Cara Bank In Duit BSN (Guna Mesin CDM, ATM & MyBSN Online)

Mungkin salah seorang kawan atau keluarga anda terdesak mahu guna wang. Mungkin juga orang yang pernah pinjamkan duit kepada anda, urgent mahu guna duit dan mahukan anda bayar hutang dia secepat mungkin melalui BSN. Satu lagi, mungkin juga anda mahu tambah simpanan anda di BSN. Persoalannya, macam mana cara bank in duit BSN?

Perbankan moden

Pada zaman sekarang, wang sangat memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita. Sama ada untuk memenuhi keperluan dan kehendak diri sendiri, ataupun kita menggunakan wang untuk menyara kehidupan keluarga kita. Wang juga mainkan peranan dalam urusan harian seperti pembayaran bil elektrik, bayar sewa rumah, bayar bil air, bayar kereta dan sebagainya. Hakikatnya, kita boleh katakan yang kita mungkin tidak mampu untuk hidup tanpa wang.

Kini, pelbagai bank yang telah wujud di Malaysia untuk memudahkan kita mengendalikan wang. Pada waktu dahulu, kita sudah terbiasa dengan amalan menabung dan menyimpan kesemua wang kita di rumah melalui simpanan yang rapi dan hanya kita sahaja yang tahu. Atas faktor keselamatan dan juga untuk lebih sistematik serta jaminan wang kita selamat, bank diwujudkan untuk membantu kita menabung dengan lebih cermat dan lebih bijak.

Bank in duit

Kita boleh menambah simpanan dari semasa ke semasa dengan mesin Cash Deposit yang boleh diperoleh di mana-mana bank. Kita juga boleh melakukan pengeluaran, pemindahan dan servis-servis lain menggunakan mesin ATM.

Dalam artikel ini, anda akan diajar cara yang mudah dan betul untuk menambah simpanan anda, atau menghantar wang anda ke akaun bank orang lain dengan servis bank in menggunakan mesin Cash Deposit, di kaunter, bank in cek dan juga pemindahan wang secara online dengan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Cara bank in duit BSN di kaunter

  1. Pergi ke cawangan BSN yang terdekat dengan rumah anda.
  2. Ambil nombor giliran. Apabila giliran anda tiba, pergi ke kaunter dan maklumkan kepada staf bahawa anda ingin menyimpan wang ke akaun sendiri, ataupun anda ingin memasukkan wang ke akaun orang yang anda ingini.
  3. Anda akan diserahkan satu borang.
  4. Isi borang tersebut beserta jumlah, dan nombor akaun yang ingin dimasukkan wang tersebut.
  5. Serahkan wang anda dan urusan anda selesai.
  6. Dalam tempoh yang akan dimaklumkan oleh staf tersebut, anda akan tahu bila wang tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun yang ditujui.

 

Cara bank in duit BSN ke BSN guna mesin cash deposit (CDM)

Anda boleh gunakan panduan ini jika mahu masukkan duit ke akaun BSN sendiri atau akaun BSN orang lain.

  1. Pergi ke cawangan BSN ataupun mana-mana lokasi yang mempunyai mesin CDM BSN.
  2. Anda boleh melakukan bank-in bersama kad atau tanpa kad.
  3. Kalau anda ingin melakukannya tanpa kad, pertama sekali, tekan mana-mana butang pada mesin CDM untuk mengaktifkannya.
  4. Pilih bahasa, sama ada Bahasa Malaysia atau English.
  5. Akan keluar kenyataan bahawa mesin ini hanya menerima kertas wang RM10, RM20, RM50 dan RM100 sahaja. Tekan YA.
  6. Pada menu seterusnya, pilih DEPOSIT TUNAI.
  7. Kemudian, pilih Akaun BSN.
  8. Masukkan nombor akaun penerima.
  9. Kemudian, masukkan duit anda pada slot yang terbuka.
  10. Mesin akan mengira wang anda yang dimasukkan.
  11. Sekiranya betul jumlah wang yang dimasukkan, tekan YA untuk teruskan transaksi anda. Jika anda ingin menambah lagi wang, pilih TAMBAH WANG.
  12. Anda akan menerima resit transaksi anda jika urusan anda selesai.
  13. Simpan resit bank in untuk rujukan
  14. Untuk lebih mudah, ambil gambar sebagai simpanan

 

Cara bank in duit BSN melalui cek

  1. Pertama sekali, setelah mendapat cek, semak nama penuh anda pada cek tersebut dan pastikan jumlah pada cek adalah jumlah yang betul. Pastikan ejaan bayaran juga adalah betul.
  2. Apabila anda yakin semuanya adalah betul, anda boleh menulis nama anda pada bahagian belakang cek. Pastikan nama penuh yang ditulis sama dengan bahagian hadapan cek.
  3. Isikan juga nombor akaun bank anda dan nombor telefon anda pada bahagian belakang cek. Pastikan ketiga-tiga maklumat ini diisi dengan betul untuk mengelakkan cek tendang.
  4. Setelah selesai, anda perlu pergi ke cawangan BSN yang terdekat untuk deposit cek anda.
  5. Pergi ke mesin Cheque Deposit Machine. Ikut arahan yang tertera pada skrin.
  6. Pilih ‘Deposit Cek’.
  7. Masukkan nombor akaun yang tertera pada belakang cek.
  8. Semak nama yang tertera pada skrin. Jika sama, isikan jumlah cek (RM).
  9. Masukkan cek tersebut pada slot yang dibuka setelah arahan tertera dan lampu menyala di bahagian slot.
  10. Tunggu resit anda. Simpn resit anda sehingga wang anda sudah masuk ke dalam akaun.
  11. Bank akan mengambil masa beberapa hari untuk memproses deposit anda. Sekiranya ada masalah, rujuk semula kepada bank dengan menggunakan resit yang anda simpan. Urusan anda selesai.

 

MyBSN online banking

  • Anda perlu mempunyai akaun online banking BSN dahulu, iaitu myBSN.
  • Jika masih belum berdaftar, sila baca cara daftar BSN online.
  • Anda hanya boleh melakukan Instant Transfer, iaitu memindahkan wang anda ke akaun lain dan tidak boleh memindahkan wang dari akaun lain ke akaun anda sendiri. Melainkan anda mempunyai dua akaun BSN, maka itu adalah dibenarkan.
  • Untuk melakukan Instant Transfer, ada dua jenis yang anda boleh pilih, iaitu Own Fund Transfer, atau 3rdParty Fund Transfer.

 

Masukkan duit BSN ke dalam akaun BSN sendiri

Own Fund Transfer

Panduan ini hanya sah jika anda mempunyai dua akaun BSN. Contohnya anda ada akaun BSN 1 dan akaun BSN 2. Anda ingin pindahkan sejumlah amaun duit dari akaun BSN 1 ke akaun BSN 2.

  1. Pergi ke laman https://www.mybsn.com.my. Anda akan dibawa ke laman web rasmi myBSN.
  2. Scroll ke bahagian atas kanan laman dan klik butang Login. Pilih myBSN.
  3. Pada laman seterusnya, masukkan username anda.
  4. Kemudian, sahkan gambar Security Image, sama ada yang terpapar adalah milik anda atau bukan.
  5. Kemudian, masukkan password anda.
  6. Anda akan dibawa ke laman utama akaun myBSN anda. Scroll ke bahagian kiri laman dan tekan butang Fund Transfer.
  7. Kemudian, akan muncul dua butang pilihan. Pilih Own Fund Transfer. Own Fund Transfer ini adalah pemindahan wang daripada akaun BSN anda yang pertama kepada akaun BSN anda yang kedua.
  8. Seterusnya, terdapat beberapa ruang yang perlu diisi. Pada ruang From Account, pilih nombor akaun yang anda ingin lakukan instant transfer anda.
  9. Pada ruang To Account, pilih akaun BSN kedua anda yang anda ingin terima wang tersebut.
  10. Pada ruang Amount (RM), masukkan jumlah wang yang ingin dipindahkan.
  11. Pada Remarks, masukkan sebarang catatan mengenai transaksi pindahan wang ini.
  12. Tekan butang Submit.
  13. Pada laman seterusnya, tertera kenyataan mengenai transaksi anda. Pada ruang From Account, tertera nombor akaun yang akan dipindahkan wangnya, manakala pada ruang To Account, tertera nombor akaun yang akan menerima wang tersebut.
  14. Tekan butang Confirm.
  15. Transaksi pindahan wang secara online instant transfer anda berjaya. Pada kenyataan yang diberi, tertera juga baki akaun pertama anda yang melakukan pindahan wang tersebut.
  16. Tekan butang Print Receipt untuk mencetak kenyataan transaksi ini, atau tekan butang Make Another Transfer untuk melakukan transaksi seterusnya.
  17. Setelah menekan butang Print Receipt, satu webpage akan keluar menyatakan resit anda. Tekan butang Print untuk cetak resit ini, ataupun butang Close untuk membatalkannya.

 

Masukkan duit BSN ke dalam akaun 3rd party

Panduan ini boleh digunakan jika anda mahu buat pindahan wang ke pihak ketiga. Untuk makluman, pihak ketiga ialah penama yang mempunyai akaun dengan BSN juga.

3rd Party Fund Transfer

  1. Setelah tekan butang 3rd Party Fund Transfer di bawah butang Fund Transfer, anda akan dibawa ke laman untuk mengisi maklumat transaksi anda.
  2. Pada ruang From Account, pilih nombor akaun yang akan melakukan transaksi ini.
  3. Pada ruangan To Account, anda ada dua pilihan, sama ada Registered 3rd Party Fund Transfer, ataupun New 3rd Party Fund Transfer. Untuk Registered 3rd Party Fund Transfer, anda memilih untuk melakukan instant transfer ke akaun pihak ketiga yang telah berdaftar dengan akaun anda, manakala untuk New 3rd Party Fund Transfer, anda melakukan pindahan wang ini ke akaun pihak ketiga yang baru.
  4. Pada ruang Amount (RM), masukkan jumlah duit yang ingin dipindahkan.
  5. Pada ruangan Remarks, masukkan sebarang catatan mengenai transaksi pindahan wang ini.
  6. Kemudian, tekan butang Request TAC.
  7. Anda akan dibawa ke satu laman baru yang mengesahkan bahawa anda menerima SMS di nombor telefon anda yang mengandungi nombor TAC daripada BSN. Tekan butang Confirm.
  8. Kemudian, anda akan mendapat pengesahan bahawa anda menerima nombor TAC seperti yang tertera di laman tersebut.
  9. Tekan butang Submit.
  10. Pada laman seterusnya, tertera kenyataan mengenai transaksi anda. Pada ruang From Account, tertera nombor akaun yang akan dipindahkan wangnya, manakala pada ruang To Account, tertera nombor akaun yang akan menerima wang tersebut.
  11. Pada ruangan TAC, masukkan nombor TAC yang anda peroleh melalui SMS sebentar tadi.
  12. Tekan butang Submit.
  13. Transaksi anda berjaya.
  14. Tekan Print untuk mencetak resit transaksi anda, ataupun butang Make Another Transfer untuk melakukan transaksi lain.

 

Akhir kalam

Artikel ini hanya berkongsi cara bank in duit BSN ke BSN sahaja. Jika anda mahu tahu cara bank in duit BSN ke Maybank, atau cara bank in duit BSN ke CIMB, anda perlu baca tentang Instant Transfer.

Kesimpulannya, pelbagai cara boleh dilakukan untuk memudahkan transaksi bank in, ataupun memindahkan wang kepada individu tertentu atas urusan kerja, urusan harian serta kepada orang yang tersayang. Gunakan kemudahan yang ada sebaik mungkin dengan BSN.

Semoga bermanfaat.

10 thoughts on “Cara Bank In Duit BSN (Guna Mesin CDM, ATM & MyBSN Online)”

  1. Azhar Bin Ahmad my Debit kad bsn bank 4059 9860 7839 7042
    visa Debit akaun no:11410-29-0005-1071-2.tel 0195327593
    I/c no:820511-10-5941

    Reply

Leave a Comment