Cara Daftar UOB Online Banking (Register di uob.com.my/)

Rugi kalau anda ada akaun UOB tapi masih belum guna online banking. Contohnya, jika majikan masukkan duit gaji bulanan dalam akaun UOB, anda patut buat segera untuk semak baki duit. Jadi, izinkan kami kongsikan cara daftar UOB online banking secara ringkas.

Persediaan

Pastikan nombor telefon anda telah berdaftar dengan pihak bank UOB.

Jika tidak, hantarkan Personal Internet Banking Form bagi tujuan mendaftar nombor telefon anda.

Anda juga perlukan nombor kad debit/kad kredit beserta dengan PIN.

Pastikan anda buat persediaan ini sebelum teruskan ke proses pendaftaran UOB online banking. Sama juga prosedur pendaftaran untuk foreign bank yang lain seperti OCBC Bank, Al Rajhi, HSBC, Standard Chartered dan lain-lain.

Cara daftar UOB online banking

Berikut merupakan panduan pendaftaran UOB online banking.

#1 Melalui online

Cara daftar UOB online banking secara online adalah seperti di bawah.

  1. Layari laman web https://pib.uob.com.my/PIBLogin/Public/processPreCapture.do?keyId=lpc&lang=en_MY
  2. Di bawah Don’t have access? Get it instantly!, klik Register Now!.
  3. Pilih ID Type (New IC Number/Old IC Number/Passport/ Police & Military ID) pada ruangan Identification Number Type.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan Identification number.
  5. Pada ruangan ID Issuing Country, pilih negara anda.
  6. Masukkan e-mel anda pada ruangan Email ID.
  7. Pilih tarikh lahir anda pada ruangan Date Of Birth (Day/Month/Year).
  8. Sekiranya anda diperkenalkan oleh sesiapa dari UOB mengenai pendaftaran online banking ini, masukkan maklumat mereka pada ruangan Introducer details & Introducer Branch.
  9. Tandakan pada kotak Your Credit Card and Banking Account Statement (excluding Loan Statement) will be automatically converted to eStatement upon your successful registration. I agree to the Terms and Conditions of UOB Personal Internet Banking, Mobile Banking and eStatement Service Enrolment.
  10. Klik Next.
  11. Kemudian, sahkan 4 angka terakhir nombor telefon anda yang didaftarkan dengan UOB pada bahagian Confirm Mobile Number.
  12. Klik Next.
  13. Pada bahagian Enter SMS-OTP, masukkan SMS-OTP berangka 6 yang diterima pada ruangan 6 Digits in the SMS-OTP.
  14. Klik Next.
  15. Pada bahagian Enter Card/Account Details, masukkan nombor kad (debit/kredit) anda pada ruangan Card Number.
  16. Masukkan nombor PIN berangka 6 pada ruangan Card PIN.
  17. Klik Next.
  18. Pada bahagian Create Login Details, masukkan username anda pada ruangan Username (terdiri daripada 8 – 24, mengandungi abjad & nombor sekurang-kurangnya 1 abjad).
  19. Pada ruangan Create Password, masukkan password (terdiri daripada 8 – 24, mengandungi abjad & nombor).
  20. Klik Register.

 

#2 Cara daftar bagi aktifkan secret word UOB online banking 

Selepas anda berjaya berdaftar untuk online banking UOB, anda perlu aktifkan perkataan keselamatan. Caranya seperti di bawah.

  1. Layari laman web https://pib.uob.com.my/PIBLogin/Public/processPreCapture.do?keyId=lpc&lang=en_MY
  2. Masukkan username pada ruangan USERNAME.
  3. Masukkan password pada ruangan PASSWORD.
  4. Klik Submit.
  5. Anda akan tiba pada laman Maintain Secret Word.
  6. Klik Proceed.
  7. Masukkan perkataan keselamatan anda pada ruangan NEW SECRET WORD (terdiri daripada 5-25 abjad/nombor/simbol bukan abjad/tidak bermula atau akhiri dengan spacing).
  8. Sahkan perkataan keselamatan anda pada ruangan CONFIRM SECRET WORD.
  9. Kemudian, klik Save.
  10. Sahkan perkataan keselamatan anda dengan masukkan SMS-OTP berangka 6 pada ruangan ENTER 6-DIGIT OTP.
  11. Klik Confirm.
  12. Secret Word telah berjaya didaftarkan apabila ada simbol tanda betul berwarna hijau.
  13. Selesai.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian tentang cara daftar UOB online banking telah memudahkan lagi urusan anda. Kalau ada duit lebih, boleh masuk privilege banking UOB pula.

Sekiranya anda pengguna Maybank, sila baca artikel ini untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara aktifkan semula akaun Maybank.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Cara Daftar UOB Online Banking (Register di uob.com.my/)”

Leave a Comment