Dalam perutusan khas Perdana Menteri pada 18 Januari 2021, Tan Sri Muhyiddin telah mengumumkan pakej bantuan terbaru iaitu Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia, yang juga dipanggil Pakej Bantuan PERMAI 2021.
Tiga matlamat pakej bantuan PERMAI ialah:
- Memerangi wabak Covid-19
- Memulihkan kebajikan rakyat
- Menyokong kelangsungan perniagaan
Intipati PERMAI 2021
Ada banyak yang diumumkan dalam perutusan tersebut. Berikut ialah antara bantuan yang penting yang perlu anda tahu:
- Bantuan BPN 2.0 yang diumumkan pada 2020 akan dipercepatkan. Untuk tarikh pembayaran, boleh semak BPN 2.0 bila masuk.
- Program Bakul Makanan diperkenalkan. Setiap penerima yang layak akan menerima bakul makanan yang bernilai RM100 sebakul.
- Moratorium dari bank-bank akan dilanjutkan lagi
- Pengurangan ansuran pinjaman untuk pinjaman kereta dan pinjaman perumahan
- Moratorium untuk bayaran pinjaman PTPTN dan pinjaman MARA diperkenalkan. Tempoh ini adalah sehingga 31 Mac 2021 sahaja.
- Pemohon iSinar KWSP bagi Kategori 2 akan terima pendahuluan sebanayk RM1,000 mulai 26 Januari 2021
- Data percuma 1GB akan diberikan sehingga hujung bulan April 2021
- Calon SPM/STPM dan pelajar IPT akan terima pakej telekomunikasi khas sehingga hujung April 2021 nanti
- Program Subsidi Upah akan diteruskan oleh pihak PERKESO
- Abang rider foodpanda, Grab Food dan lain-lain akan diberi caruman PERKESO
- Pemandu teksi, Grab dan e-hailing serta pemandu bas akan terima bantuan one-off sebanyak RM500
- Rakyat Malaysia akan menerima diskaun bil elektrik dari TNB sebanyak 10% sehingga Mc 2021 bagi sektor-sektor yang terkesan sahaja. Jadi, penurunan bil adalah dijangka sehingga 9% dari Januari – Jun 2021 bagi semua pengguna.
Bantuan PERMAI 2021 untuk majikan dan syarikat
- Skim mikro kredit akan diteruskan melalui program BSN Micro, Tekun dan Agro Bank
- Skim rehabilitasi sewa beli bas dan teksi akan diperkenalkan. Kerajaan akan memberikan jaminan pinjaman sehingga 50%.
- Bagi mana-mana syarikat yang tidak beroperasi semasa PKP ini, kerajaan melalui HRDF akan memberikan pengecualian levi kepada majikan.
Akhir kalam
Kami berterima kasih kepada kerajaan kerana sekali lagi memberi bantuan kepada rakyat yang terkesan dengan Covid-19, PKP dan juga banjir pada tahun 2021 ini.
Diharapkan agar pakej Bantuan Permai ini akan memberikan semangat baru kepada mana-mana individu dan juga syarikat yang menerima impak besar kepada kehidupan seharian mereka.
Kami doakan, semoga dipermudahkan urusan.
Semoga bermanfaat.
Assalammualaikum..
SAYA,.
MAHATHIR BIN KHAIDIR
NAK TANYA MENGENAI PEMBAYARAN BPN BUJANG BAGI FASA KEDUA
BELUM MASUK LAGI..
BOLEH SAYA TAHU KENAPA..?
NAMA:MAHATHIR BIN KHAIDIR
NO. K/P:930708016173
NO.TEL:01127763192 (BARU)