Contoh Surat Rayuan Haji 2022 (Borang Permohonan Rasmi)

Bila sudah pernah pergi umrah, pasti hati terasa resah untuk pergi menunaikan haji pula. Rasa macam tertunggu-tunggu, walaupun tahu, tempohnya lama lagi. Izinkan kami berkongsi contoh surat rayuan haji yang boleh digunapakai.

Siapa tak nak pergi haji kan?

Jangan putus atas, kita kena berusaha. Dapat atau tidak, itu perkara kedua. Rezeki, Allah yang bagi.

Berikut ialah contoh surat rayuan hati yang boleh digunapakai untuk yang mengikut suami atau mengikut isteri (tengok siapa yang dapat tawaran dahulu), sebagai pengiring warga emas dan secara berkumpulan.

Langkau artikel ini untuk baca cara keluarkan duit Tabung Haji.

Borang rayuan Haji 2022

Sebagai satu usaha penambahbaikan mulai 2020, Tabung Haji telah memperkenalkan Borang Rayuan Haji yang seragam bagi mempertingkatkan proses rayuan haji bagi jemaah yang ingin menunaikan haji pada musim haji tahun ini. Ini ialah borang rayuan untuk menunaikan Fardu Haji pada 1441 Hijrah iaitu tahun 2020 Masihi.

Borang ini memberi ruang kepada sesiapa yang merayu dan jika terpilih, mereka boleh secara sukarela bersetuju untuk membayar penuh untuk menunaikan haji secara Muassasah.

Untuk tahun-tahun yang sebelum ini, Tabung Haji sudah pun memberi pilihan kepada jemaah haji Muassasah untuk membayar penuh. Jika mereka tidak memilih untuk membayar penuh bayaran haji subsidi adalah kekal

 

Keutamaan rayuan

Bagi yang merayu, keutamaan pemilihan akan di beri kepada mereka yang membuat rayuan mahram, rayuan untuk yang lanjut usia serta pembantu individu lanjut usia. Keutamaan juga adalah untuk mereka yang telah terpilih pada tahun sebelum ini tetapi terpaksa menangguh pemergian haji.

Keutamaan pertimbangan juga akan diberikan kepada mereka yang giliran menunaikan haji pada tahun berikutnya.

 

Bagaimana untuk buat rayuan?

Pemohon yang ingin membuat rayuan haji boleh memuat turun borang rayuan haji seperti pautan di bawah, atau mendapatkannya di Pejabat Cawangan Tabung Haji yang berdekatan.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan ke kaunter-kaunter 125 cawangan Tabung Haji yang terdekat. Borang rayuan juga boleh dihantar ke cawangan Tabung Haji yang ada di UTC seluruh negara yang berhampiran.

Pihak Tabung Haji akan mengeluarkan surat perakuan penerimaan rayuan haji pada tahun semasa kepada mereka dan seterusnya rayuan tersebut dimasukkan ke dalam sistem untuk diproses.

 

Perlukah isi borang rayuan jika pernah hantar surat rayuan?

Surat rayuan haji yang telah diterima dan diserahkan kepada Tabung Haji sebelum ini akan tetap diproses dan dipertimbangkan dalam proses pemilihan Jemaah haji bagi Musim Haji 1441H/2020M.

Namun, adalah digalakkan agar perayu dapat mengisi borang rayuan haji untuk membantu proses pemilihan tersebut.

Kami difahamkan, permohonan rayuan pada kali ini ialah memadai dengan hanya menghantar borang rayuan Haji ini sahaja.

Tidak lagi perlu menghantar surat rayuan Haji seperti tahun-tahun terdahulu.

Walau bagaimanapun, tidak salah jika masih mahu menghantar surat. Segala keputusan tertakluk kepada pihak Tabung Haji.

 

Download

Download borang rayuan Haji 2020 dalam format PDF di sini.

Pautan asal dari Tabung Haji juga ada di sini.

 

Macam mana untuk tahu lebih lanjut tentang rayuan haji?

Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan rayuan haji, anda boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Tabung Haji di +603-6207 1919.

 

Soalan lazim mengenai rayuan Haji 2020

Anda juga dinasihatkan untuk baca soalan lazim tentang rayuan Haji 2020.

Boleh download dan baca di sini.

 

Surat rayuan Haji 2020

Kami juga kumpulkan beberapa contoh surat rayuan haji bagi tahun 2020, yang boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan iaitu

  • Rayuan individu (pergi berseorangan)
  • Rayuan menunaikan haji bersama mahram
  • Surat rayuan Tabung Haji berkumpulan
  • Surat rayuan untuk menunaikan Haji mengikut suami
  • Surat rayuan untuk menunaikan Haji mengikut isteri
  • Rayuan pergi Haji kerana mengiringi warga emas

 

Contoh surat rayuan haji (Bersama mahram)

Ini adalah surat rayuan Haji yang paling popular, yang paling ramai orang cari. Samada anda mahu membantu buat surat rayuan Haji untuk mahram, atau anda yang mahu buat surat rayuan Haji bersama mahram, boleh ikut contoh di bawah.

Apa contoh dengan mahram?

Contohnya, sebagai anak lelaki, dia boleh menemankan ibu yang sudah kematian suami.

Contoh yang lain, seorang adik lelaki, boleh menemankan kakak yang belum berkahwin.

Nyatakan alasan mahram dan menjaga keselamatan mereka.

 

Bahagian Operasi Domestik
Lembaga Tabung Haji, Lantai 30
Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji
201, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
E-mel: [email protected]                                                                                      <Tarikh>

Tuan,

RAYUAN MENUNAIKAN FARDHU HAJI TAHUN <2020 Masihi/1441 Hijrah>

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas. Untuk makluman Tuan, saya telah membuat pendaftaran haji pada:

Tarikh pendaftaran:<Tarikh pendaftaran>
Nombor akaun TH <Ibu>:<Nombor akaun>
Nombor akaun TH <mahram>:<Nombor akaun>
Pejabat TH:   <TH Shah Alam>
Tahun disenaraikan untuk menunaikan haji: <2030>

  1. Untuk makluman Tuan, <ibu> saya telah ditawarkan untuk mengerjakan haji pada tahun ini. Walau bagaimanapun, ibu saya sudah kematian suami.
  2. Atas faktor usia yang lanjut dan kesihatan ibu yang kurang baik, sebagai mahram, saya berhajat untuk menjadi pengiring dan menemankan ibu sepanjang berada di sana.
  3. Saya sangat-sangat berharap dan berbesar hati untuk menunaikan haji pada tahun ini bersama-sama <ibu> saya.
  4. Segala kerjasama dan pertimbangan daripada pihak Tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

……………………………………………
<Nama Pemohon>
<Nombor IC>

Contoh surat rayuan haji (Individu)

Berikut ialah contoh surat rayuan haji individu yang layak. Contoh terbaik ialah seorang lelaki yang tidak perlu mahram dan sihat tubuh badan.

Cara terbaik ialah email kepada [email protected] dan dalam masa yang sama, hantar juga surat seperti alamat dalam artikel ini. Boleh rujuk laman web rasmi TH untuk maklumat lanjut.

Berikut ialah contoh surat rayuan haji yang mudah, ringkas dan simple. Tidak perlu panjang-panjang.

Cukup letakkan butiran diri dan alasan yang munasabah.

Bahagian Operasi Domestik
Lembaga Tabung Haji, Lantai 30
Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji
201, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
E-mel: [email protected]                                                                                      <Tarikh>

Tuan,

RAYUAN MENUNAIKAN FARDHU HAJI TAHUN <2020 Masihi/1441 Hijrah>

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas. Untuk makluman Tuan, saya telah membuat pendaftaran haji pada:

Tarikh pendaftaran:<Tarikh pendaftaran>
Nombor akaun TH:<Nombor akaun>
Pejabat TH:   <TH Shah Alam>
Tahun disenaraikan untuk menunaikan haji: <2030>

  1. Untuk makluman Tuan, tahun ini saya berusia <30 tahun>. Masih muda dan dikurniakan kesihatan yang sangat baik. Saya juga sudah bersedia dari segi kewangan. Akaun Tabung Haji saya juga sudah mencukupi.
  2. Anak-anak saya belum lagi bersekolah. Saya rasa inilah peluang dan masa terbaik untuk saya menunaikan haji. Isteri saya akan menjaga anak-anak sepanjang saya berada di sana.
  3. Saya sangat-sangat berharap dan berbesar hati untuk menunaikan haji pada tahun ini.
  4. Segala kerjasama dan pertimbangan daripada pihak Tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

……………………………………………
<Nama Pemohon>
<Nombor IC>

Contoh surat rayuan haji (Warga emas)

Berikut ialah contoh surat rayuan haji untuk warga emas yang boleh pergi sendiri tanpa pengiring. Sila nyatakan alasan yang berkaitan dengan umur dan tahap kesihatan.

Jika tidak sihat, anak boleh buat rayuan untuk bersama-sama ibu atau bapa warga emas.

Bahagian Operasi Domestik
Lembaga Tabung Haji, Lantai 30
Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji
201, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
E-mel: [email protected]                                                                                      <Tarikh>

Tuan,

RAYUAN MENUNAIKAN FARDHU HAJI TAHUN <2020 Masihi/1441 Hijrah>

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas. Untuk makluman Tuan, saya telah membuat pendaftaran haji pada:

Tarikh pendaftaran:<Tarikh pendaftaran>
Nombor akaun TH:<Nombor akaun>
Pejabat TH:   <TH Shah Alam>
Tahun disenaraikan untuk menunaikan haji: <2030>

  1. Untuk makluman Tuan, usia saya sudah lanjut. Kesihatan juga baik. Sekiranya tidak dapat menunaikan haji dalam masa terdekat, saya bimbang faktor usia akan menghalang saya daripada mengerjakan ibadat haji dengan sempurna.
  2. Segala kerjasama dan pertimbangan daripada pihak Tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

……………………………………………
<Nama Pemohon>
<Nombor IC>

Contoh surat rayuan haji (Sebagai pengiring)

Berikut ialah contoh surat rayuan haji sebagai pengiring. Kebiasannya, sebagai mahram, atau mengiringi ibu-bapa yang sudah tua dan tidak sihat.

Bahagian Operasi Domestik
Lembaga Tabung Haji, Lantai 30
Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji
201, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
E-mel: [email protected]                                                                                      <Tarikh>

Tuan,

RAYUAN MENUNAIKAN FARDHU HAJI TAHUN <2020 Masihi/1441 Hijrah>

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas. Untuk makluman Tuan, saya telah membuat pendaftaran haji pada:

Tarikh pendaftaran:<Tarikh pendaftaran>
Nombor akaun TH <Ibu/Bapa>:<Nombor akaun>
Nombor akaun TH <pengiring>:<Nombor akaun>
Pejabat TH:   <TH Shah Alam>
Tahun disenaraikan untuk menunaikan haji: <2030>

  1. Untuk makluman Tuan, <ibu/bapa> saya telah ditawarkan untuk mengerjakan haji pada tahun ini.
  2. Namun, atas faktor usia yang lanjut dan kesihatan yang kurang baik, saya berhajat untuk menjadi pengiring dan menemankan mereka sepanjang berada di sana.
  3. Saya sangat-sangat berharap dan berbesar hati untuk menunaikan haji pada tahun ini bersama-sama <ibu/bapa> saya.
  4. Segala kerjasama dan pertimbangan daripada pihak Tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

……………………………………………
<Nama Pemohon>
<Nombor IC>

Contoh surat rayuan haji (Mengikut suami)

Berikut ialah contoh surat rayuan haji kerana mengikut suami yang telah mendapat tawaran.

Antara alasan yang boleh digunakan ialah untuk menemankan pasangan dan melaksanakan ibadah bersama-sama.

Bahagian Operasi Domestik
Lembaga Tabung Haji, Lantai 30
Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji
201, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
E-mel: [email protected]                                                                                      <Tarikh>

Tuan,

RAYUAN MENUNAIKAN FARDHU HAJI TAHUN <2020 Masihi/1441 Hijrah>

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas. Untuk makluman Tuan, saya telah membuat pendaftaran haji pada:

Tarikh pendaftaran:<Tarikh pendaftaran>
Nombor akaun TH (Suami):<Nombor akaun>
Nombor akaun TH (Isteri):<Nombor akaun>
Pejabat TH:   <TH Shah Alam>
Tahun disenaraikan untuk menunaikan haji: <2030>

  1. Untuk makluman Tuan, suami saya telah mendapat tawaran mengerjakan haji pada <tahun sekian-sekian>. Besar hajat saya untuk menunaikan haji bersama-sama suami.
  2.  Ini kerana kami masih muda dan dikurniakan kesihatan yang baik. Kami juga sudah bersedia dari segi kewangan. Akaun Tabung Haji kami juga sudah mencukupi.
  3. Segala kerjasama dan pertimbangan daripada pihak Tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

……………………………………………
<Nama Pemohon>
<Nombor IC Isteri>

Contoh surat rayuan haji (Mengikut isteri)

Berikut ialah contoh surat rayuan haji kerana mengikut isteri yang telah mendapat tawaran.

Antara alasan yang boleh digunakan ialah untuk menemankan pasangan dan melaksanakan ibadah bersama-sama.

Jika ikut isteri, boleh masukkan untuk menjadi mahram dan menjaga keselamatan isteri.

Bahagian Operasi Domestik
Lembaga Tabung Haji, Lantai 30
Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji
201, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
E-mel: [email protected]                                                                                      <Tarikh>

Tuan,

RAYUAN MENUNAIKAN FARDHU HAJI TAHUN <2020 Masihi/1441 Hijrah>

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas. Untuk makluman Tuan, saya telah membuat pendaftaran haji pada:

Tarikh pendaftaran:<Tarikh pendaftaran>
Nombor akaun TH (Isteri):<Nombor akaun>
Nombor akaun TH (Suami):<Nombor akaun>
Pejabat TH:   <TH Shah Alam>
Tahun disenaraikan untuk menunaikan haji: <2030>

  1. Untuk makluman Tuan, isteri saya telah mendapat tawaran mengerjakan haji pada <tahun sekian-sekian>. Besar hajat saya untuk menunaikan haji bersama-sama isteri.
  2.  Ini kerana kami masih muda dan dikurniakan kesihatan yang baik. Kami juga sudah bersedia dari segi kewangan. Akaun Tabung Haji kami juga sudah mencukupi.
  3. Selain itu, kami akan menjadi mahram pada isteri. Saya juga akan menjaga keselamatan isteri sepanjang beliau berada di sana.
  4. Segala kerjasama dan pertimbangan daripada pihak Tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

……………………………………………
<Nama Pemohon>
<Nombor IC Suami>

Contoh surat rayuan haji (Suami isteri)

Berikut ialah contoh surat rayuan haji suami isteri yang kedua-duanya tidak mendapat tawaran.

Jika tarikh dijangkan menunaikan haji kurang dari 10 tahun, boleh cuba rezeki dengan menghantar surat rayuan ini.

Bahagian Operasi Domestik
Lembaga Tabung Haji, Lantai 30
Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji
201, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
E-mel: [email protected]                                                                                      <Tarikh>

Tuan,

RAYUAN MENUNAIKAN FARDHU HAJI TAHUN <2020 Masihi/1441 Hijrah>

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas. Untuk makluman Tuan, kami telah membuat pendaftaran haji pada:

Tarikh pendaftaran:<Tarikh pendaftaran>
Nombor akaun TH (Isteri):<Nombor akaun>
Nombor akaun TH (Suami):<Nombor akaun>
Pejabat TH:   <TH Shah Alam>
Tahun disenaraikan untuk menunaikan haji: <2030>

  1. Untuk makluman Tuan, kami saya telah mendapat tawaran mengerjakan haji pada <tahun sekian-sekian>. Besar hajat kami untuk menunaikan haji bersama-sama.
  2.  Ini kerana kami masih muda dan dikurniakan kesihatan yang baik. Kami juga sudah bersedia dari segi kewangan. Akaun Tabung Haji kami juga sudah mencukupi.
  3. Sebagai seorang suami yang bakal menemankan isteri, saya akan menjaga keselamatan beliau sepanjang berada di sana.
  4. Segala kerjasama dan pertimbangan daripada pihak Tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

……………………………………………
<Nama Pemohon>
<Nombor IC Suami>

Download surat rayuan haji .doc (Microsoft Word)

Boleh download template atau contoh surat rayuan haji dalam format Microsoft Word di sini.

Sila ubah mengikut maklumat peribadi tersendiri dengan alasan yang dikongsikan seperti di atas.

 

Semakan keputusan rayuan Haji 2020

Masih terlalu awal untuk memberitahu tentang semakan keputusan rayuan haji.

Kami sarankan anda fokus untuk hantar dulu permohonan rayuan haji seperti contoh-contoh surat di atas.

Akhir kalam

Walaupun kita hantar surat rayuan haji secara online melalui, berserta surat ke pejabat Bahagian Operasi Domestik, ingatlah bahawa rezeki itu adalah kurniaan Allah.

Selepas berusaha, jangan lupa berdoa agar Allah mudahkan urusan kita.

Doakan juga penulis agar dapat mengerjakan haji dalam masa terdekat. In Shaa Allah.

Semoga bermanfaat.

8 thoughts on “Contoh Surat Rayuan Haji 2022 (Borang Permohonan Rasmi)”

Leave a Comment