Potong Kuku Ikut Sunnah (Cara Yang Betul Untuk Memotong Kuku)

Kuku merupakan salah satu bahagian dari tubuh badan manusia yang unik dan perlu dijaga bagi mengelakkan dari terkena jangkitan dan penyakit. Kuku haruslah disimpan pendek kerana jika kuku anda panjang dan anda tidak menjaganya, kemungkinan untuk anda mencederakan kuku adalah tinggi. Pada perspektif sains, memotong kuku adalah satu rutin untuk anda menjaga kesihatan kuku anda. Pada perspektif islam pula memotong kuku adalah salah satu perkara sunat yang dianjurkan dan ditinggalkan oleh nabi Muhammad SAW dan nabi juga mengajar kita tentang cara potong kuku ikut sunnah.

Hukum memotong kuku

Memotong kuku tangan atau kuku pada kaki termasuk dalam amalan sunat bagi lelaki mahupun wanita. Hikmah memotong kuku adalah kuku anda akan kelihatan bersih dan akan melambangkan bahawa anda mementingkan kebersihan tubuh badan anda termasuklah kesihatan kuku anda juga.

Ini kerana sekiranya kuku panjang, semasa anda mengambil air wudhu untuk solat, air tidak akan dapat melalui kawasan dalam kuku yang akan menyebabkan kuku masih kotor dan solat anda tidak sah.

Ini kerana anda secara tidak langsung solat dalam keadaan terdapat kotoran pada kuku anda jadi sebab itu pentingnya menjaga kebersihan kuku.

Sekiranya anda ingin mengetahui dan memperbaiki cara anda mengambil wudhu anda boleh rujuk cara-cara mengambil wudhu yang betul di sini.

Cara potong kuku ikut sunnah

Sebelum memulakan pemotongan kuku anda, perlu diketahui bahawa sunat untuk bermula memotong kuku dari tangan kanan kemudian ke tangan kiri anda.

Menurut imam nawawi  sunat memotong kuku kaki bermula dari jari tangan kanan keseluruhannya daripada jari telunjuk sehinggalah jari kelingking diikuti ibu jari. Pada tangan kiri pula mulakan memotong dari jari kelingking sehinggalah ibu jari.

1. Kaedah potong kuku ikut sunnah nabi untuk bahagian tangan

  1. Jari telunjuk tangan kanan
  2. Jari tengah tangan kanan
  3. Jari manis tangan kanan
  4. Jari kelingking tangan kanan
  5. Jari kelingking tangan kiri
  6. Jari manis tangan kiri
  7. Jari tengah tangan kiri
  8. Jari telunjuk tangan kiri
  9. Ibu jari tangan kiri
  10. Ibu jari tangan kanan

Untuk bahagian kaki pula sunat bermula dari kaki kanan iaitu jari kelingking pada kaki anda dan terus memotong mengikut turutan daripada sebelah paling kanan jari kaki ke sebelah paling kiri jari kaki.

2. Kaedah potong kuku ikut sunnah nabi untuk bahagian kaki

  1. Jari kelingking kaki kanan
  2. Jari manis kaki kanan
  3. Jari tengah kaki kanan
  4. Jari telunjuk kaki kanan
  5. Ibu jari kaki kanan
  6. Ibu jari kaki kiri
  7. Jari telunjuk kaki kiri
  8. Jari tengah kaki kiri
  9. Jari manis kaki kiri
  10. Jari kelingking kaki kiri

Pada anda yang masih keliru anda boleh tonton video di YouTube tentang cara memotong kuku ikut sunnah Nabi di sini.

Kelebihan memotong kuku ikut sunnah

Banyak kebaikan dan kelebihan memotong kuku ikut sunnah ini antaranya adalah:

1. Dapat mencegah kuku anda daripada masuk ke dalam

Jarang memotong kuku akan membuat kuku menjadi panjang dan memberi ruang untuk kuku tumbuh ke dalam.

Nama lain bagi kondisi penyakit kuku ini adalah onychocryptosis yang bermaksud kondisi di mana kuku tumbuh ke dalam dan menyebabkan rasa sakit yang teruk.

 

2. Menghindari kecederaan kuku

Kuku yang panjang dan jarang dipotong akan meningkatkan risiko kecederaan. Disebabkan hal itu lah islam menganjurkan dan menyuruh umatnya untuk menjaga kebersihan kuku berpandukan sunnah baginda nabi.

Contohnya apabila kuku yang panjang tergores dengan tubuh badan anda dan mengakibatkan rasa ngilu dan pedih yang menyakitkan dan tidak bagus untuk kesihatan kuku.

 

3. Menjaga kebersihan kuku

Apabila anda menjaga kuku dan kebersihan kuku anda, secara tidak langsung anda dapat mengelakkan kuku anda daripada dimasuki kekotoran dan habuk yang akan membuatkan kuku tampak kotor dan tidak bersih.

Kuku yang panjang melebihi kulit di bawah kuku akan menjadi tempat pembiakan kuman dan bakteria.

Itulah antara kelebihan memotong kuku. Memotong kuku termasuk dalam perkara fitrah manusia. Ia tidak sepatutnya dibiarkan panjang dalam tempoh yang lama kerana kebersihan kuku melambangkan kebersihan diri seseorang itu.

Pada mereka yang masih konfius dan masih tidak tahu cara memotong kuku yang terbaik berpandukan ajaran islam, jangan risau kerana kami akan berkongsi dengan anda cara potong kuku yang betul iaitu potong kuku mengikut sunnah nabi kita.

Akhir kalam

Semoga panduan cara potong kuku ikut sunnah nabi ini dapat memanfaatkan anda dan mengajar anda sedikit sebanyak tentang sunnah nabi kita nabi Muhammad SAW.

Walaupun kita tidak sempat untuk berjumpa dengan nabi namun begitu hidupkanlah sunnah-sunnah baginda SAW agar kita mendapat syafaatnya pada hari kiamat kelak.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Potong Kuku Ikut Sunnah (Cara Yang Betul Untuk Memotong Kuku)”

Leave a Comment