Kenapa Kita Rindu Seseorang? (Tiba Tiba Rasa Rindu)


Pernah tak, secara tiba-tiba kita rasa rindu yang teramat sangat? Tapi tak tahu apa sebab dan kenapa kita rindu seseorang. Seakan tidak ada jawapan.

Bagi sesiapa yang sudah berkahwin, tetapi melalui proses Perhubungan Jarak Jauh (PJJ), ia sangat memeritkan. Bila rindu seseorang itu, hati bagai dicarik-carik, mahu berjumpa masa itu juga.

Begitu juga pasangan yang bercinta. Rasa seperti terawang-awangan sentiasa.

Saat membuka mata, hanya wajah, perlakuan atau perkataan diucapkannya terngiang-ngiang di fikiran anda. Tapi tahukah anda mengapa minda kita boleh tiba-tiba memunculkan memori tentang seseorang?

Rindu mengikut ilmu psikologi

Menurut PsychologyToday, apabila rindu seseorang, ia ada beberapa makna. Yang pertama, rindu sebab mereka memang berhubungan. Bila rindu oran yang kita sayang, kita rasa hidup tidak sempurna tanpa dia.

Yang kedua, ialah rindu saat-saat atau momen-momen indah bersama suatu masa dahulu. Walaupun berhubungan rapat, contohnya suami isteri, hidup rasa tidak seperti dulu. Sangat rindu saat indah dahulu.

Kenapa kita rindu seseorang?

Antara perkara-perkara yang biasanya membuatkan anda teringatkan seseorang:

Rindu sebab teringat senyuman dia

Anda baru sahaja mengenali seseorang. Walaupun tidak berbual lama, namun fikiran anda tetap kembali mengingatkan anda kepada si dia.

Jadi dalam situasi begini, ini mungkin bermakna anda tertarik pada mereka. Misalnya, mungkin anda tertarik pada senyuman manis si dia, matanya yang bundar dan menawan atau mungkin wajahnya mengingatkan anda pada  seseorang yang anda pernah sayangi, justeru anda tidak boleh berhenti memikirkannya.

 

Rindu seseorang kerana teringat perangai dia

Walaupun sudah terbukti yang tarikan fizikal boleh membuatkan anda selalu teringatkan seseorang, namun mengikut kajian, manusia terbukti lebih tertarik dengan personaliti dan karakter seseorang!

Misalnya, boleh jadi anda tertarik kepada personaliti menarik si dia, atau sense of humor yang membuatkan anda tidak kering gusi bila bersamanya!

 

Dia sudah tiada lagi

Kehilangan orang terdekat semestinya akan memberikan kesan yang besar kepada emosi seseorang. Cuba bayangkan, anda berpisah dengan seseorang selepas bertahun-tahun menjalin kasih.

Semestinya kehilangan itu akan menyebabkan anda shock, lalu meninggalkan kesan yang mendalam kepada perasaan dan fikiran anda.

Namun, perpisahan atau kematian adalah antara bentuk kehilangan yang selalu terjadi di sekeliling kita. Jangan gusar jikalau anda asyik teringatkan ex anda, kerana itu hanya bermakna masih ada lagi hal-hal tentang si dia yang masih terakam jelas di minda separa sedar anda.

Tambahan pula, kehadiran insan tersebut pula bagaikan sudah sebati dalam hidup anda dan sudah terlalu banyak kenangan indah dilalui bersamanya. Ingat, selalu teringatkan ex, bukan bererti anda belum move on!

 

Teringat saat-saat indah bersama dia

Ketika anda sedang melakukan sesuatu yang anda suka, misalnya keluar dengan rakan-rakan, meluangkan masa dengan yang tersayang atau pergi bercuti bersama ahli keluarga, tahukah anda sebenarnya minda separa sedar anda sebenarnya sedang “merakam” insan-insan sekeliling anda sewaktu momen menggembirakan itu berlaku.

Lama-kelamaan, secara tidak sedar anda akan asyik teringatkan mereka, kerana perasaan mengingatinya sahaja sudah membuatkan anda berasa gembira.

 

Ayat bila rindu seseorang

Apabila rindu, ucapkanlah kata-kata yang enak dan sedap didengar. Bila bercakap di telefon yang boleh mendengar suara kedua-dua belah pihak, mahupun cuma sekadar ber-Whatsapp, luahkan rasa rindu bila benar-benar rindu.

Jangan rasa ego dan menyimpan rasa rindu itu.

 

Doa bila rindu seseorang

Apabila rindu, doakanlah yang terbaik untuk dia. Bagi isteri yang berjauhan dengan suami, sentiasa berdoa agar dia dijaga oleh Allah pada setiap masa.

Jangan sesekali berfikir yang bukan-bukan, kerana itu akan mengundang persepsi negatif. Syaitan akan memainkan peranan dengan membisikkan dan menggerakkan hati kita ke arah bersangka buruk.

 

Akhir kalam

Jadi, tidak hairanlah jika anda asyik teringatkan seseorang yang baru anda kenali, mungkin kerana anda menyenangi kehadiran insan tersebut dan si dia telah membuatkan anda lebih gembira pada waktu itu?

Semoga bermanfaat.

9 thoughts on “Kenapa Kita Rindu Seseorang? (Tiba Tiba Rasa Rindu)”

  1. Bnyk kenangan ngn dia .. susah nk lupakn ..tp dh move on ,xnk kembali lagi pd die..die pon dh bhgia ngn pilihannya..sy pon same..tp rasa rindu ni kuat sgt .. Dear H ..if awk bce ni ..sy nk awk thu ..sy rindu awk sgt2 . ‘(

  2. Klu awok baco ni, percayo lah sy rindu sngt² seolah takdok tepat gatung. Stiap hari duk tunggu moment yg samo

  3. Saya rindukan awk Jie..hrp awak bahagia dgn si dia..saya sentiasa doakan kbhgiaan awak wlpn kita xmgkn brsama..missing u so much

  4. Aku sgt merindukan dia walaupun dia tdk mengetahuinya. Sgt perit rindu yg tak diundang ni dan sukar dibuang. Aku pun pelik… Semoga masa dpt mengubati.

Leave a Comment