Maklumat berkenaan kemaskini BPR 2021 sudah tidak terpakai lagi. Untuk anda yang layak menerima bantuan, sila rujuk pautan untuk kemaskini BTR 2023 yang terbaru.
Pasti anda tertanya-tanya, macam mana cara kemaskini BPR 2021. Kami tahu, ramai yang masih tidak pasti, kalau sudah layak BSH, BPN atau BPN 2.0, adakah perlu kemaskini lagi?
Untuk pengetahuan, kami juga belum pasti kerana maklumat rasmi Bantuan Prihatin Rakyat masih lagi belum dikeluarkan oleh LHDN.
Untuk permohonan baru, sila baca cara daftar BPR terlebih dahulu. Selepas itu, baru boleh buat permohonan baru BPR.
Makluman
- Kerajaan mengumumkan Bantuan Lockdown 3.0 yang terbaru
- Sila rujuk cara mohon Bantuan Lockdown 3.0
- Join group Telegram Komuniti B40 #kitajagakita di sini: https://t.me/joinchat/dS26mOoq-64yMzM1
Cara kemaskini BPR 2021 secara online
Ikut langkah di bawah untuk buat proses kemaskini BPR Hasil 2021 yang ringkas:
- Layari portal rasmi untuk login BPR di sini: https://bpr.hasil.gov.my
- Tekan pautan Log Masuk pada bahagian Menu atas sebelah kanan
- Masukkan No MyKad iaitu Nombor Kad Pengenalan anda
- Tekan butang Semak
- Akan keluar soalan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”
- Jika yang terpapar ialah kata kunci anda, tekan Ya
- Masukkan Kata Laluan anda
- Tekan butang Log Masuk
- Jika tidak ada apa-apa masalah, anda akan dapat Log Masuk ke dalam sistem
- Akan terpapar beberapa butang yang anda dapat lihat:
- Profil
- Semakan Status
- Kemaskini Permohonan
- Cetakan
- Peti Mel
- Maklum Balas
- Untuk update, tekan Kemaskini Permohonan
- Sila kemaskini sekiranya ada maklumat diri anda yang sudah berubah dari sebelum ini
- Maklumat yang paling selalu berubah ialah:
- Nombor Akaun Bank
- Status Perkahwinan
- Nombor Telefon
- Maklumat Anak
Apa yang boleh dikemaskini BPR 2021?
Secara amnya, cara kemaskini BPR ini adalah berdasarkan berikut adalah beberapa maklumat penting yang anda boleh update di bpr.hasil.gov.my.
#1 Nombor akaun bank terkini
- Ini adalah bahagian yang paling penting sekali dalam kemaskini BPR 2021
- Jika akaun bank tidak aktif, duit tidak dapat dimasukkan
#2 Status perkahwinan terkini
- Jika anda sudah berkahwin, sila kemaskini BPR jika status dalam BPN 2.0 masih bujang.
- Jika anda sudah bercerai atau berpisah, jangan lupa kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat jika status dalam BPN 2.0 masih berkahwin.
- Bagi BPR Bujang, tidak perlu buat apa-apa jika status masih lagi bujang.
- Untuk maklumat lanjut, sila baca panduan lengkap untuk kemaskini BPR Bujang kepada Berkahwin
#3 Nombor telefon terkini
- Jika anda ada menukar nombor telefon baru, anda perlu mengemaskini BPR 2020
- Jika gagal untuk kemaskini BPR dengan nombor telefon yang baru, ada kemungkinan anda tidak akan terima SMS dan notifikasi berkenaan pembayaran dan lain-lain lagi perkara yang penting.
#4 Maklumat anak terkini
- Jika jumlah anak bertambah; contohnya dari 1 kepada 2; anda perlu mengemaskini BPR juga
Selepas mengikuti panduan dan cara kemaskini BPR ini; dan hanya selepas proses kemaskini diterima oleh pihak LHDN, barulah anda boleh buat semakan BPR 2021 untuk melihat status samada lulus atau tidak apabila dibuka kelak.
Pertanyaan tentang kemas kini Bantuan Prihatin Rakyat
Tentu sekali ada yang mahu tahu lebih lanjut tentang pendaftaran, cara kemaskini BPR, semakan, rayuan dan juga permohonan baru.
Jangan risau.
Jika anda adalah salah seorang yang sudah baca cara mohon BPR, namun masih lagi ingin tahu maklumat lanjut berkenaan pendaftaran BPR, permohonan BPR, kemas kini dan lain-lain lagi, sila hubungi nombor hotline BPR di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:
- 1-800-88-2747
Alternatif lain, sila hubungi nombor hotline BPR di Kementerian Kewangan Malaysia di talian berikut:
- 03-8882 4565
- 03-8882 4566
Anda juga boleh cuba hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:
- 03- 89111000
Akhir kalam
Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan maklumat diri adalah lengkap dalam sistem BPR. Oleh yang demikian, jangan marah-marah jika bayaran tidak masuk ke dalam akaun kerana kesilapan diri sendiri.
Pastikan ikut langkah-langkah, panduan dan cara kemaskini BPR seperti yang disarankan seperti di atas. Ini adalah untuk mengelakkan terjadinya permasalahan pada masa akan datang, terutama sekali berkenaan pembayaran.
Seperti yang dimaklumkan, selepas selesai semua proses mohon BPR dengan login BPR, barulah boleh buat semakan BPR untuk melihat status kelulusan dan pembayaran.
Jemput refresh semula kaedah bayaran dengan membaca jumlah bayaran BPR dan cara pembayaran BPR.
Semoga bermanfaat.
Saya bujang anak 2 masih
Kanak kanak macam mana nak tanggung nafkah saya dh x kerja
Ada anak 1 atau anak 2 kira macamana anak lbh 18 thn atau sebagainya
Kemaskini bantuan bpr bpn 2021 ibu tunggal
sya nak kamaskini no tlfon.bolh tk.sabap no yang lama dh kana bolck
Kemaskini bantuan bpr & bpn 2021
Sye nak tukar status bujang ke kahwin..macam mane nak tukar
Saya ingin masukkan no akaun bank sebab tu hari bsh pakai baucer
Saya ingin masukkan no akaun bank sebab tu hari bsh pakai baucer
kemaskini bantuan bpr2021..duda anak 1
Mohon bantuan bpr bsh 2021 ibu tunggal
Maklumat bpn saya tak ada yg berubah.masih maklumat yg sama.no tel masih sama.no bank pun aktif. Anak dua org
Saya bujang tua umur 59 tahun..lulus bsh tahun.2020.. Perlukah mengemas kini bpr saya tahun 2021.. Semua maklat dlm.data bpn.saya tidak berubah…
sy dgn isteri dalam proses cerai. nak update kena ada sijil cerai.
kalau tak masih dalam status berkahwin . duit masuk dalam akaun isteri . tapi anak anak dengan sy . sy tangung semua nya. isteri tak peduli anak anak. proses mahkamah masih lagi tangguh tambah lagi pkp di sambung lagi. mahkamah pun masih tangguh sampai habis pkp. jadi sekarang macam mana sy nak update kalau sijil cerai tak ada. isteri senang lenang dengan duit BSH BPN semua di sapunya. boleh bagi pendapat . apa nak buat . ikut kan hati nak letak je pendapatan 5k ke atas dua2 x dapat .
Sy x boleh nk kemaskini
Saya Tidak dapat Klik dekat status Jantina bahagian pasangan. Minta bantuan anda.. Terima Kasih.
assalamualaikum..saya farid.macam mana nak buat kalau akaun saya telah di sekat.saya penerima bantuan B40.
LINE SANGAT SIBUK
Saya mohon macam mana nak kamaskini bpr..dulu bujang sekarang dah ada anak1..
Bila buke buton kemaskini tu?nk kemaskini bilangan anak brtambah sudah
Sy nk kemaskini bpr sebab sy nk masukan nom akaun bank.. Selama ni sy dpat baucer
Saya nak kemaskini anak 1 ke anak 2
Sdh lulus pada tahun 2020.tetapi macam mana doublecheck Bsh.bpr dan kurang faham tekan di Google
Hari tu masuk ok je,nk kemaskini sampai brapa kali,menyusahkan rakyat,dah lupa kata laluan di suruh jawab tahun kelahiran ibu bapa,bila dah jawab kena block plk..
Akaun telah disekat, sila hadir ke LHDN yg berdekatan…mslhnye skrg ni kan PKP kat KL tp boleh pegi ke LHDN ke?camne nak kemaskini ye….kalau call nombor fon yg diberi tu esok ahad talian Hotline tu berangkat ke?atau kena call hari isni bekerja, mesti line bz kan sush nak dapat…haishhh cara isi bagi tapi yang disekat solution nye tak diberi pulak…padahal ramai ni yang acc kena block…ade solution lain tak?
klu dlu anak 4 tp skrg 5 …adakah perlu update….
Perlukah kemas kini sekiranya data pemohon tiada perubahan
kenapa sy tak boleh nak sahkan captcha saya.. walaupun dah betul captchanya..suruh isi semula sahaja..
nak kena masuk kata laluan tapi dah tak ingat. macamana nak buat.
soalan2 yang kena jawab kena ingat yang dulu – mana nk ingat
menyusahkan rakyat betul la
cuba la buat spt dulu, senang aje online
Macam mna nak kemaskini bujang ke kahwin xboleh nak proceed bile letak ic pasangan sbb pasangan pom pemohon . Pasangan nak kemaskini status pom jadi masalah yang sama .
Saya ibu tunggal tidak berkeja … hanya ambik upah jahit
Perlu kah kemaskini sekiranya maklumat permohonan BPN dulu tiada perubahan.
Saya bujang tetapi nak kemaskini untuk tukar nomber telefon.macam mana.
Assalamualaikum nak tanye klu passwd kebe block nak buat mcm mana tak blh nak kemaskini…tolang bantu..
assalammualaikum, dan selamat tengah hari, saya nurul, ingin bertanya beberapa soalan tentang BPR.
kenapa saya bubuh number IC saya dan saya tekan semak, tidak keluar nama,status memohon dan sebagainya?
saya harap tuan/encik/cik/puan boleh membantu saya..
Assalamualaikum, jika terlupa password tapi tak boleh nak tukar sebab apa ya ? dah try call careline tapi tak berangkat, mohon pencerahan.
Saya daftar secara menual brim atau bantuan perhatin..online i x pernah buat so saya tidak ada ape ape kata kunci..kalau nak daftar online macam mana…page mana blh saya buat..saya cuma check je blh..bab x tdk daftar online
Salam…..macamana nak kemaskini bpn ye? Mohon penjelasan.
salam saya nak tanya kenapa bila kemaskini no acc lebih dari 11 digit tak boleh.. saya punya akaun bank 12 digit
salam saya nak tanya kenapa bila kemaskini no acc lebih dari 11 digit tak boleh..
Xboleh nk kemaskini lupa paswod lepas tu dia ada bagi soalan keselamatan maslh saya xingt semua dgn soalan yg dibagi jadi acc kena block dah byk kali saya cuba tetap soalan yg saya xboleh nak ingt dia bagi. Helllp me please?
Assalamualaikum saya nak tanya .. saya ada anak dua org … tpi nak buat permohonan baru saya tak tahu … macam mana ek
Tidak layak bon boleh minta rayuan ka
Nak kemas kini pbr
MCM mana nak kemaskini Nor secara online..
Sy nk tukar num akaun sy .hari itu masuk num akaun salah blh ke
Kemaskini
Sya nak kemaskini…sbab hri tu sya sila masuk bank.tak thu name ap bank.sya cari2 mybank takde.
Apa sebab tak ada borang kemas kini dalam profil telpon saya
macam mana nak tukar status…permohonan tak jumpa
Last year saya dapat bpn dan bsh , tapi this year I dapat RM 150 bulan February, tetapi bulan may saya tak dapat , saya buat semakan status tiada record .
Salam. Selamat petang.
Saya nak tanya. Macam mana nak kemaskini permohonan BPN?
Nombor accout salah.
Kena pergi ke LHDN ke..?
Kameskini
Kemaskini
Kemaskini acc bank
Hi..Saya penerima BSH dan BPN isi rumah..Bila sampai BPR status say menjadi bujang dan anak saya masih belajar sepenuh masa di kolej kerajaan UTEM..boleh saya kemaskini di kaunter LHDN dan bila kaunter LHDN akan diibuka semula..tq
Nak tukar status bujang ke kahwin macam… Saya log in nak tukar tapi tak boleh….
Kenapa?
Nak tukar status bujang ke kahwin macam… Saya log in nak tukar tapi tak boleh….
Kenapa?
Saya nak tukar no akaun saya..sebab no akaun saya sekarang sama dengan isteri saya di BSN …boleh tolong..saya tidak dapat BPR fasa 2 …minta tolong ya
Saya nak tukar no akaun saya..sebab no akaun saya sekarang sama dengan isteri saya di BSN …boleh tolong..saya tidak dapat BPR fasa 2 …minta tolong ya
Sy nk tnya masalah sekarang nie aritu kemaskini status bujang kepada berkahwin isteri sy je bertukar status berkahwin,sy masih bujang dan bpr pun masuk bujang isteri langsung xlulus fasa 2 kalau isteri sy xdpt sepatutny sy dapat yg berkahwin la.kemaskini sistem x auto update ke.. Mohon check status balik.
Saya nak kemas kini bpr saya, fasa pertama dapat untuk fasa kedua tak dapat
Saya hendak kemaskini yg terbaru tahun ini sebab suami saya sudah meningal tahun lepas pada 13/10/2020 saya mempunyai 4 orng anak 3 masih bersekolah dan 1 masih baru bekerja.
blh tlong kmaskini status sya x..sblm nie brkhwin skrg duda ank 2..sblm nie prnh ke lhdn untk update..tp msih tiada prubhan..brcerai sdh 4-5 taun mcm tu..bla semak online status brkhwin..hmmm..bpr fsa 2 mklumt trkini blm prnh brdaftar..bpn 1 ngn 2 llus..bpr fasa 1 ritu dh dpt duit..bpr fasa 2 dy tulis xprnh brdftar..
Saya dah kemaskini akaun bank
Saya nak kemaskini akaun bank
Saya nak tukar no akaun bank dan alamat rumah..sila bagi saya detail2 cara nak tukar.
11. Untuk update, tekan Kemaskini Permohonan
Bila masa plak ada “Kemaskini permohonan” .. yang ada Borang Kemaskini Maklumat Asas adalah..nipu aje
assalam.
macmna nak kemaskini profile secara online.
tq.
Kemas kini
Saya nak tukar account no. Dari maybak ker Bank Islam
Bpr sy xlulus disebabkan pasangan sy telah meninggal dunia..sy sudah kemaskini maklumat sy da bg kt statf LHDN Muar..
Kemas kini batuan
Saya nak kemaskini bpr suami yang hilang sumber pendapatan tapi dalam profil tiada kemaskini mcm mana saya nak kemaskini tolong selesaikan.
Saya dari mula mula bantuan sara hidup diberi okeh kerajaan terdahulu dapat bayaran bantuan. Tapi secara tiba tiba Bpr 3.0 fasa 2 tak lulus. Adakah disebabkan isteri saya dapat Gkp baru baru ini yang membuat saya tak lulus Bpr. Aoakah kategori saya sekarang? Adakah saya tergolong dalam kategori T20? Sedangkan saya masih papa kedana. Ada lesen mekayakan dapat Gkp tapi semasa Pkp ini lojik kah perniagaan saya dikategori maju. Sedangkan Pks ramai yang gulung tikar.
Sy ade bt temujanji kt LHDN kmm.sy Dr bujang dh kawin ade anak sorang dan ank angkat sorang.tp see srt dr jkm cme ade srt angkat sumpah je.blh ke nk kemaskini.
Kemaskini bpr
Cara kemaskini bpr
Saya nk kemaskini status BPR dan BPN iaccount bank.. selama ini saya terima BPR BPN guna baucer.sakarang saya nK kemaskini status nak terima bantuan melalui account bank.BSN no.acount.1313741100025047..no tel.0147374754
Nak kemas kini suami tak kerja dah nak masuk 3 bulan sejak MCO bulan jun . Ini dah masuk bulan ogos …. Kita orang dikira b40 , tapi Sekarang dah nak masuk ketegori miskin tegar dah . Duit simpanan pun dah nak habis . Sekarang dah nak Pinjam dengan ahli keluarga lain . Macam mana nak kemas kini status ya .
Saya lupa password dan email yg daftar
saya nak tukar number hp dan nak kemas kini guna akaun bank. sbb dulu kn guna baucar ..
Saya baru buat acc bank dan saya nak kemaskini bkc dan bpr
how to update bpr bank account?
ingin nak membuat kemaskini bpr & bkc bank account