Cara Daftar Paypal (Link Guna Kad Debit & Kredit Bank di Malaysia)

Bagi anda yang baru mahu mula gunakan transaksi online, jemput baca cara daftar Paypal seperti di bawah ini.

Sila pastikan anda mempunyai email yang masih aktif. Jika tidak, kami sarankan anda daftar Gmail terlebih dahulu.

Izinkan kami berkongsi.

1. Cara daftar Paypal di Malaysia

  1. Pada web browser anda, masukkan kata kunci Paypal. Kemudian, pilih yang paling atas. Anda akan dibawa ke laman web rasmi untuk Paypal.
  2. Untuk lebih mudah, terus sahaja taip https://paypal.com
  3. Pada laman tersebut, tekan butang Sign Up Now yang tertera.
  4. Pada laman seterusnya, pilih sama ada akaun anda tersebut ialah akaun peribadi atau akaun bisnes. Kemudian, tekan butang Next.
  5. Kemudian, terdapat ruangan yang tertulis I’m an….. Pilih status anda ialah pembeli barangan secara online (Individual shopper), atau Individual seller/freelancer, atau kedua-duanya. Sekiranya anda tidak pasti, pilih I’m not sure.
  6. Kemudian, tekan butang Next.
  7. Seterusnya, beberapa ruangan perlu anda isikan. Pada ruangan Email Address, masukkan emel anda yang aktif dan boleh diakses.
  8. Untuk cara daftar Paypal yang seterusnya, pada ruangan Mobile Number, masukkan nombor telefon anda yang aktif dan boleh dihubungi.
  9. Pada ruangan Given Name, masukkan nama panggilan anda atau nama pertama anda.
  10. Pada ruangan Middle Name, masukkan nama tengah anda.
  11. Pada ruangan Surname, masukkan nama keluarga anda. Bagi anda yang beragama Islam, anda boleh memasukkan nama anda sendiri pada ruangan Given Name dan Surname. Sebagai contoh, sekiranya nama anda ialah Muhammad Akmal, masukkan nama Muhammad pada ruangan Given Name, manakala nama Akmal pada ruangan Surname. Atau, anda boleh memasukkan nama Akmal pada ruangan Given Name, manakala nama bapa anda pada ruangan Surname. Abaikan untuk ruangan Middle Name.
  12. Pada ruangan Create your password, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Password anda mestilah minimum 8 aksara, mempunyai minimum satu nombor atau simbol.
  13. Pada ruangan Confirm your password, masukkan sekali lagi password yang baru anda cipta untuk akaun Paypal anda.
  14. Pergi ke bahagian bawah, dan semak bendera yang tertera. Pastikan bendera yang tertera ialah bendera kewarganegaraan anda.
  15. Kemudian, tekan butang Next.
  16. Pada laman seterusnya, terdapat bahagian Confirm your number. Anda akan menerima SMS daripada Paypal yang mengandungi kod enam digit. Masukkan kod tersebut di ruangan yang disediakan. Sekiranya anda tidak menerima SMS tersebut, tekan link Send code again.
  17. Kemudian, pada laman seterusnya, beberapa ruangan lagi perlu anda isikan.
  18. Pada ruangan Nationality, masukkan negara untuk kewarganegaraan anda.
  19. Ini bahagian penting dalam langkah dan cara daftar Paypal Malaysia. Pada ruangan Identification Type, pilih jenis pengenalan yang anda ingin gunakan, sama ada National ID untuk kad pengenalan anda, Driving license untuk nombor lesen memandu anda, ataupun Passport number untuk nombor passport
  20. Kemudian, pada ruangan Document Number, masukkan nombor pendaftaran tersebut.
  21. Pada ruangan Address line 1, masukkan alamat penuh surat-menyurat anda. Sekiranya ruangan tidak mencukupi, sambung pada Address line 2.
  22. Pada ruangan Postal code, masukkan poskod untuk alamat anda.
  23. Pada ruangan City/Town/Locality, masukkan bandar untuk alamat anda.
  24. Pada ruangan State/Federal territory, pilih negeri untuk alamat anda.
  25. Pada ruangan Date of birth, masukkan tarikh lahir anda. Format tarikh lahir yang perlu anda masukkan di ruangan ini ialah Bulan/Tarikh/Tahun.
  26. Pada kenyataan Activate One Touch, pilih sama ada anda ingin menggunakan perkhidmatan One Touch atau tidak. One Touch membolehkan anda untuk terus menggunakan akaun Paypal anda pada bila-bila masa setiap kali anda ingin membuat pembelian secara online, di mana akaun Paypal anda tidak akan terkeluar atau log out secara automatik. Jadi, anda tidak perlu memasukkan password anda setiap kali ingin mula membuat pembayaran. Sekiranya anda ingin gunakan perkhidmatan ini, tick pada kenyataan tersebut.
  27. Kemudian, tekan User Agreement dan Privacy Statement untuk membaca terma dan persetujuan anda sebagai pengguna Paypal terhadap polisi dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Paypal. Sekiranya anda bersetuju, tick pada kenyataan tersebut.
  28. Seterusya, tekan butang Agree and Create Account.
  29. Akaun Paypal anda berjaya didaftar.
  30. Panduan dan cara daftar Paypal sudah tamat.
  31. Tekan Get Started untuk mulakan shopping anda secara online.

 

2. Cara login Paypal

Sebelum boleh menggunakan Paypal untuk transfer dan receive payment, anda perlu login terlebih dahulu.

  1. Layari laman web rasmi Paypal di sini: https://paypal.com
  2. Klik butang Log In di bahagian menu atas sebelah kanan
  3. Masukkan email atau nombor telefon
  4. Tekan butang Next
  5. Masukkan password
  6. Tekan butang Log In
  7. Sekiranya tiada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam sistem Paypal
  8. Selesai

 

3. Cara guna Paypal

Setelah berjaya masuk ke dalam sistem Paypal, anda akan dapat lihat dua fungsi yang paling selalu digunakan iaitu Send dan Request.

Send Payment

Untuk menghantar atau transfer duit pada seseorang:

  1. Klik menu Send & Request di bahagian atas
  2. Klik tab Send
  3. Masukkan email penerima
  4. Masukkan amaun dalam matawang yang dikehendaki
  5. Tekan butang Continue
  6. Semak jumlah wang yang akan dihantar
  7. Tekan butang Send Payment Now
  8. Selesai

Request Payment

Untuk terima bayaran atau receive payment dari seseorang:

  1. Klik menu Send & Request di bahagian atas
  2. Klik tab Request
  3. Masukkan email orang yang akan berikan kita duit
  4. Masukkan amaun dalam matawang yang dikehendaki
  5. Semak jumlah wang yang dipinta
  6. Tekan butang Request Payment
  7. Selesai

 

4. Transfer & receive duit Paypal guna kad debit & kredit

Jika anda mahu terima atau hantar duit, boleh gunakan kad debit atau kad kredit. Perlu link akaun bank yang dipilih dengan Paypal.

Antara bank yang popular di Malaysia ialah:

  • Maybank
  • CIMB
  • Bank Islam

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian cara daftar Paypal Malaysia ini dapat memudahkan lagi hidup anda.

Walaupun ada banyak e-wallet di Malaysia, Paypal masih lagi relevan untuk transaksi luar negara.

Semoga bermanfaat.

5 thoughts on “Cara Daftar Paypal (Link Guna Kad Debit & Kredit Bank di Malaysia)”

Leave a Comment