Pinjaman Peribadi Bank Rakyat 2021 (Untuk Kakitangan Kerajaan)

Bagi sesiapa yang kesempitan wang ataupun terkesan dengan Covid-19 tahun 2020 ini, salah satu alternatif yang ada ialah dengan buat pinjaman peribadi Bank Rakyat.

Ada 3 kategori pinjaman peribadi Bank Rakyat yang popular iaitu:

  • Pinjaman untuk kakitangan kerajaan
  • Pinjaman untuk pekerja swasta
  • Pinjaman untuk pesara kerajaan

Dalam perkongsian ini, kami akan kongsikan khas untuk kakitangan kerajaan dahulu. Nanti, kami akan kongsikan berkenaan pekerja swasta dan pesara kerajaan pula.

Langkau artikel ini untuk baca cara buat pinjaman peribadi Bank Rakyat untuk blacklist.

Permohonan pinjaman peribadi Bank Rakyat untuk kakitangan kerajaan

Sila ikut cara mohon seperti di bawah:

  1. Layari laman web rasmi Bank Rakyat di sini: https://www.bankrakyat.com.my/c/perbankan/pembiayaan_i/pembiayaan_peribadi_i_sektor_awam-6/personal
  2. Tekan butang Mohon Sekarang
  3. Masukkan maklumat yang dipinta seperti:
    • Salutation
    • Nama
    • Nombor Telefon
    • E-mel
    • Pilih samada Pelanggan Sedia Ada Bank Rakyat atau tidak
    • Pilih samada anda ingin menerima sebarang promosi/tawaran
    • Tandakan Saya tekah membaca dan bersetuju dengan Dasar Privasi Bank Rakyat
  4. Pilih produk pilihan yang diingini:
    • Simpanan-i & Deposit-i
    • Pembiayaan Peribadi-i
    • Pembiayaan Pendidikan-i
    • Pembiayaan Kenderaan-i
    • Pembiayaan Perumahan-i
    • Pajak Gadai-i
    • Perbankan Internet
    • Kad-i
    • Perancangan Kewangan
    • Pembiayaan Mikro-i
    • Pembiayaan Perniagaan-i
    • Lain-lain
  5. Tanda I’m not a robot
  6. Tekan butang Hantar

Anda akan dihubungi oleh pegawai bank.

 

Berapa banyak boleh buat pinjaman peribadi Bank Rakyat?

Anda layak untuk mendapat pinjaman sehingga RM200,000 jika bayaran ansuran anda adalah seperti berikut:

  • Pindahan gaji ke Bank Rakyat
  • Biro Perkhidmatan Angkasa
  • Potongan Gaji Majikan

Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk bayar ansuran menggunakan online banking atau bayaran secara elektronik, jumlah yang dibenarkan adalah gandaan gaji atau RM200,00. Ikut yang mana satu terendah.

Pendapatan RM1,000 – RM5,000

  • Jika anda bergaji RM1,000 – RM5,000, anda layak 5 kali gandaan gaji kasar sebulan
  • Contohnya, jika gaji anda RM5,000, anda layak buat pinjaman Bank Rakyat sebanyak RM25,000

Pendapatan RM5,001 – RM10,000

  • Jika anda bergaji RM5,001 – RM10,000, anda layak 8 kali gandaan gaji kasar sebulan
  • Ini bermakna, jika gaji anda RM10,000, anda layak buat pinjaman Bank Rakyat sebanyak RM80,000

Pendapatan melebihi RM10,000

  • Jika anda bergaji melebihi RM15,000, anda layak 10 kali gandaan gaji kasar sebulan
  • Ini bermakna, jika gaji anda RM15,000, anda layak buat pinjaman Bank Rakyat sebanyak RM150,000
  • Yang paling maksimum, jika gaji anda RM20,000, anda layak buat pinjaman Bank Rakyat sebanyak RM200,000

 

Apa kelayakan untuk dapatkan pembiayaan peribadi?

Berikut ialah kriteria yang melayakkan anda memohon pinjaman ini:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur minimum 18 tahun dan maksimum 60 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan
  • Berpendapatan bulanan tetap minimum RM1,000 termasuk elaun tetap
  • Berkhidmat dalam sektor awam & syarikat GLC terpilih
  • Telah berkhidmat minimum tiga (3) bulan

Ciri-ciri pinjaman peribadi ini pula ialah:

  • Amaun pembiayaan sehingga RM200,000
  • Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun
  • Tiada jaminan diperlukan
  • Perlindungan takaful atas pilihan pelanggan
  • Pilihan kadar keuntungan tetap atau terapung

 

Apa dokumen yang diperlukan untuk mohon pembiayaan peribadi Bank Rakyat?

Jika permohonan baru:

  • Salinan Kad Pengenalan atau MyTentera
  • Slip gaji untuk tiga (3) bulan terakhir
  • Penyata bank untuk tiga (3) bulan terakhir (iaitu bank yang gaji dimasukkan setiap bulan)
  • Surat pengesahan majikan atau Borang EA

Jika permohonan berulang:

  • Salinan Kad Pengenalan atau MyTentera
  • Slip gaji untuk tiga (3) bulan terakhir

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian mengenai pinjaman peribadi Bank Rakyat untuk kakitangan kerajaan ini dapat membantu meringankan beban anda sebagai government servant.

Sekadar ingin maklumkan, lebih baik juga jika anda buka dan daftar akaun Bank Rakyat siap-siap. Jika lulus permohonan, mudah untuk keluarkan duit.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment