Cara Register BSN Online Banking (Bahasa Melayu)

Jika anda sudah mempunyai akaun bank BSN, tetapi belum mempunyai akaun BSN atas talian, jemput baca cara register BSN online ini dalam Bahasa Melayu.

Berbanding Bahasa Inggeris yang lebih sukar, kami kongsikan panduan dalam Bahasa Melayu supaya lebih mudah faham.

Izinkan kami berkongsi.

1. Cara register BSN online banking

Jika anda ingin melakukan apa-apa transaksi online seperti semak baki akaun BSN dan transfer duit, anda perlu ada akaun BSN dulu. Berikut ialah langkah-langkah mudah:

  1. Layari laman web rasmi myBSN di sini: https://www.mybsn.com.my
  2. Lihat ke sebelah kanan atas skrin, kemudian klik butang Register/Demo untuk pelanggan yang ingin membuat keahlian baru (mendaftar) di MyBSN.
  3. Manakala untuk pelanggan yang sudah buat akaun keahlian, anda hanya perlu menekan butang Login untuk log masuk ke akaun MyBSN anda.
  4. Pastikan anda membaca sepenuhnya terma & syarat yang telah ditetapkan oleh BSN untuk mendapat akses penggunaan Servis Perbankan Internet BSN (MyBSN), beserta dengan segala servis yang disediakan dalam MyBSN online.
  5. Klik Accept sekiranya anda bersetuju dengan terma & syarat tersebut, manakala Decline untuk kembali ke laman utama.
  6. Selepas anda memilih Accept, pada laman seterusnya, bahagian yang ditandakan sebagai *Mandatory Field haruslah diisi oleh anda.
  7. Untuk lebih tepat lagi, masukkan:
    • Nombor kad kredit/debit
    • Nombor PIN kad (untuk kad debit sahaja)
    • CVV2 (tiga digit terakhir yang tertera pada belakang kad kredit/debit)
    • Tarikh luput kad kredit/debit
  8. Pastikan anda mempunyai nombor kad debit/kredit, nombor PIN kad debit/kredit dan nombor telefon mudah alih yang berdaftar atas nama anda
  9. Isikan nombor kad pengenalan anda pada ruang New IC Number sekiranya anda warganegara Malaysia, ATAU isikan pada ruangan Military IC/Passport Number jika anda tidak mempunyai kad pengenalan atau bukan warganegara
  10. Di laman seterusnya, masukkan username yang anda mahu dan mengikut spesifikasi yang diberi, serta masukkan kata laluan pada ruangan Password (mestilah lebih daripada lapan angka)
  11. Masukkan juga kod OTP, di mana kod ini boleh diperoleh dari nombor telefon yang berdaftar semasa proses pendaftaran akaun bank BSN dahulu
  12. Pastikan daftar nombor telefon sebelum cuba daftar MyBSN online
  13. Seterusnya, pilih salah satu gambar yang tertera di ruangan Online Image.
  14. Gambar ini digunakan untuk proses pengesahan, dan anda dinasihatkan untuk menukar gambar Online anda ini setiap bulan.
  15. Selesai

 

2. First Time Login BSN online

Selepas register, ikut langkah-langkah di bawah untuk log masuk:

  1. Layari laman web rasmi myBSN: https://mybsn.com.my
  2. Masukkan Username
  3. Tekan butang Login
  4. Buat pengesahan Online Image milik akaun anda.
  5. Masukkan Password akaun anda.
  6. Setelah dapat akses masuk, isikan maklumat peribadi anda.
  7. Pilih jenis soalan rahsia yang anda ingin jawab dan masukkan jawapan anda.
  8. Jika tiada apa-apa masalah, anda akan berjaya login BSN online banking
  9. Selesai

 

3. Maklumat lanjut BSN online

Sekiranya anda menghadapi masalah semasa proses mendaftar akaun BSN, boleh hubungi  BSN Contact Centre di talian berikut:

  • 1-300-88-1900

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian cara register BSN online akan memudahkan urusan perbankan anda.

Semoga bermanfaat.

44 thoughts on “Cara Register BSN Online Banking (Bahasa Melayu)”

  1. Saya nak tanya sudah masuk Cek rm2,0000,00 yang saya serahkan di cawangan bank BSN pada tarikh 07/05/2021 waktu 08:45:00 ?.

    Reply
  2. saya umur 15 tapi dah ada kad bsn..Sebab sekolah suruh.,Masa saya nak register tu dia kata saya bawah 18 tahun sebab no ic saya tu 06.macam mana saya nak buat akaun kalau dia x terima no ic saya?

    Reply
  3. Kenapa menu dalam bsn online kurang?saya nak transfer tp xda jumpa bahagian transfer???ada masalah ke?boleh bagitahu tak??

    Reply
  4. assalamualaikum,sy nk tnye sy dh cba buat byk kali untk register…ble tang username tu xmau dy kte invalid la ap laa..pdhal sy dh cba mcm2 nama sy buat..tpy tetap jgk xmau..mcm mne erkk nk buat tu??

    Reply
  5. Setakat 15 May 2022,
    Maklumat yang saya tahu:
    Setelah selesai urusan pendaftaran akaun baru,
    Terus call 1-300-88-1900,
    Kita perlu aktifkan akaun melalui phone call.
    Lepas beberapa minit, dah boleh guna akaun macam biasa.
    Pastikan sentiasa periksa nombor hotline bsn sebelum membuat panggilan.
    Terima kasih

    Reply

Leave a Comment