BSN Instant Transfer (Cara Transfer Duit Online Guna DuitNow)

Bagi anda yang biasa menggunakan Maybank2u, pasti akan jumpa pilihan Instant Transfer. Sebaliknya, jika anda guna Bank Simpanan Nasional, anda mesti akan perasan bahawa tidak ada butang BSN Instant Transfer. Pelik bukan? Adakah ini bermakna memang kena GIRO yang akan memakan masa beberapa hari?

Bertenang. Sebenarnya memang ada cara untuk buat pindahan wang tanpa yang boleh diterima sekelip mata menggunakan DuitNow.

Izinkan kami bantu.

1. Kenapa BSN online tiada Instant Transfer?

Siapa kata tak ada Instant Transfer? Jangan memandai-mandai.

Sebenarnya ada, cuma BSN gunakan nama yang ramai orang tidak maklum iaitu DuitNow.

 

2. Apa benda DuitNow ini? Sama macam Instant Tranfer?

DuitNow ialah satu perkhidmatan baru yang membenarkan anda untuk memindahkan wang ke akaun penerima. Bukan untuk BSN sahaja, malahan untuk semua bank-bank di Malaysia.

Bezanya dengan pindahan wang biasa menggunakan GIRO ialah anda tidak memerlukan nombor akaun bank penerima untuk melakukan pemindahan.

Sebaliknya, anda hanya memerlukan ID DuitNow penerima untuk melakukan pemindahan. Ini bermakna, anda boleh buat Instant Transfer dari BSN ke bank-bank lain seperti Maybank, CIMB, Bank Islam dan lain-lain hanya menggunakan:

  • Nombor Kad Pengenalan
  • Nombor Telefon
  • Nombor Passport
  • Nombor Pendaftaran Perniagaan
  • Nombor Akaun

 

3. Macam mana nak buat BSN Instant Transfer?

Terima kasih kerana anda sudah cool down. Buat kerja melibatkan duit, jangan marah-marah. Pasti ada jalannya.

Selepas anda register BSN online banking, berikut ialah langkah-langkah untuk membuat BSN Instant Transfer:

  1. Layari laman web rasmi myBSN di sini: https://mybsn.com.my
  2. Masukkan Username
  3. Tekan butang Login
  4. Sahkan Security Image
  5. Jika imej tersebut ialah imej yang anda pilih semasa buat pendaftaran tempohari, tekan butang Yes
  6. Masukkan Password
  7. Tekan butang Login
  8. Jika tiada apa-apa masalah, anda akan masuk ke dalam sistem online banking myBSN
  9. Klik menu Transfer di menu sebelah kiri
  10. Akan ada beberapa pilihan iaitu:
    • Own Accounts
    • 3rd Party Account
    • Interbank Fund Transfer
  11. Pilih Interbank Fund Transfer
  12. Anda akan berada di bahagian 1; Enter Transfer Info
  13. Untuk Enter Transfer Info, akan ada dua pilihan Transfer Type
    • DuitNow
    • Interbank GIRO
  14. Pastikan anda pilih DuitNow untuk membolehkan duit diterima sepantas kilat
  15. Jangan pilih Interbank GIRO. Jika anda pilih ini, transfer akan jadi lambat macam kura-kura
  16. Lengkapkan yang lain-lain seperti:
    • From Account
    • Transfer To
    • Id Type
    • My Favourites
    • Amount (RM)
    • Recipient Reference
    • Additional Info (Optional)
      • Other Details
      • Notify Via Email
  17. Anda kini berada di bahagian 2; Transfer Confirmation
  18. Sila semak buat pengesahan bahawa semua maklumat pindahan wang adalah betul. Antaranya:
    • Transfer Type
    • From Account
    • Beneficiary Details:
      • Recipient’s Bank
      • Recipient’s Name
      • Account Number
      • Transaction Type
    • Payment Details:
      • Amount (RM)
      • Service Charge (RM)
      • Recipient Reference
      • Other Details
      • Notify Via Email
  19. Seterusnya, anda akan dapat lihat ruangan TAC
  20. Klik Request TAC untuk menerima SMS di telefon bimbit anda yang berdaftar dengan BSN
  21. SMS ini mengandungi nombor-nombor yang perlu dimasukkan ke dalam ruangan TAC
  22. Masukkan nombor TAC yang diterima melalui SMS tadi
  23. Tick Yes, I confirm that I have read and understand for DuitNow Terms and Conditions
  24. Tekan butang Confirm
  25. Anda sekarang berada di bahagian 3; Transfer Acknowledgement
  26. Anda akan dapat lihat beberapa maklumat yang terpapar di sini:
    • Reference Number
    • Transaction Status (Successful)
    • From Account
    • Beneficiary Details
    • Payment Details
      • Amount (RM)
      • Service Charge (RM)
      • Recipient Reference
      • Other Details
      • Notify Via Email
      • Balance After Transfer (RM)
      • Transaction Date, Time
  27. Tekan butang Print untuk simpan maklumat-maklumat ini untuk rujukan akan datang
  28. Ini adalah penting sekiranya ada masalah duit tak masuk ke dalam akaun yang kita hantar tadi
  29. Tekan butang Add to Favourite jika ingin memudahkan urusan pindahan wang akan datang
  30. Tekan butang Make Another Transfer jika anda ingin buat urusan Instant Transfer ke bank-bank yang lain
  31. Selesai

 

Akhir kalam

Siapalah yang sanggup menunggu beberapa hari untuk menerima duit. Nasib baik untuk buat BSN Instant Transfer, kita boleh gunakan DuitNow.

Manfaatkanlah sepenuhnya panduan ini.

Diharapkan agar perkongsian cara buat Instant Transfer BSN ini akan memudahkan lagi urusan perbankan anda.

Semoga bermanfaat.

27 thoughts on “BSN Instant Transfer (Cara Transfer Duit Online Guna DuitNow)”

  1. Pertanyaan.

    Macam mana kalau orang lain yang menggunakan data data kita untuk daftar myBSN onlinebtanoa pengetahuan kita..
    Sedangkan kita takde pun mendaftar untuk myBSN . Sila respon.

    Reply
  2. Pertanyaan.

    Macam mana kalau orang lain yang menggunakan data data kita untuk daftar myBSN online tanpa pengetahuan kita..
    Sedangkan kita takde pun mendaftar untuk myBSN . Sila respon.

    Reply
  3. saya dah try buat akaun baru..tetapi akaun saya tak ada di papar transfer atau lain”…? da try call bsn tak jawab..habis kena jumpa dekat counter juga ke..?

    Reply
  4. Saya juga dah daftar bsn online banking. Menu yang ada cuma Account Overview dan Manage Account saja. Transfer? Tak ada pun dalam menu.
    Mohon kepastian, BSN online ni hanya untuk 2 menu itu sajakah? Terima kasih.

    Reply
  5. Saya dah daftar BSN online transfer tapi dekat menu tidak ada perkataan transfer??? Bleh check Baki akaun & lain2 sahaja? Kena p kaunter ka macam mana??

    Reply
  6. Saya dah daftar BSN online transfer tapi dekat menu tidak ada perkataan transfer??? Bleh check Baki akaun & lain2 sahaja? Kena p kaunter ka macam mana?? Boleh tolong bgtau mcm mna nk buat?

    Reply
  7. Saya pun sudah daftar BSN online.
    Tidak ada papar utk Fund transfer, payment, dll, spt bank lain online.
    Yang boleh tengok balance sahaja.
    Saya harap mwnywlwsai masaalah ini.
    Tkasih

    Reply
  8. Sama juga saya X boleh tranfer..banyak Kali keluar masuk akaun Cari nak tempat transfer pun X Ada..kena call care hot line Ker MCM mana

    Reply
  9. Harap bsn buat lah apps seperti bank2 lain..mudah Dan senang..cek Baki..tranfer duit,Dan lain2..supaya pelanggan sentiasa happy..

    Reply
  10. Sya dh buat acc bsn yg bru tpi ruang utk transfer tu tak de.. what should I do now? Sya mmg kne gi bank ke atau cmna? Mohon reply segera..sbb sya ada buat shopping online

    Reply
  11. Saya Ade bsn ac saving nak buat traspers online semua ok tapi Tak boleh pergi ke traspers

    Reply

Leave a Comment