Cara Check No Akaun BSN (Semak Semula, Jika Terlupa)

Kepada pengguna Bank BSN, mencari nombor akaun Bank BSN anda merupakan sesuatu yang mudah dan anda tidak perlu khuatir sekiranya anda kehilangan atau terlupa nombor akaun anda, kerana terdapat banyak kaedah untuk anda mendapatkan nombor akaun anda. Jadi pada hari ini kami akan berkongsi dengan anda cara check no akaun Bank BSN anda.

Untuk pelanggan baru dan masih tidak tahu cara register BSN Online Banking, kami ada sediakan artikel khas untuk anda tentang cara register BSN Online Banking.

Nota:

  • Dalam tempoh PKP ini, sila check dulu samada cawangan BSN berdekatan dengan anda dibuka kepada umum atau tidak

Cara check no akaun BSN (Jika Terlupa)

Ada sesetengah pihak menyatakan bahawa pentingnya untuk anda menghafal dan ingat nombor akaun anda agar apabila berlaku sesuatu kejadian anda sudah bersiap sedia.

Terdapat beberapa cara yang mudah dan ringkas untuk anda check no akaun BSN anda. Jangan lupa untuk menyimpan nombor akaun BSN anda dengan selamat agar anda tidak kehilangan nombor akaun anda lagi.

Sebelum kita ke cara check no akaun anda, kami sarankan agar anda masukkan nombor akaun anda ke dalam contact list anda dan tulis pada nombor tersebut nama yang jelas seperti “Nombor Akaun BSN Saya” agar anda tidak keliru dengan nombor nombor yang lain.

Antara cara check no akaun BSN anda adalah:

 

Semak maklumat nombor akaun pada buku Bank BSN

Ramai yang beranggapan bahawa buku bank hanya menyimpan catatan baki akaun bank anda sahaja, namun anda perlu tahu bahawa buku bank anda juga menyimpan informasi tentang maklumat peribadi anda dan nombor akaun bank BSN anda.

Kaedah ini adalah kaedah yang paling mudah dan cepat untuk anda mendapatkan nombor akaun Bank BSN anda.

Namun sekiranya anda kehilangan buku bank anda, anda perlulah segera membuat yang baru di cawangan Bank BSN yang terdekat dengan anda. Pastikan anda menyediakan wang untuk membayar kos penggantian buku bank anda yang baru.

 

Check no akaun anda pada ATM BSN

Mesin ATM BSN juga menyediakan maklumat lain seperti nombor akaun anda. Kami akan tunjukkan dua fungi mesin ATM BSN yang membolehkan anda check no akaun anda.

Semak baki bank melalui transaksi ATM

  1. Masukkan kad ATM dan PIN.
  2. Pilih menu maklumat baki/semak baki
  3. Maklumat nombor akaun bank anda akan dipaparkan di skrin.

Keluarkan duit melalui ATM BSN

  1. Masukkan kad dan PIN.
  2. Pilih untuk keluarkan wang
  3. Pilih jumlah wang yang anda ingin keuarkan
  4. Setelah selesai anda boleh menyemak pada resit anda, pada resit anda akan ada maklumat mengenai nombor akaun bank anda.

 

Khidmat pelanggan Bank BSN

Anda boleh menhubungi khidmat pelanggan BSN dan anda boleh meminta maklumat bank anda seperti baki bank anda dan anda juga boleh meminta nombor akaun Bank BSN anda.

Sebelum membuat panggilan pastikan anda mendapatkan nombor khidmat pelanggan yang betul. Untuk kemudahan anda kami telah menyediakan nombor khidmat pelanggan BSN pada talian 1-300-88-1900.

 

Cawangan Bank BSN

Sekiranya anda mengalami kesukaran dengan kaedah di atas, anda boleh sahaja terus ke mana-mana cawangan Bank BSN yang berhampiran dengan anda dan terus ke kaunter khdimat pelanggan.

Sila pastikan anda membawa kad pengenalan anda untuk memudahkan urusan anda.

Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk pada laman web rasm BSN pada pautan ini www.mybsn.com.my

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian ini dapat memudahkan urusan anda untuk mendapatkan nombor akaun Bank BSN anda.

Untuk pindahan wang ke bank-bank lain, boleh rujuk BSN Instant Transfer. Ini membolehkan penerima menerima wang dalam masa real time.

Semoga bermanfaat.

44 thoughts on “Cara Check No Akaun BSN (Semak Semula, Jika Terlupa)”

  1. Nak kepastian nombor akaun sendiri, pliess cehk nombor my akaun :6298403366663114: >>Atau<< :6298433066663114: Sekian Terima Kasih. From-:':MARIANI BINTI WAHAB-:':

    Reply
  2. Bagaimana saya hendak semak no acc bsn saya,ini kerana saya terlupa dan acc saya tidak memiliki buku acc,,,bagai mana saya nak dapatkan nya,

    Reply

Leave a Comment