GKP 2.0 Login 2021 (Log Masuk GPK Hasil di gkp.hasil.gov.my)

Kami andaikan yang anda sudah pun daftar GKP 2.0. Jadi, anda kini hanya mahu tahu link GKP 2.0 login bagi untuk buat permohonan GKP 2.0.

Makluman:

Langkau panduan ini untuk terus baca cara login GKP 3.0 yang terbaru di bawah pakej PEMERKASA 2021. Selepas login, boleh terus ikuti cara mohon GKP 3.0. Hanya untuk yang layak sahaja.

Cara login GKP 2.0

Apa-apa pun, kami akan kongsikan cara untuk login GKP 2.0 yang ringkas.

Log Masuk Geran Khas Prihatin 2.0

  1. Layari direct link untuk Log Masuk Geran Khas Prihatin 2.0 di sini: https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Pastikan semak URL betul-betul. Jangan tersilap masukkan htps://gpk.hasil.gov.my
  3. Masukkan ID Pengguna
  4. ID Pengguna ialah Nombor Kad Pengenalan / MyKad
  5. Pastikan ID Pengguna ialah dalam 12 digit, tanpa sempang (-)
  6. Contohnya, jika Nombor MyKad ialah 950303-03-5555, masukkan 950303035555
  7. Akan keluar paparan Frasa Keselamatan
  8. Jika paparan tersebut adalah sama seperti yang didaftarkan, klik Ya
  9. Jika paparan tersebut tidak sama, klik Tidak
  10. Jika anda terlupa Kata Laluan, klik Terlupa Kata Laluan
  11. Selepas itu, masukkan Kata Laluan
  12. Klik butang Log Masuk
  13. Selepas berjaya login GKP 2.0 dan masuk dalam sistem, anda boleh melakukan perkara berikut:
    1. Daftar permohonan dengan klik butang Daftar GKP
    2. Buat semakan GPK 2.0 samada permohonan sudah diterima atau belum
    3. Buat semakan GKP (yang terbaru, iaitu GKP 3.0) samada mendapat keputusan Lulus atau Tidak Lulus

 

Masalah Log Masuk GPK 2.0

Berikut ialah antara beberapa masalah yang selalu dihadapi semasa cuba Log Masuk GKP 2.0:

  1. Keluar ralat “ID pengenalan belum didaftarkan”
    • Sekiranya ini berlaku, sila pergi ke halaman Daftar Akaun untuk mendaftar terlebih dahulu
    • Jadi, anda perlu buat pendaftaran GKP 2.0 terlebih dahulu
  2. Kata Laluan salah
    • Mungkin anda terlupa password sebelum ini. Jangan bimbang. Sekiranya ini terjadi, sila klik pautan Terlupa Kata Laluan? . Ikut arahan yang diberikan sehingga selesai.

 

Maklumat lanjut GKP 2.0

Macam mana nak hubungi LHDN jika ada masalah dan pertanyaan-pertanyaan lain?

Jika anda mahu tahu lebih lanjut tentang proses login, permohonan baru, kemaskini dan semakan GKP 2.0, sila hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:

  • 03- 89111000

Namun, jangan pula asyik tanya GKP 2.0 bila masuk. Lebih baik hubungi jika anda mempunyai masalah pengkreditan ke dalam akaun bank.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian cara login GKP 2.0 ini dapat memudahkan lagi hidup anda untuk membuat pendaftaran ID pengguna baru, permohonan, kemaskini dan menyemak status permohonan.

Hanya sedikit sahaja nasihat kami kepada peniaga atau usahawan SME di luar sana.

Manfaatlah bantuan dari kerajaan ini sebaiknya. Tidak dapat disangkal lagi, bisnes makin teruk. Tapi itu bukan bermakna kita boleh sesuka hati tolak tepi halal haram. Jangan pernah sekalipun menganiaya pekerja dengan tidak membayar gaji.

Jangan pula tidak bayar pembekal dengan apa yang kita sudah ambil. Berniagalah dengan jujur.

Insya Allah, dipermudahkan segala urusan.

Bagi yang bertanya bila GKP 2.0 dapat, kami masih lagi belum ada jawapn. Tunggu sahaja pengumuman dari kerajaan nanti.

Semoga bermanfaat.

17 thoughts on “GKP 2.0 Login 2021 (Log Masuk GPK Hasil di gkp.hasil.gov.my)”

  1. SAYA TELAH DAFTAR TETAPI TIDAK DPAT NAK LOG MASUK UTK HALAMAN DAFTAR AKAUN
    HARAP DPT TUNJUK AJAR DAN PERTOLONGAN PUAN

    TERIMA KASIH

    ROHANA

    Reply
  2. Hi, I formed my company in June 2020. Due to COVID pandemic, the company has 0 sale upon the moment of GKP 2.0 application. And, now MCO in KL, Selangor and Putrajaya again. The business is severely affected. How could I make an appeal, please?

    Reply
  3. Sakit hati ku melihat tak lulus lagi..tapi kedai sudah tutup buat kacau sekali…kalau tak mampu membantu kami jangan kau suruh tutp lagi..labih baik aku saja yang menghilang

    Reply
  4. Bagaimana cara dapatkan borang GKP 3.0 secara online yang akan diisi,sudah berapa kali saya klik https.gkp.hasil.com.my tapi tiada pun borang yang keluar

    Reply
  5. Selamat sejahtera.Nama saya Muthu Kumaran, (800204105505) mempunyai 4 buah lori .Dalam PKP 2 dan sekarang PKP 3 ini,tiada perkhimatan lori dijalankan.Saya tidak tahu mengenai bantuan GKP ini.Saya tidak memohon GKP 1,2 dan 3 ini.Saya terlepas GKP 3 ini dan sukar membayar bayaran lori saya dan gaji pekerja saya.Oleh demikian saya ingin merayu pada tuan /puan cara untuk saya memohon GKP ini bertujuan untuk meringankan bebanan saya.Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya 010-231 1108.Terima kasih.

    Reply
  6. Macam mana untuk dapat GKP1.0 & GKP2.0? Tolong tunjuk ajar caranya.

    Sekarang GKP3.0 adalah masalah gagal kredit.

    Sila hubungi saya 019-3706366

    Reply

Leave a Comment