Cara Daftar Al Rajhi Bank (Register di alrajhi24seven.com.my)

Sekiranya anda mempunyai akaun bank Al Rajhi Bank dan ingin memulakan perbankan Internet menggunakan servis alrajhi@24seven, apa yang harus anda lakukan? Di bawah merupakan langkah-langkah dan cara daftar Al Rajhi Bank secara online.

Langkau artikel ini untuk membaca pendaftaran bank-bank Islam yang lain seperti Bank Muamalat dan Bank Islam.

 

Sedikit mengenai Al Rajhi Bank

Al Rajhi Bank adalah bank Arab Saudi dan bank Islam terbesar dunia berdasarkan modal berdasarkan data pada tahun 2015.

Di Malaysia, terdapat keseluruhannya 7 cawangan Al-Rajhi Bank di kawasan Lembah Klang, dan 9 lagi cawangan meliputi Ipoh (Perak), Johor Bahru (Johor), Kota Bharu (Kelantan), Kota Kinabalu (Sabah), Kuantan(Pahang), Kuching (Sarawak), Melaka, Pulau Pinang dan Sungai Petani (Kedah).

 

Sedikit mengenai alrajhi@24seven

Perkhidmatan Perbankan Internet (online banking) alrajhi@24seven merupakan perkhidmatan baru yang diperkenalkan Al Rajhi Bank sebagai cara untuk memudahkan urusan harian pelanggannya dengan menjalankan transaksi keluar dan masuk wang secara atas talian (online).

Dengan hanya berbekalkan laptop, telefon bimbit dan capaian Internet yang berkualiti, anda akan mendapat full access kepada segala servis yang ditawarkan oleh Al Rajhi Bank melalui alrajhi@24seven.

Cara daftar Al Rajhi Bank

Berikut ialah cara daftar akaun alrajhi@24seven secara online

  1. Layari laman web https://www.alrajhi24seven.com.my
  2. Klik di bahagian bawah laman web yang tertulis Not Signed Up Yet? Register Now
  3. Anda akan dibawa ke halaman ini: https://www.alrajhi24seven.com.my/iportalweb/RBXLoginServlet
  4. Pada laman seterusnya, anda dikehendaki mengisi segala maklumat yang diminta. Pada Register Through, pilih Debit Card Number.
  5. Kemudian, pada Debit Card Number, masukkan nombor kad yang tertera di bahagian hadapan kad debit anda.
  6. Pada Card PIN, masukkan nombor PIN untuk kad debit anda.
  7. Kemudian, di bawahnya, anda dapat melihat sebuah kotak kelabu yang mempunyai kod.
  8. Pada ruangan Type the characters you see above, masukkan kod yang anda dapat lihat pada kotak kelabu tersebut.
  9. Tekan butang Next.
  10. One-Time Password (OTP) akan dihantar melalui SMS ke telefon anda. Pada laman seterusnya, masukkan OTP yang dihantar ke telefon anda.
  11. Pada laman seterusnya, masukkan username dan password yang anda ingin gunakan. Password anda mestilah mempunyai antara 8-20 aksara, dengan tiada jarak dibenarkan. Password anda juga mestilah alphanumeric (gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol). Simbol yang anda mahu gunakan adalah terhad kepada !, @, #, $, %, ^, &,*, _ , – , +,=, ( , ) , < , dan > sahaja.
  12. Masukkan Secure Word
  13. Ikuti arahan yang lain untuk melengkapkan pendaftaran akaun anda.
  14. Pendaftaran akaun online banking alrajhi@24seven anda berjaya.

 

Login Al Rajhi online (alrajhi@24seven)

Sebelum boleh login, pastikan anda mengikuti proses dan cara daftar Al Rajhi seperti di atas. Sekiranya semuanya berjalan lancar, ikuti panduan di bawah:

  1. Layari laman web ini: https://www.alrajhi24seven.com.my/iportalweb/iRetail@1
  2. Masukkan User ID
  3. Klik butang Proceed
  4. Pastikan SecureWord yang tertulis itu adalah yang anda pilih sebelum ini
  5. Tick SecureWord tersebut jika betul
  6. Masukkan password
  7. Tekan butang Login
  8. Anda kini sudah berjaya login ke dalam perbankan online alrajhi 247

 

Akhir kalam

Kesimpulannya, Al Rajhi Bank sebagai salah satu bank terkenal yang terdapat di Malaysia, juga tidak ketinggalan untuk menyediakan satu aternatif baru dalam menyelesaikan masalah pelanggan untuk melakukan sebarang transaksi wang dengan cepat dan menjimatkan masa.

Dengan alrajhi@24seven, masalah berkaitan transaksi wang diselesaikan di hujung jari sahaja. Bagi anda yang merupakan pelanggan Al Rajhi Bank, daftarlah sekarang akaun online banking anda dan nikmati pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh Al Rajhi Bank.

Diharapkan agar perkongsian cara daftar Al Rajhi ini memudahkan lagi hidup anda.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment