Semakan GKP 3.0 (Check Status Kelulusan Permohonan & Bayaran)

Semakan ada banyak jenis semakan dalam Geran Khas Prihatin. Jadi, perkongsian ini adalah untuk menerangkan beberapa fasa semakan GKP 3.0 iaitu:

  1. Semakan permohonan GKP 3.0 sudah diterima oleh LHDN
  2. Semakan kelulusan GKP 3.0, iaitu mendapat status Lulus atau Tidak Lulus.
  3. Semakan bayaran GKP 3.0 masuk dalam akaun bank

Makluman:

1. Semakan GKP 3.0 Permohonan Diterima

Untuk makluman, jika anda belum apply, sila daftar Geran Khas Prihatin 3.0 dan buat permohonan GKP 3.0 terlebih dahulu. Lengkapkan mengikut turutan. Selesaikan semuanya sehinggalah anda boleh login GKP 3.0.

Di bawah ini ialah cara untuk check samada permohonan Geran Khas Prihatin (GKP 3.0) yang anda buat secara online diterima atau tidak oleh pihak LHDN:

  1. Layari portal rasmi GKP di sini: https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Klik Log Masuk untuk buat semakan Geran Khas Prihatin
  3. Masukkan ID Pengguna
  4. Klik butang Semak untuk meneruskan buat semakan GKP 3.0
  5. Selepas berjaya Log Masuk, anda akan nampak paparan berikut:
    •  Nama
    • Nombor MyKad
    •  Status Permohonan
  6. Sila beri perhatian pada Status Permohonan untuk mengetahui status terkini mengenai permohonan anda iaitu:
    • PERMOHONAN DITERIMA
    • DALAM PROSES
    • LULUS
    • TIDAK LULUS
  7. Jika status yang dipaparkan ialah PERMOHONAN DITERIMA:
    • Ini bermaksud permohonan baharu anda yang sudah siap diisi sudah berjaya dihantar. Anda juga tidak perlu membuat permohonan semula. Sila tunggu sehingga keputusan permohonan dipaparkan.
  8. Jika status yang dipaparkan ialah DALAM PROSES:
    • Ini bermakna permohonan anda yang telah diterima oleh LHDN sedang dalam proses verifikasi atau semakan dari agensi yang terlibat. Semasa dalam status DALAM PROSES, anda tidak boleh buat kemaskini Geran Khas Prihatin. Tidak perlu buat semakan GKP juga.

 

2. Semakan kelulusan GPK 3.0 (Status LULUS atau TIDAK LULUS)

Di bawah ini ialah cara untuk buat semakan kelulusan Geran Khas Prihatin (GKP 3.0):

  1. Layari portal rasmi GKP di sini: https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Klik Log Masuk untuk buat semakan Geran Khas Prihatin
  3. Masukkan ID Pengguna
  4. Klik butang Semak
  5. Selepas berjaya Log Masuk, anda akan nampak paparan berikut:
    •  Nama
    • Nombor MyKad
    •  Status Permohonan
  6. Sila beri perhatian pada Status Permohonan untuk mengetahui status terkini mengenai permohonan anda iaitu:
    • PERMOHONAN DITERIMA
    • DALAM PROSES
    • LULUS
    • TIDAK LULUS
  7. Sekiranya status LULUS:
    • Ini bermakna anda layak menerima bantuan. Duit bantuan GKP 3.0 akan dimasukkan ke dalam akaun yang anda daftarkan dalam borang permohonan.
  8. Sekiranya status TIDAK LULUS:
    • Ini bermakna anda tidak layak untuk terima bantuan GKP Hasil sebanyak RM3,000. Setakat ini, belum ada maklumat lagi samada boleh buat rayuan GKP 3.0 atau tidak.

 

3. Check status pembayaran GKP 3.0 (Bila duit masuk?)

Jika mendapat status LULUS dalam sistem, kami pasti anda sekarang sedang melompat kegembiraan.

Namun, nanti dulu. Pastikan amaun di bahagian Jumlan Kelulusan GKP adalah betul.

  1. Layari portal rasmi GKP di sini: https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Klik Log Masuk untuk buat semakan Geran Khas Prihatin
  3. Masukkan ID Pengguna
  4. Klik butang Semak
  5. Selepas berjaya Log Masuk, anda akan nampak paparan berikut:
    • Nama
    • Nombor MyKad
    •  Status Permohonan
    • Jumlah Kelulusan GKP
    • Jumlah Kelulusan GKP Tambahan PERMAI
  6. Lihat pada Jumlah Kelulusan GKP:
    • Ini adalah mengetahui amaun yang diluluskan iaitu sebanyak RM3,000.
  7. Untuk GKP Tambahan, lihat pada Jumlah Kelulusan GKP Tambahan PERMAI
    • Ini adalah ntuk mengetahui samada anda dapat penambahan bantuan dalam pakej PERMAI sebanyak RM1,000.
  8. Untuk GKP 3.0 PEMERKASA dan PEMERKASA+, silat lihat pada Jumlah Kelulusan GKP 3.0
    • Ini adalah untuk mengetahui samada anda dapat penambahan bantuan dalam pakej PEMERKASA semasa PKP 2.0 sebanyak RM1,000.
    • Ini juga untuk mengetahui samada anda dapat tambahan bantuan dalam pakej PEMERKASA PLUS semasa PKP 3.0 sebanyak RM500.
  9. Sekiranya amaun yang bakal diterima adalah betul seperti yang dikhabarkan, tunggu duit dimasukkan ke dalam akaun bank syarikat
  10. Sila check dengan rakan-rakan peniaga yang lain samada mereka sudah dapat duit bantuan GKP 3.0 atau tidak

 

Akhir kalam

Sekiranya anda sudah buat semakan GKP 3.0 secara online dan mendapat status permohonan diterima, jangan terlalu gembira.

Permohonan diterima itu cuma bermaksud Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima permohonan GPK 3.0 kita.

Yang lebih penting ialah status Lulus. Hanya jika mendapat status Lulus, kita akan layak menerima pembayaran GKP 3.0 yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank.

Semoga bermanfaat.

11 thoughts on “Semakan GKP 3.0 (Check Status Kelulusan Permohonan & Bayaran)”

  1. Permohonan saya gagal tidak lulus sebab ejensi pendaftaran .. kepala otak engkau.. org ssm semuavada ckp gagal.. tak lulus jadi saya dgn fmly saya mkn pasir ke?????
    Suka suka ckp tidak lulus check betul betul jgn kasi susakan org.. lock down keja pun tak wang pun takde mcm ini u org buat sampai saya punya fmly sampai mkn pasir … fikir la sama org jgn mkn seorang je butuh u org

    Reply
  2. Permohonan saya tidak lulus alasan permohonan tidak di luluskan tidak wujud di agensi lagi satu perniagaan yang di daftarkan telah lulus permohonan gpk 1.0 dan 2.0. pikir2 lah kalau sudah tidak wujud di agensi macamana pula boleh lulus pada gkp 1.0 dan 2.0..sedangkan saya tidak pernah memohon untuk gpk 1.0 dan 2.0.. macam mana lah kalau begini kerja pun tidak boleh buat di suruh duduk diam apa mau makan permohonan pun tidak di luluskan PKP terus di sambung. Fikir2lah kalau mau rakyat jangan susahkan rakyat yang sudah susah ni…

    Reply
  3. Assalamualaikum,,,,
    Saya Liza dan saya salah seorang peniaga kecil-kecilan,
    Di sini saya ingin memohon bantuan untuk peniaga kecil mcm saya.Sebelum ni saya terlepas pandang yang kerajaan ada menyediakan bantuan untuk peniaga kecil seperti saya.Sekarang adakah saya masih berpeluang untuk membuat permohonan tersebut ? Dan bagaimanakah cara untuk membuat permohonan .

    Reply
  4. Permohonan saya telah lulus dan terpapar jumlah yang saya akan dapat iaitu rm3,000 dan rm1,000.tapi tersalah bagi nombor bank akaun.sampai sekrg gagal kredit ke akaun saya.

    Reply
  5. Mohon maklum agar GKP 2021 saya lulus kah tidak. Saya terlupa password dan tak dpt akses. Mohon details slnjutnya. Trmksh.
    Richard.

    Reply

Leave a Comment