Permohonan BKSS 6.0 (Perlu Daftar bkss.sarawak.gov.my atau Tidak?)

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah mengumumkan pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 pada 28 Mei 2021. Persoalannya, adakah perlu buat permohonan BKSS melalui bkss.sarawak.gov.my untuk bantuan kali ini?

Izinkan kami bantu.

Nota:

1. Macam mana nak buat permohonan BKSS 6.0?

Untuk makluman, anda tidak perlu buat apa-apa permohonan untuk BKSS 6.0. Sekiranya anda layak menerima BPN dan BPR, anda tidak perlu memohon lagi bantuan ini.

Walau bagaimanapun, untuk pemohon baru, kami tidak pasti prosedurnya.

Izinkan kami mencari maklumat ini dan kemaskini semula.

 

2. Kenapa tak perlu memohon BKSS 6.0?

Mana-mana individu bujang dan isi rumah yang lulus BPN dan BPR akan lulus Bantuan Khas Sarawakku Sayang 6.0 secara automatik. Kami berpendapat, pihak negeri Sarawak menggunakan data yang sama dari LHDN.

 

3. Siapa yang dapat duit bantuan BKSS 6.0 kali ini?

Secara amnya, pemberian bantuan kewangan ini terbahagi kepada dua golongan, iaitu lebih kurang sama dengan bantuan kerajaan seperti sebelum-sebelum ini, iaitu golongan isi rumah dan individu bujang.

Walau bagaimanapun, ada beberapa tambahan penerima. Sila scroll ke bawah untuk maklumat lanjut.

 

4. Isi Rumah B40 dapat berapa banyak?

Insentif untuk Ketua Isi Rumah B40 ialah sebanyak RM250 sebulan, selama 6 bulan.

Jadual pembayaran dijangka seperti berikut:

  1. Bayaran pertama: 31 Julai 2021
  2. Bayaran kedua: 31 Ogos 2021
  3. Bayaran ketiga: 30 September 2021
  4. Bayaran keempat: 31 Oktober 2021
  5. Bayaran kelima: 30 November 2021
  6. Bayaran keenam: 31 Disember 2021

 

5. Individu bujang pula dapat berapa banyak?

Berbeza dengan golongan isi rumah, individu bujang hanya akan terima sekali sahaja duit bantuan BKSS 6.0 sebanyak RM500 iaitu secara one-off.

Pembayaran kepada golongan bujang dijangka akan dilakukan bermula pada tarikh berikut:

  • Bayaran BKSS 6.0 bujang: 31 Ogos 2021

Sila buat semakan BKSS bujang apabila pautan sudah dibuka nanti.

 

6. Siapa yang layak dapat elaun bulanan BKSS 6.0?

Berikut ialah senarai elaun bulanan yang bakal diterima oleh petugas barisan hadapan  yang menangani pandemik COVID-19 di Sarawak. Bayaran ini juga dibuat selama 6 bulan.

Walau bagaimanapun, ada juga bantuan yang dibayar secara one-off.

  1. Anggota Kesihatan (RM300)
  2. Kakitangan Imigresen Yang Bertugas Di Pos-Pos Kawalan Sempadan (RM200)
  3. Kakitangan PDRM dan Bilik Gerakan Negeri (RM200)
  4. Angkatan Tentera Malaysia yang menjaga sempadan (RM200)
  5. Anggota RELA (RM200)
  6. Anggota Kastam diRaja Malaysia yang bertugas di semua pintu masuk sempadan/pelabuhan/lapangan terbang (RM200)
  7. Kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan yang bertugas dalam perkhidmatan kecemasan/kerja-kerja pemeriksaan/sanitasi (RM200)
  8. Anggota Bomba dan Penyelamat (RM200)
  9. Anggota Angkatan Pertahanan Awam (RM200)
  10. Penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (RM1,500)
    • Dengan dua kali bayaran
    • Pembayaran pertama RM750 pada bulan Julai 2021
    • Pembayaran kedua RM750 pada bulan Disember 2021
    • Pembayaran ini akan dibuat melalui Sarawak Pay

 

7. Siapa yang BKSS 6.0 secara one-off?

Berikut ialah senarai penerima insentif secara one-off:

  1. Pengamal media barisan hadapan di Sarawak (RM1,500 secara one-off)
  2. Pemilik dan pengendali penambang yang berdaftar dengan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak  (RM500 secara one-off)
  3. Pengendali Van Penumpang, Pemandu Teksi, Pengendali Bas dan Van Sekolah yang berdaftar di Sarawak (RM600)
  4. Pemandu e-Hailing dan Tenaga Pengajar Memandu (RM500 secara one-off melalui Sarawak Pay)
  5. Agensi Pelancongan berlesen (RM3,000)
  6. Operator Homestay berlesen (RM600)
  7. Pemandu Kenderaan Pelancongan berlesen (RM500)
  8. Pemandu Pelancong dan Pemandu Pelancong Taman Negara yang berlesen (RM1,500)

 

Akhir kalam

Kami sangat-sangat berterima kasih kepada kerajaan negeri Sarawak yang sangat prihatin dengan rakyat Sarawak.

Jika anda salah seorang rakyat Sarawak yang menerima BKSS 6.0 ini, bersyukurlah.

Sama-sama kita berdoa agar Covid-19 segera hilang dari bumi Malaysia yang bertuah ini.

Semoga bermanfaat.

 

27 thoughts on “Permohonan BKSS 6.0 (Perlu Daftar bkss.sarawak.gov.my atau Tidak?)”

  1. Adakah pelajar universiti sepenuh masa yang berumur 21 tahun dan telah menerima Bpr 2021 layak untuk menerima Bkss 2021?

    Reply
  2. I’m a single father with a daughter live with me.. my wife separate with 9 yr ago .. without divorce letter… But I never received any bpn or bpr… Even boss..?

    Reply
  3. BKSS hanya untuk rakyat sarawak sahaja ke. saya anak jati sarawak dan menetap di sarawak tapi kalau dah ikut data dalam BPR secara jelas nya saya tak dapatlah bantuan tu sebab nama yang memohon adalah ketua rumah. Ingin saya maklumkan di sini ketua rumah saya berasal dari selangor. Boleh bagita tak cara macam mana saya ingin momohon untuk BKSS 6.0 ini. Kerana sebelum ini saya mampu dengar sahaja bantuan yang di war -warkan

    Reply
  4. Case no 20200729-0101
    —————————————-
    1. Saya masih tidak menerima bayaran tunggakan sebanyak RM750 BKSS tahun 2020 dan telah menghantarkan email since 29/7/2020, sampai sekarang masalah saya masih tidak settle. Dan jawapan standard dari pihak talikhidmat centre :
    ‘Masih belum menerima maklum balas daripada Jabatan Perbendaharaan Sarawak’. Adakah semakan tunggakan saya itu perlu mengambil masa yang agak lama iaitu mencecah setahun??? Plz be proactive and treat my comment as an URGENT CASE.

    Reply
  5. Saya penerima GKP. So BPR saya telah dibatalkan. Adakah BKSS saya juga dibatalkan sebab BKSS menggunakan data BPR.

    Reply
  6. Saya penerima gkp.bpr telah dibatalkan.adakah bkss ini tidak layak juga sebab bkss ini mengunakan data bpr adoiii mati

    Reply
  7. Saya anak jati sarawak so kalau ikut kan rekod penerima BSH saya memang setiap tahun akan dapat tapi bila semak untuk BKKS tiada dalam rekod .

    Reply
  8. Hi, I am a sarawakian and my son is borned in Selangor state. But my son’s ic has ‘k’. He is now studying full-time for his degree. Is he eligible for BKSS?

    Reply

Leave a Comment