Jika anda mempunyai koperasi yang terjejas dan memerlukan bantuan semasa Covid-19 ini, boleh dapatkan bantuan koperasi yang dinamakan Tabung Modal Pusingan dari SKM.
Khidmat pembiayaan melalui Tabung Modal Pusingan (TMP-JPK) telah diwujudkan di bawah Akta Acara Kewangan 1957 dalam tahun 1985.
Bantuan pembiayaan ini adalah bertujuan untuk membantu koperasi dalam penyediaan dana untuk melaksanakan projek yang berdaya maju.
1. Cara daftar bantuan koperasi di apponline.skm.gov.my
Apa-apa permohonan melalui SKM online terbahagi kepada dua jenis pengguna iaitu:
- Pengguna atas nama Individu
- Pengguna atas nama Koperasi
Untuk mendaftar atas kapasiti Individu, ikuti langkah-langkah seperti di bawah:
- Layari laman web rasmi SKM di sini: https://apponline.skm.gov.my/UserSignUp.aspx
- Isikan maklumat lengkap seperti dipinta seperti:
- Jenis Pengguna > Individu
- Nama Penuh
- No Kad Pengenalan
- No Telefon
- Alamat
- Poskod
- Negeri
- ID Pengguna
- Kata Laluan
- Tekan butang Hantar
Untuk mendaftar atas kapasiti Koperasi, ikuti langkah-langkah seperti di bawah:
- Layari laman web rasmi SKM di sini: https://apponline.skm.gov.my/UserSignUpCopr.aspx
- Isikan maklumat lengkap seperti dipinta seperti:
- Jenis Pengguna > Koperasi Berdaftar
- Nama Koperasi
- Alamat
- Tarikh Daftar
- Negeri Menyelia
- Wilayah Menyelia
- ID Pengguna
- Kata Laluan
- Tekan butang Hantar
2. Cara login SKM online di apponline.skm.gov.my
Jika anda sudah berdaftar, boleh terus login ke dalam sistem SKM.
- Layari laman web rasmi SKM di sini: https://apponline.skm.gov.my/UserLogin.aspx
- Anda akan dapat lihat paparan Selamat Datang
- Masukkan ID Pengguna
- Masukkan Kata Laluan
- Tekan butang Log Masuk
- Jika tidak ada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam sistem
3. Cara daftar mohon bantuan koperasi di apponline.skm.gov.my
Pendaftaran adalah sedikit rumit. Ini kerana anda perlu menyediakan pelbagai dokumen sokongan.
- Permohonan perliu dikemukakan melalui Sistem Permohonan Atas Talian (Online) SKM
- Sila daftar dan login dengan mengikut panduan yang diberikan di atas
- Lengkapkan KESEMUA butiran yang diperlukan dalam Sistem Permohonan Pembiayaan Kredit SKM
- Kemukakan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan untuk dimuatnaik ke dalam sistem tersebut.
4. Dokumen apa yang koperasi perlu sediakan dalam permohonan Tabung Modal Pusingan ini?
Berikut ialah dokumen utama yang diperlukan:
- Borang Permohonan Pembiayaan Tabung Modal Pusingan (TMP-JPK) (Jika tidak diisi secara online)
- Cabutan Minit Mesyuarat Agung yang meluluskan had maksimum keterhutangan yang disahkan oleh Lembaga
- Cabutan Minit Mesyuarat Lembaga yang meluluskan cadangan untuk memohon pinjaman/ pembiayaan TMP-SKM yang disahkan oleh Lembaga
- Senarai Anggota Lembaga semasa (seperti kehendak Peraturan 17, Peraturan-Peraturan Koperasi 1995) yang disahkan oleh Lembaga
- Cabutan Undang-Undang Kecil Koperasi yang membenarkan koperasi menjalankan projek berkenaan yang disahkan oleh Lembaga
- Penyata kewangan lengkap teraudit bagi 3 tahun terakhir
- Penyata terima dan bayaran bulanan bagi tahun semasa yang disahkan oleh Lembaga
- Penyata bank bagi 3 bulan terakhir
- Kertas kerja projek
- Dokumen cagaran (di mana perlu)
Koperasi mana yang layak mohon bantuan Tabung Modal Pusingan ini?
Semua koperasi yang berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 (Akta 502) yang diselia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) adalah layak untuk buat permohonan.
Syarat kelayakan untuk buat permohonan Tabung Modal Pusingan
- Koperasi berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia;
- Koperasi telah didaftarkan tidak kurang daripada 18 bulan dan akaunnya telah diaudit;
- Projek yang akan dilaksanakan adalah berdaya maju (viable);
- Pentadbiran dan pengurusan koperasi mematuhi Akta Koperasi 1993, Peraturan-peraturan Koperasi 1995 dan Undang-undang Kecil Koperasi;
- Pengurusan perakaunan adalah teratur dan dikemaskini dan penyata kewangan semasa telah diaudit dan;
- Projek yang akan dibiayai memberi manfaat kepada anggota-anggota dan koperasi.
Akhir kalam
Diharapkan agar perkongsian bantuan koperasi ini akan membantu anda meneruskan perniagaan koperasi anda.
Jika anda adalah dari golongan beruniform, boleh cuba dapatkan pinjaman koperasi polis dan juga pinjaman koperasi tentera.
Semoga bermanfaat.