Pinjaman Koperasi Polis 2020 (Download & Isi Borang Pembiayaan)


Adakah anda seorang anggota PDRM? Anda patut tahu bahawa sebenarnya anda layak untuk membuat pinjaman dengan Koperasi Polis atau lebih dikenali sebagai KPDRM (Koperasi Polis Diraja Malaysia).

KPDRM mempunyai banyak pakej perkhidmatan kewangan termasuklah perkhidmatan peminjaman iaitu Pembiayaan Persendirian (Tanpa Penjamin), Pembiayaan Konsumer dan Pembiayaan Atas Yuran.

Pada kali ini, mari kita lihat satu-persatu perkara yang anda perlu tahu jika ingin membuat pinjaman dengan Koperasi Polis terutama bagi tiga perkhidmatan peminjaman yang disebutkan tadi.

Langkau artikel ini untuk baca cara mohon pinjaman Koperasi Tentera.

Syarat dan kelayakan pinjaman Koperasi Polis

Baik, pertama sekali anda kena maklum dahulu mengenai syarat dan kelayakan asas yang dikehendaki sebelum anda layak membuat pinjaman. Jika ada syarat yang tidak dapat ditepati, maka berkemungkinan besar anda akan terlepas daripada peluang ini. Jom semak setiap syarat berkenaan:-

  1. Anda mestilah merupakan seorang anggota Koperasi PDRM.
  2. Anda mestilah menjelaskan sepenuhnya Modal Syer sebanyak RM200. Ini merupakan salah satu daripada dua jenis modal yang dilunaskan kepada Koperasi PDRM.
  3. Anda mesti bebas daripada sebarang tindakan tatatertib atau jenayah.
  4. Anda adalah tidak ditahan kerja / digantung kerja / dalam proses dibuang kerja / mempunyai masalah hutang serius / muflis / mohon berhenti kerja.
  5. Jumlah potongan gaji bulanan anda mestilah tidak melebihi 60% daripada emolumen bulanan.

Bagi setiap pembiayaan juga mungkin terdapat syarat kelayakan sampingan, jadi anda harus teliti dahulu kesemuanya sebelum meneruskan prosedur peminjaman.

 

 Jumlah pembiayaan Koperasi Polis yang dibenarkan 

Seterusnya, anda mesti tahu berapakah amaun pinjaman yang dibenarkan bagi setiap pembiayaan. Kesemua menawarkan amaun yang berbeza.

Pinjaman Persendirian Tanpa Penjamin : Anda boleh meminjam dari serendah RM1,000.00 sehingga amaun maksimum RM150,000.00.

Pinjaman Konsumer : Pinjaman adalah mengikut harga barangan yang anda beli. Ianya serendah RM536.80 bagi barangan berharga RM500.00 sehingga amaun maksimum RM50,531.80 bagi barangan berharga RM50,000.00.

Pinjaman Atas Yuran : Pinjaman adalah mengikut jumlah yuran simpanan yang Anggota Koperasi PDRM simpan sendiri bersama pihak koperasi. Umumnya, amaun yang dibenarkan adalah sehingga 80% daripada jumlah yuran simpanan. Maka ia bergantung sepenuhnya kepada jumlah yang disimpan.

 

Cara mohon pinjaman Koperasi Polis

Buat masa ini, tiada sistem online untuk memohon pembiayaan dari Koperasi Polis. Walau bagaimapun, borang permohonan pembiayaan boleh dimuat-turun secara online.

Berikut ialah senarai borang:

Anda dikehendaki mengisi borang dengan lengkap. Untuk makluman, pembayaran semula pembiayaan ini adalah secara penolakan gaji.

 

Selepas mohon, bila boleh dapat duit loan?

Tempoh masa bila anda boleh dapat pinjaman adalah bergantung sepenuhnya kepada pihak KPDRM.

Namun bagi melicinkan tugasan memproses permohonan pembiayaan, pemohon adalah diminta memastikan borang yang diisi adalah lengkap dan semua dokumen sokongan disertakan dengan berpandukan kepada dokumen berikut:-

  1. Butiran Permohonan
  2. Maklumat Pemohon
  3. Pengisytiharan Bayaran Ansuran Pembiayaan/Pinjaman Lain
  4. Pengesahan Pemohon
  5. Pengesahan Ketua Jabatan
  6. Tandatangan Sokongan / Saksi
  7. Tandatangan pada Perjanjian Pembiayaan
  8. Dokumen Sokongan seperti slip penyata gaji 3 bulan terkini, salinan kad kuasa polis dan kad pengenalan awam, salinan muka hadapan buku akaun bank, dan surat baki hutang bank (jika berkaitan).

Apabila semua dokumen sudah ada, anda boleh serahkan kepada pejabat Koperasi PDRM untuk proses kelulusan di Jalan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur.

Jikalau semua prosedur dipatuhi, sudah tentu proses peminjaman yang dibuat oleh anda menjadi semakin mudah dan mengambil masa dengan pantas.

 

Interest pinjaman / pembiayaan

Feadah atau interest yang ditawarkan dalam membuat pembayaran balik adalah mengikut kepada jenis pembiayaan yang dipilih oleh anda. Kemudian, jumlah bulan untuk melunaskan jumlah pinjaman juga memainkan peranan dalam menentukan nilai faedah yang dikenakan.

Mari selidik satu persatu faedah dari pinjaman Koperasi Polis ini.

1. Pinjaman Persendirian Tanpa Penjamin :

  • Bagi pembiayaan sehingga 24 bulan (2 tahun), faedah sebanyak 4.95%.
  • Bagi pembiayaan selama 36 bulan (3 tahun), faedah sebanyak 5.25%.
  • Bagi pembiayaan selama 48 bulan (4 tahun) sehingga 120 bulan (10 tahun), faedah sebanyak 5.50% dikenakan.

2. Pinjaman Konsumer :

  • Bagi pembiayaan ini, hanya satu kadar faedah iaitu sebanyak 5.5%.

3. Pinjaman Atas Yuran :

  • Bagi pembiayaan ini, hanya satu kadar faedah iaitu sebanyak 4.5%.

 

Bayaran balik loan koperasi

Bayaran balik bagi mana-mana pembiayaan boleh dilakukan secara ansuran. Tempoh pembayaran juga adalah sangat fleksibel, sehingga mencapai maksimum 10 tahun.

Apa kata anda lihat satu persatu cara pembayaran balik bagi setiap kategori pinjaman. Jangan lupa untuk mempertimbangkan jumlah bayaran termasuk daripada nilai faedah yang dikenakan.

  • Pinjaman Persendirian Tanpa Penjamin :

Apabila membuat bayaran ansuran, jumlah potongan daripada gaji bulanan mestilah tidak melebihi 60% daripada emolumen bulanan anda. Anda mempunyai pilihan untuk melunaskan pinjaman dalam tempoh 12 bulan (setahun) sehingga 120 bulan (10 tahun).

  • Pinjaman Konsumer :

Apabila membuat bayaran ansuran, jumlah potongan daripada gaji bulanan mestilah tidak melebihi 60% daripada emolumen bulanan anda. Anda mempunyai pilihan untuk melunaskan pinjaman dalam tempoh 12 bulan (setahun) sehingga 120 bulan (10 tahun).

  • Pinjaman Atas Yuran :

Apabila membuat bayaran ansuran, jumlah potongan daripada gaji bulanan mestilah tidak melebihi 60% daripada emolumen bulanan anda. Anda mempunyai pilihan untuk melunaskan pinjaman dalam tempoh maksimum 60 bulan (5 tahun).

 

Maklumat tambahan mengenai pembiayaan Koperasi Polis

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan pembiayaan yang disediakan, anda boleh layari laman web rasmi Koperasi Polis Diraja Malaysia di kpd.com.my.

Anda boleh meneliti borang-borang yang disediakan secara dalam talian di laman web berkenaan untuk mula memohon dan anda juga boleh menggunakan kalkulator online untuk mengira peminjaman yang anda bakal lakukan.

 

Akhir kalam

Selain pinjaman Koperasi Polis, ada banyak lagi perkhidmatan pembiayaan lain disediakan oleh Koperasi PDRM yang khusus seperti untuk kenderaan motor, ASB dan juga Umrah

Justeru, anda boleh cari Koperasi PDRM di Facebook mereka iaitu Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad di facebook.com/KoperasiPDRM/ atau hubungi nombor di talian 03-2260 8888 jika mempunyai sebarang kemusykilan atau pertanyaan lanjut.

Jemput juga baca cara untuk buat pengiraan untuk pinjaman kereta dan pinjaman perumahan.

Semoga bermanfaat.


Leave a Comment