Cara Daftar Standard Chartered Online Banking (Register di sc.com/my/)

Adakah anda pengguna Bank Standard Chartered yang ingin berdaftar untuk online banking Standard Chartered? Tapi masih keliru dengan panduannya sebab tidak faham penerangan yang diberi secara padat, bukan? Jadi, izinkan kami kongsikan cara daftar Standard Chartered online banking secara mudah.

Persediaan

Bank Standard Chartered menawarkan perkhidmatan online banking setiap hari selama 24 jam. Anda juga boleh akses perkhidmatan ini dari luar negara kecuali negara Cuba, Sudan, North Korea, Iran dan Syria.

Cara daftar Standard Chartered online banking

Berikut merupakan panduan pendaftaran Standard Chartered online banking. Sila ikuti caranya seperti di bawah.

  1. Layari laman web https://retail.sc.com/my/nfs/login.htm
  2. Pada bahagian New to online banking?, klik REGISTER WITH YOUR SC ATM/DEBIT CARD OR CREDIT CARD untuk memulakan cara daftar online banking Standard Chartered.
  3. Anda akan tiba pada laman Instant Registration, baca dan semak terms & conditions.
  4. Tandakan pada kotak I agree to the terms & conditions.
  5. Kemudian, klik Accept.
  6. Pada ruangan REGISTER YOUR ACCOUNT USING ONE OF THE FOLLOWING OPTIONS, pilih ATM/Debit Card Number atau Credit Card Number.
  7. Sekiranya anda pilih ATM/Debit Card Number, masukkan nombor kad debit/ATM pada ruangan ATM/DEBIT CARD NUMBER.
  8. Masukkan PIN anda pada ruangan PIN.
  9. Klik Next bagi teruskan panduan pendaftaran secara online Standard Chartered.
  10. Jika anda pilih Credit Card Number, masukkan nombor kad kredit pada ruangan CREDIT CARD NUMBER.
  11. Sekiranya anda tahu nombor PIN, masukkan nombor PIN pada ruangan I KNOW THE PIN.
  12. Anda boleh pilih I DON’T KNOW THE PIN FOR CREDIT CARD ONLY CUSTOMERS khas bagi pengguna kad kredit.
  13. Pilih tarikh tamat tempoh (bulan & tahun) bagi kad kredit anda pada ruangan CARD EXPIRY DATE.
  14. Pilih tarikh lahir anda pada ruangan DATE OF BIRTH.
  15. Masukkan kod keselamatan kad (berangka 3) pada ruangan CVV2.
  16. Kemudian, klik Next.
  17. Sahkan nombor telefon anda.
  18. Password sementara akan diterima ke nombor telefon anda.
  19. Klik Confirm bagi pengesahan pendaftaran online banking Standard Chartered.
  20. Pada ruangan PLEASE ENTER THE PASSWORD THAT WAS SENT VIA SMS TO YOUR MOBILE PHONE, masukkan password yang diterima.
  21. Klik Next.
  22. Pada bahagian Reset Username or Password Complete, masukkan username anda pada ruangan Username.
  23. Masukkan password pada ruangan Password.
  24. Klik Next.
  25. Selesai, pendaftaran telah berjaya.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian tentang cara daftar Standard Chartered online banking telah memudahkan lagi urusan anda.

Untuk pengguna foreign bank yang lain, boleh rujuk panduan yang kami tulis; antaranya cara daftar HSBC online banking dan juga daftar OCBC Bank.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment