? Jadi, izinkan kami kongsikan cara guna mesin CDM agar dapat memudahkan pemahaman anda.

Persediaan

CDM ialah Cash Deposit Machine atau dikenali sebagai Mesin Deposit Wang Tunai.

Tujuan mesin CDM ini digunakan bagi memasukkan atau bank in duit ke dalam mesin tersebut.

Panduan guna mesin CDM adalah senang.

CDM ini boleh dijumpai di cawangan – cawangan bank yang anda berdaftar sebagai pelanggan.

CDM ini hanya boleh dilakukan secara konvensional seperti ATM iaitu dengan lawati cawangan bank.

Anda juga boleh rujuk CDM Bank Islam untuk mendapatkan maklumat serba sedikit mengenainya.

Cara guna mesin CDM

Berikut merupakan dua panduan guna mesin CDM iaitu menggunakan kad dan tanpa kad.

#1 Cara guna mesin CDM menggunakan kad

Anda perlu lawati cawangan bank yang anda berdaftar sebagai pengguna bank tersebut terlebih dahulu. Berikut merupakan cara guna CDM. Sila ikut caranya seperti di bawah.

  1. Masukkan kad ATM ke slot kad pada mesin CDM bagi memulakan proses panduan guna CDM cawangan bank anda.
  2. Tunggu hingga disahkan.
  3. Pilih bahasa yang diingini.
  4. Pada bahagian Sila Tekan Nombor PIN anda, masukkan PIN ATM pada ruangan yang diberi dengan menekan pada butang keypad ATM.
  5. Klik Deposit Tunai agar proses guna mesin CDM tidak mengalami masalah.
  6. Masukkan No Akaun.
  7. Tekan YA bagi sahkan supaya proses cara guna CDM berjalan dengan lancar.
  8. Pastikan nama dan no akaun adalah betul.
  9. Masukkan duit pada ruang duit mesin CDM.
  10. Nilai yang dimasukkan disahkan agar proses guna CDM tidak mengalami masalah.
  11. Klik Enter/Masuk.
  12. Kemudian, tunggu sehingga diproses dan disahkan.
  13. Ambil resit sebagai bukti transaksi dan merupakan langkah terakhir panduan guna CDM.
  14. Selesai.

#2 Cara guna CDM tanpa kad

Anda perlu lawati cawangan bank yang anda berdaftar sebagai pelanggan bank tersebut terlebih dahulu. Berikut merupakan cara guna mesin CDM seperti di bawah.

  1. Tekan butang keypad pada mesin CDM bagi memulakan proses panduan guna CDM cawangan bank anda.
  2. Tunggu hingga disahkan.
  3. Pilih bahasa yang diingini.
  4. Klik Deposit Tunai supaya panduan guna CDM tidak mengalami sebarang masalah.
  5. Masukkan No Akaun.
  6. Tekan YA bagi sahkan supaya proses cara guna CDM berjalan dengan lancar.
  7. Pastikan nama dan no akaun adalah betul.
  8. Masukkan duit pada ruang duit mesin CDM.
  9. Nilai yang dimasukkan disahkan.
  10. Klik Enter/Masuk.
  11. Kemudian, tunggu sehingga diproses dan disahkan.
  12. Ambil resit sebagai bukti transaksi dan merupakan langkah terakhir panduan guna CDM.
  13. Selesai.

 

# Senarai bank yang boleh guna CDM

Kebanyakan bank memang ada CDM di cawangan masing-masing. Antaranya ialah:

  • Maybank
  • Bank Islam
  • Bank Rakyat
  • BSN
  • CIMB
  • RHB
  • Ambank
  • Agro Bank
  • Public Bank

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian tentang cara guna mesin CDM telah memudahkan lagi urusan anda.

Anda juga boleh baca cara masukkan duit ke dalam bank.

Sila baca cara masukkan duit ke dalam BSN untuk maklumat lanjut.

Sekiranya anda pelanggan Maybank, jemput baca cara bank in duit Maybank.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Cara Guna Mesin CDM (Transfer Duit di Cash Deposit Machine)”

Leave a Comment