Cara Guna DuitNow (Panduan Daftar & Transfer Duit CIMB Clicks)

Kalau anda biasa guna Instant Transfer, mesti pernah dengar tentang DuitNow bukan? Tapi, macam mana nak guna? Izinkan kami kongsi cara guna DuitNow, khusus untuk pengguna CIMB. Bagi yang belum ada akaun lagi, boleh baca cara daftar CIMB Clicks terlebih dahulu.

Persediaan

Sebelum itu, ingin kami nyatakan bahawa pelanggan CIMB perlu mempunyai akaun online banking CIMB Clicks sebelum meneruskan ke proses pendaftaran DuitNow.

Sekiranya anda sudah mempunyai akaun online banking CIMB Clicks, anda masih lagi perlu mendaftar DuitNow terlebih dahulu.

Cara guna DuitNow

#1 Panduan daftar DuitNow CIMB Clicks

Berikut merupakan cara untuk mendaftar perkhidmatan DuitNow.

Bukan sahaja akaun CIMB, jika anda mempunyai akaun Maybank, boleh baca cara daftar DuitNow Maybank untuk maklumat lanjut.

  1. Layari laman web CIMB Clicks https://www.cimbclicks.com.my/clicks/#/ .
  2. Kekalkan ruangan I want to sebagai View My Dashboard dan masukkan User ID.
  3. Klik Login untuk meneruskan pendaftaran dan cara guna DuitNow
  4. Seterusnya, Secureword yang keluar perlu padan dengan akaun anda.
  5. Kemudian, sahkan SecureWord tersebut dan tandakan pada kenyataan di bawah.
  6. Masukkan password akaun anda pada ruangan Password.
  7. Klik Login
  8. Selepas itu, terdapat menu kecil pada bahagian kiri skrin. Klik pada butang seperti roda iaitu Settings di bahagian bawah.
  9. Klik Register/Update DuitNow Id.
  10. Kemudian, terdapat dua bahagian iaitu identity number (nombor Kad Pengenalan) dan ‘phone number’ (nombor telefon). Anda diberi tiga pilhan sama ada ingin menggunakan nombor akaun bank, MyKad atau nombor telefon (didaftarkan di bawah akaun CIMB Clicks. Klik pada ikon pensel di mana salah satu pilihan dinyatakan sebagai Not Registered.
  11. Setelah selesai langkah di atas, klik Yes pada kenyataan untuk Accepting Terms & Conditions.
  12. Klik butang Save
  13. Selanjutnya, klik link Request TAC pada ruangan Request TAC.
  14. Nombor TAC sebanyak enam angka akan diterima dalam bentuk SMS pada telefon anda.
  15. Ada ruangan disediakan bagi nombor TAC tersebut dimasukkan.
  16. Kilk pada butang Confirm.
  17. Pendaftaran akaun selesai.
  18. Pelanggan boleh mula melakukan transaksi melalui perkhidmatan DuitNow.

 

#2 Cara guna DuitNow di CIMB Clicks (transfer online)

Berikut pula ialah cara guna DuitNow secara ringkas yang memerlukan anda login CIMB Bank sebelum melakukan proses transfer duit terlebih dahulu.

Jika kata laluan anda tidak cukup kuat atau mempunya masalah, sila baca cara tukar password CIMB Clicks.

  1. Pertama sekali,  login terlebih dahulu untuk melakukan transaksi melalui perkhidmatan DuitNow.
  2. Klik pada Transfer Money
  3. Masukkan Recipient’s ID, Amount dan Recipient Details
  4. Klik Yes pada bahagian Terms & Conditions.
  5. Kemudian, klik Transfer Money untuk teruskan proses.
  6. Klik Request TAC /Approved setelah menyemak maklumat transaksi.
  7. Bagi yang Request TAC masukkan Code TAC pada ruangan yang disediakan.
  8. Klik Submit.
  9. Pindahan wang dengan DuitNow anda berjaya.

 

Akhir kalam

Instant Transfer adalah feature oleh semua bank di Malaysia. Walau bagaimanapun, DuitNow pula ialah inisiatif dari Bank Negara. DuitNow masih lagi baru dan ramai yang keliru penggunaannya.

Diharapkan agar perkongsian cara guna DuitNow seperti di atas dapat memudahkan lagi urusan anda.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment