Tanda Lelaki Tak Suka Kita (Tidak Serius Dalam Hubungan)

Berbeza dengan tanda lelaki sayang kita, orang perempuan juga boleh tahu tanda lelaki tak suka kita. Bukannya terus boleh baca, cuma lama-lama akan terbiasa.

Biasanya, ia bermula bila nampak si lelaki ini semakin tidak serius dalam perhubungan. Tambahan lagi, kejujurannya semakin diragui.

Kenapa lelaki suka abaikan, dan ignore orang perempuan?

Pelik bin ajaib.

Masa belum dapat, bukan main caring. 24 jam mesej tak berhenti. Tanya itu, tanya ini. Bila dah dapat, lain pula ceritanya. Langsung tak serius dalam perhubungan.

Menurut Brightside, salah satu tanda dia tak sayang kita; dia yang mulakan mesej kita, tapi tergantung begitu sahaja. Nampak macam kita yang terhegeh-hegeh.

Begitu juga sebelum kahwin, bukan main romantik. Lepas kahwin, terus hilang macam itu sahaja. Bukan sahaja buat tak tahu, malah mendiamkan diri.

Tanda lelaki tak suka kita

Mari kita kupaskan perkara ini, apakah antara tanda lelaki tak suka kita, hingga buat tak tahu pada orang perempuan.

Sudah tak jadi sweet talker

Memang ada yang jenis begini. Dia punya cakap, memang manis. Hati rasa berbunga-bunga.

Tapi itu dulu. Sekarang tidak lagi.

Jangan terpedaya dengan orang lelaki macam ini. Dia sebenarnya tak ada apa-apa perasaan pun. Cuma si perempuan akan rasa diri terbuai-buati dengan layanan si lelaki.

Biasanya, lelaki begini ialah suami orang.

Mula abaikan kita

Apa lagi mahu, bukankah sudah dapat?

Analoginya begini. Nak tangkap ikan kena guna umpan. Bila sudah dapat ikan, takkan mahu guna umpan lagi?

Kalau dalam permainan, ia sudah tamat. Apa yang dia kejar dari dahulu, kini sudah ada depan mata. Apa yang dia susah payah masa dulu, sudah dalam genggaman.

 

Tanda lelaki tak suka kita, dia asyik rasa bosan

Kalau jadi begini, anda kena buat dia lebih rasa special. Baru dia mahu mencari-cari sesuatu yang menarik dalam diri.

Cari hobi yang sama-sama suka. Rendahkan ego, cuba-cuba join apa yang si lelaki itu buat pada waktu lapang dia.

Cuma kalau apa yang dia suka itu maksiat, lari laju-laju. Itu syaitan.

 

Lelaki itu kata expectation perempuan tinggi sangat

Bila minta itu ini, bila mula kawal hidup dia, itu tak kena, ini tak kena – dia mungkin rasa penat dan tawar hati.

Sebagai perempuan, anda kena perlahan-lahan. Tak boleh terlalu mendadak. Nanti dia rasa macam terancam.

Ya, macam haiwan-haiwan yang terancam mahu pupus dek kerakusan manusia.

 

Tak ada challenge

Macam main permainan juga. Bila sudah sampai level paling tinggi, lawan boss, macam dah tak best nak main lagi.

Si lelaki tercari-cari sesuatu yang dia boleh buktikan pada si perempuan.

Buat-buatlah merajuk. Untung nasib dia pujuk. Nasib tak baik, kena tinggal.

 

Tanda lelaki tak suka kita, dia lebih pentingkan kawan-kawan

Bila kawan Whatsapp, laju dia reply. Bila pasangan hantar mesej, bukan main lama mahu dapat balasan.

Hanya bluetick sahaja dapat.

Kenapa lelaki ego? Adakah kerana dia mahu tunjuk yang dia power depan kawan-kawan.

Cubalah tanya. Silap haribulan, lagi meningkat tahap ego dia.

 

Tanda lelaki tak suka kita, dia malas melayan

Lelaki ada lagi banyak perkara yang dia perlu fikir. Ingat dia ada masa untuk melayan si perempuan setiap saat dan masa.

Maka mulalah si perempuan bermonolog; “Tapi kenapa dulu dia boleh mesej hari-hari? Sekarang lain”

Misteri bukan?

 

Buat-buat sibuk dengan kerja

Mungkin masa sebelum dapat, dia sanggup pinggirkan kerja untuk si perempuan. Bila sudah dapat, dia ingin qadha’ semula minat dia pada kerja.

Mungkinlah.

Mungkin juga tidak. Mungkin dia sengaja mahu mendiamkan diri.

Fikir positif. Kalau itu suami, sangka baik yang dia sibuk di tempat kerja kerana mahu tambah pendapatan untuk sara keluarga.

Kalau dia cuma teman lelaki, sangka baik yang dia sibuk sebab nak cari duit untuk halalkan anda.

 

Lebih pentingkan main game

PUBG-lah, Mobile Legend-lah dan macam-macam lagi. Katanya sibuk, tapi hati dan perasaan dia pada game.

Nampak macam tidak logik. Sedangkan suami isteri pun ada yang bercerai-berai kerana permainan di telefon bimbit, apatah lagi yang baru-baru kenal.

 

Akhir kalam

Kalau lelaki tak suka kita, nak buat macam mana? Hati dan perasaan bukannya boleh dipaksa-paksa.

Jika sikap lelaki itu berterusan dan kita pun mula makan hati, solat istikharah dan mohon petunjuk dari Allah.

Penawarnya di sini ialah komunikasi. Jika dua-dua pihak jujur dan saling bertolak ansur, nescaya aman damai perhubungan menuju rumahtangga bahagia.

Semoga bermanfaat.

16 thoughts on “Tanda Lelaki Tak Suka Kita (Tidak Serius Dalam Hubungan)”

  1. saya nak tanya kitaorg tak jauh mana tapi kdg ii bila cht pnya lh lmbt nk reply bila tnya buat ape dia ckp tgk stts lpstu ttp so kepercayaan tu macam tk ade untk dia

    Reply
  2. Hai assalamualaikum. Just nk share. Tgh2 chat tiber hilang. Main mobile legend. Tak tahu lah sy ni penting ke tak sebenarnya. Dh tawar hati.

    Reply
  3. Aslm,sye dgn dia bru je lagi,masa mula2 nk dptkan sye,beria2 gila,call sye selalu,mesej sye 24 jam,mcm tkde keje,and wktu tu mmg sye jual mahal la,even dia dh dpt sye wktu mula2 tu pun,sye still lagi jual mahal,lama2 bila hati ni dh syg dkt dia,bru dia nmpk yg sye dh mula suka pda dia,and lama2 tu,tiba2 dia lain sngt2 lagi2 dia main game skrng,hrmm jdi mmg tkde mse dgn sye,call pun tk skrng,bila sye luah perasaan,dia mengaku dia salah,dia mengaku dia abaikan sye,dia pntingkan game2 je,lepastu selang beberapa hari,dia buat lagi,sama sje,bila tnye msih syg sye,dia ckp masih syg gila2 and bila sye suruh lepskn sye,kalau dh tkde rasa suka tu,dia tknk pulak lepaskan sye,n bila dtnye knpe dulu lain skrng lain?dia ckp jgn bndingkan dulu and skrng😳sye mcm what?so mcm mana ye?he love me but dia buat mcmni?penat dh pendam2 ni,nk lpskn dia,hti tk kuat sye sukar nk syg org,but once sye dh syg sukar bgi sye utk lupakan dia

    Reply
  4. Apa yang aku belajar adalah jangan letakkan harapan terlalu tinggi dekat lelaki . if dia rasa kita penting dia akan ada untuk kita . kalau dia dah start abaikan kita dan langsung tak tnya khbar . just move on. Ramai lagi yang baik akan datang .

    Reply
  5. salam..sy dgn dye da setahun..mula² sy nampak dye syg sy..tak pernah abaikan sy..pagi² wish morning..xpernah sehari pon berhenti chat sy..tp sekarang dia da berubah..dia cakap bz keje..sedgkn dulu xpernah bagi alasan mcm tu..bila tanya cakap sayang..skrg kalau sy xchat dye..dye xchat sy pon..kdg² chat sy xbace terus..keesokan nya pon klu sy xchat dye..dye xakan baca chat sy..adakah dye dah bosan dgn sy..perlu ke sy teruskan tunggu dye..sebab sy dah terlanjur sygkn dye😔😔

    Reply
  6. Assalamualaikum,saya nk tnya..someone tu dia frontliner,saya sbnrnye trauma bile dia kate busy,saya tak dapat nak bezakan dia btul2 busy atau dia busy bende lain,btw saya dgn dia LDR kami skdar kawan dan tak declaire ape2..dsbbkan busy jugak la dia tak chat saya mcm dulu buat saya berfikir sama ada dia ignore saya atau mcm mana,saya fhm kes pun naik skrg ni dan kurang communicate untuk tnye khabar atau saya yg tidak faham kerja dia..ade kate2 positif yg boleh saya terus berfikir baik?

    Reply
  7. Saya seorang janda anak 3, sudah 10tahun memegang gelaran ni.. Punca penceraian sy disebabkan ex husband ada perempuan lain Yang lebih muda lebih cantik Dan seksi.. Manakala sy berbadan sederhana tak gemuk tak kurus, Sy sgt2 terpukul dgn situasi Dan keadaan di mana sy tak tahu arah tuju hidup ini, sakit Dan kecewa remuk hancur berkecai hati sy.. Ex sanggup pukul sy dgn benda keras, kayu penyapu hingga patah Dan helmet dihentak kat kepala sy.. Muka sy dipijak dengan kasut bot.. Tapi masa ITU sy tetap bertahan kerna sy sygkan suami sy, walau bagaimana pun dia memukul sy, sy tetap bodoh menjaga dia.. Tpi ada satu tahap dimana sy tak boleh terima, teman wanitanya menghubungi sy Dan memaki hamun sy, Dan suami bergayut dalam HP dengan teman wanitanya setiap hari berkasih sayang depan sy… Sy tak mampu berbuat apa2, suami masuk bilik.. sy cuba kejar tapi suami menutup pintu bilik hingga pintu bilik terkena kat muka sy, setiap hari ITU la rutin mereka bermanja dlm HP.. Sy hanya mampu mengalirkan airmata, makan tak lalu, mandi tak lalu, rambut Dan diri sy tak terurus lagi… Selama seminggu.. Tiba2 suami memaki hamun sy Dan berkata.. “Hei perempuan miskin dah la gemuk tak cantik tengok kat cermin muka kau tu org Gila pun tak selera tengok kau!!!” sy diam Dan tersentap dengan kata” suami.. Suami pun pergi bekerja, sy perlahan2 berdiri Dan tengok cermin muka sy.. Hati berkata Sambil menangis, betul la muka sy skrg tak cantik lagi.. Tapi kalau sy benar” jadi Gila mcm mana kehidupan sy masa akan dtg.. Seorang pun tak nak dgn sy lagi, selepas ITU.. Sy mandi urus diri.. Urus keluarga seperti biasa, masak cuci kain.. Senyum… Suami bersayang” dalam HP sy senyum saja, suami pun rasa pelik kenapa dgn sy, yg selalunya menangis kemurungan tak terurus diri.. Knpa berubah happy ja sy bersayang” dalam HP ni? 😊 Tapi masa ITU automatic semua perasaan sedih sy hilang sebab sy dah redha.. Hati dah tak sakit melihat mereka berkasih sayang.. Selepas ITU sy keluar dari rumah pergi ke kedai utk membeli satu telefon murah jenama Nokia. Suami tahu dia sangat” marah sebab selama ini sy tak pernah keluar rumah tanpa izin dia.. Apa lagi untuk membeli telefon, suami tanpa sedar melafazkan talak 3
    —— nantikan sambungan😊

    Reply
  8. Dulu Ms aku tgh down dia la yg muncul happykn aku… Ari2 rs berbunge2 je ati ni… Tp ble lme2 bertahun together dia ckit2 berubah… Dlu aku saked dia sllu risau n care psl aku… Jg mkn mnom aku… Sllu buad aku tersenyum.. tp skrg aku byk pendam perasaan & rs… Xtaw nk luah mcm mne… Kang klu sembng bnde cmni jd gdo… Sedih, rs 0, rs kna ignore… Everytime aku je yg mulekn sume bnde… Rs terhegeh2 Pon Ade… Ble tny ckp dia Dr dlu sme je xberubah… Tp aku yg rs, aku yg lalui n hadap bnde ni… Aku rs mcm dia da xsygkn aku lg… Kdg2 sumpah rs down gle… Ble dia saked aku pny la risaukn dia & jg dia… Ble dia sedih aku ade untuk dia tp ble part aku, aku hadap sorg2, aku lalui sorg2 mcm xde partner… Sumpah aku rs sedih & down skrg… Almost ati ni da mcm nk mati rs… Xckop perfect ke aku ni? Slh ke aku nk rs BHGIA?😢

    Reply
  9. kalau orang tu x da masa untuk kita better move on. jgn dia jdkan kita ni tempat lepas nafsu je.tempat nak marah2. tu sbb jgn cepat jatuh cinta. make sure mamat tu stabil in out. solat dan background family pun penting. jgn mak bapak dia jenis hasut yg nk partner yg kaya or good looking je .zman skang ni smua bnda da mahal. bkn xnk kahwin. cme fkir kos sara anak2 skolah akan naik. fikirlah masak2. klau gaji anda 10k sebulan okay la kut. jgn nk cter mak ayah kita dlu gaji 1k ckup je. tu barang zman dlu dik. plus diaorang dah berpuluh tahun kumpul duit. tu ckup nk sara satu fam. atleast klau jantan x gne tu curang, u bole survive by your own klau gaji bnyak ah. tp barai klau ada anak dgn laki x gne. anak dia kompem xnk jaga dan tanggungjawab dia x peduli. very bad and asshole move. make sure laki tu niat dia nk kahwin betul2 nk jaga kita. faham kita. respect hobi kau juga. tp jgnla hobi pelik2 joget terkinje kinje pelik2. aq yang benar. masih single. and im a man btw. doakan sy berjaya lpas phd. ameen. nk jd cm Dr. Taylor Swift juga. haha.

    Reply
  10. Asalam saya nak tanya kalau seseorg perempuan itu dah memalukan saya depan org ramai dan jenis marah2 lepas tu,sy tak balas apa2 pun cuma saya balas dgn senyum saja. Selepas itu memang sy dah tak tegur dia dan buat tak tahu lah sebb dia dah memalukan sy .
    Dan kenapa dia susah sgt nak mintak maaf dari saya sendiri sebab bagi saya okey sahaja untuk memaafkan dia tapi mungkin disebabkan kan ego dia sendiri..sampai sekrg saya rasa benci dan tidak bercakap dgn dia ..

    Reply
  11. Nak tanya, normal ke lelaki bila lepak dengan kawan dia takkan call kita walaupun cuma seminit dua untuk inform keberadaan dia..

    Reply

Leave a Comment