Bantuan Koperasi 2021 (Tabung Modal Pusingan Koperasi SKM)

Jika anda mempunyai koperasi yang terjejas dan memerlukan bantuan semasa Covid-19 ini, boleh dapatkan bantuan koperasi yang dinamakan Tabung Modal Pusingan dari SKM.

Khidmat pembiayaan melalui Tabung Modal Pusingan (TMP-JPK) telah diwujudkan di bawah Akta Acara Kewangan 1957 dalam tahun 1985.

Bantuan pembiayaan ini adalah bertujuan untuk membantu koperasi dalam penyediaan dana untuk melaksanakan projek yang berdaya maju.

1. Cara daftar bantuan koperasi di apponline.skm.gov.my

Apa-apa permohonan melalui SKM online terbahagi kepada dua jenis pengguna iaitu:

  • Pengguna atas nama Individu
  • Pengguna atas nama Koperasi

 

Untuk mendaftar atas kapasiti Individu, ikuti langkah-langkah seperti di bawah:

  1. Layari laman web rasmi SKM di sini: https://apponline.skm.gov.my/UserSignUp.aspx
  2. Isikan maklumat lengkap seperti dipinta seperti:
    • Jenis Pengguna > Individu
    • Nama Penuh
    • No Kad Pengenalan
    • No Telefon
    • Alamat
    • Poskod
    • Negeri
    • ID Pengguna
    • Kata Laluan
    • Email
  3. Tekan butang Hantar

 

Untuk mendaftar atas kapasiti Koperasi, ikuti langkah-langkah seperti di bawah:

  1. Layari laman web rasmi SKM di sini: https://apponline.skm.gov.my/UserSignUpCopr.aspx
  2. Isikan maklumat lengkap seperti dipinta seperti:
    • Jenis Pengguna > Koperasi Berdaftar
    • Nama Koperasi
    • Alamat
    • Tarikh Daftar
    • Negeri Menyelia
    • Wilayah Menyelia
    • ID Pengguna
    • Kata Laluan
    • Email
  3. Tekan butang Hantar

 

2. Cara login SKM online di apponline.skm.gov.my

Jika anda sudah berdaftar, boleh terus login ke dalam sistem SKM.

  1. Layari laman web rasmi SKM di sini: https://apponline.skm.gov.my/UserLogin.aspx
  2. Anda akan dapat lihat paparan Selamat Datang
  3. Masukkan ID Pengguna
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Tekan butang Log Masuk
  6. Jika tidak ada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam sistem

 

3. Cara daftar mohon bantuan koperasi di apponline.skm.gov.my

Pendaftaran adalah sedikit rumit. Ini kerana anda perlu menyediakan pelbagai dokumen sokongan.

  1. Permohonan perliu dikemukakan melalui Sistem Permohonan Atas Talian (Online) SKM
  2. Sila daftar dan login dengan mengikut panduan yang diberikan di atas
  3. Lengkapkan KESEMUA butiran yang diperlukan dalam Sistem Permohonan Pembiayaan Kredit SKM
  4. Kemukakan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan untuk dimuatnaik ke dalam sistem tersebut.

 

4. Dokumen apa yang koperasi perlu sediakan dalam permohonan Tabung Modal Pusingan ini?

Berikut ialah dokumen utama yang diperlukan:

Rancangan Perniagaan
Rancangan perniagaan PERLU mengandungi maklumat berikut:-.
1. Rancangan Eksekutif
  a. Produk dan perkhidmatan yang disediakan
  b. Latar belakang anggota Lembaga
  c, Keperluan pembiayaan
2. Latar Belakang Projek
  a. Lokasi tapak projek
  b. Jenis bangunan
  c. Kemudahan Asas
3. Sejarah Koperasi
  a, Penubuhan koperasi
  b. Pembiayaan yang lepas
  c. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan
4. Latar Belakang Pengurusan
  a. Pengalaman
  b. Struktur pengurusan
5. Produk atau Perkhidmatan
  a. Produk/servis yang dipasarkan dan dirancangkan
  b. Anggaran harga, kuantiti keluaran dan jualan bulanan
  c. Kebaikan produk/perkhidmatan yang ditawarkan
  d. Jaminan produk/perkhidmatan dan kelulusan daripada Kerajaan
 6. Strategi Pemasaran
  a. Pelanggan
  b. Saluran agihan
  c. Strategi penetapan harga
  d. Promosi
  e. Ramalan jualan
  f. Belanja pemasaran
  g. Rancangan agihan
  h. Persaingan
7. Rancangan Pengeluaran dan Operasi
  a. Produk yang dikeluarkan
  b. Proses Pengeluaran
  c. Kapasiti pengeluaran
  d. Rancangan pengeluaran
  e. Mesin dan peralatan
  f. Perabot dan alat kelengkapan
  g. Lokasi
  h. Susun atur
  i. Bahan mentah
  j. Tenaga kerja
  k. Kos teknikal
8. Rancangan Organisasi
  a. Matlamat dan strategi organisasi
  b. Struktur organisasi
  c. Senarai kakitangan Pengurusan
  d. Butiran lengkap jawatan
  e. Imbuhan dan insentif
  f. Belanjawan pejabat
9. Rancangan Kewangan
  a. Kos projek
  b. Sumber pembiayaan
  c. Pinjaman
  d. Secara sewa-beli dan sewa-pajak
  e. Jadual susut nilai aset
  f. Penyata kewangan proforma – aliran tunai, penyata pendapatan, lembaran imbangan, analisis titik pulang modal
10. Jadual Pelaksanaan Projek
11. Rumusan
12. Lampiran dan Dokumen Sokongan
  a. Surat hakmilik tanah projek
  b. Sebut haga daripada pembekal aset
  c. Lain-lain dokumen berkaitan yang boleh membantu menyokong rancangan perniagaan ini
Berikut pula ialah dokumen-dokumen lain yang perlu disertakan sekali:
  1. Borang Permohonan Pembiayaan Tabung Modal Pusingan (TMP-JPK) (Jika tidak diisi secara online)
  2. Cabutan Minit Mesyuarat Agung yang meluluskan had maksimum keterhutangan yang disahkan oleh Lembaga
  3. Cabutan Minit Mesyuarat Lembaga yang meluluskan  cadangan untuk memohon pinjaman/ pembiayaan TMP-SKM yang disahkan oleh Lembaga
  4. Senarai Anggota Lembaga semasa (seperti kehendak Peraturan 17, Peraturan-Peraturan Koperasi 1995) yang disahkan oleh Lembaga
  5. Cabutan Undang-Undang Kecil Koperasi yang membenarkan koperasi menjalankan projek berkenaan yang disahkan oleh Lembaga
  6. Penyata kewangan lengkap teraudit bagi 3 tahun terakhir
  7. Penyata terima dan bayaran bulanan bagi tahun semasa yang disahkan oleh Lembaga
  8. Penyata bank bagi 3 bulan terakhir
  9. Kertas kerja projek
  10. Dokumen cagaran (di mana perlu)

 

Koperasi mana yang layak mohon bantuan Tabung Modal Pusingan ini?

Semua koperasi yang berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 (Akta 502) yang diselia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) adalah layak untuk buat permohonan.

 

Syarat kelayakan untuk buat permohonan Tabung Modal Pusingan

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:
  •  Koperasi berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia;
  • Koperasi telah didaftarkan tidak kurang daripada 18 bulan dan akaunnya telah diaudit;
  • Projek yang akan dilaksanakan adalah berdaya maju (viable);
  • Pentadbiran dan pengurusan koperasi mematuhi Akta Koperasi 1993, Peraturan-peraturan Koperasi 1995 dan Undang-undang Kecil Koperasi;
  • Pengurusan perakaunan adalah teratur dan dikemaskini dan penyata kewangan semasa telah diaudit dan;
  • Projek yang akan dibiayai memberi manfaat kepada anggota-anggota dan koperasi.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian bantuan koperasi ini akan membantu anda meneruskan perniagaan koperasi anda.

Jika anda adalah dari golongan beruniform, boleh cuba dapatkan pinjaman koperasi polis dan juga pinjaman koperasi tentera.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment