Semakan Bayaran BSP 3.0 (Bantuan Sabah Prihatin 2021)

Beruntung jadi warga Sabah kerana kerajaan negeri yang cukup prihatin. Jika anda salah seorang penerima, sila buat semakan bayaran BSP 3.0 terlebih dahulu sebelum cucuk duit di ATM.

Ini bermakna Borneo memang prihatin dan terkehadapan dalam menyantuni rakyat. Sarawak ada BKSS manakala Sabah ada BSP.

Nota:

1. Semakan status bayaran BSP 3.0 di bantuan.covid19.sabah.gov.my

Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk buat semakan BPR bagi kedua-dua kategori Bujang dan Isi Rumah:

  1. Layari portal rasmi Bantuan Sabah Prihatin di sini: https://bkn-covid.sabah.gov.my/bsp-semak/
  2. Jika klik laman yang lama, iaitu https://bantuan.covid19.sabah.gov.my , ia akan redirect ke laman yang baru juga seperti di atas
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan
  4. Sila gunakan format Kad Pengenalan yang baru
  5. Contohnya, 940404125555
  6. Tidak perlu masukkan tanda sempang atau dash (-)
  7. Tick Saya bukan robot
  8. Tekan butang SEMAK
  9. Maklumat berkenaan status bayaran akan terpapar di skrin

 

2. Duit BSP 3.0 masuk dalam akaun bank?

Tidak dimaklumkan samada duit akan terus masuk dalam akaun bank atau tidak.

Namun, menurut sumber berita seperti Astro Awani, pengagihan Bantuan Sabah Prihatin akan dibuat melalui 8 kementerian, selain Pejabat Tugas-Tugas Khas dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) kepada golongan sasaran masing-masing.

 

3. Berapa amaun bantuan BSP 3.0 ini?

Bantuan BSP adalah berjumlah RM300 sahaja. Ia akan diberikan secara one-off dan diperuntukkan kepada golongan berikut:

  • Kategori miskin, miskin tegar & e-Kasih
  • Usahawan mikro dan kotej
  • Penjaja kecil
  • Pemandu bas, lori, teksi, institusi memandu, pemandu bot dan pemohon baharu.
  • Nelayan, petani, pekebun sawit (MPOB), pekebun kecil koko, pekebun kecil LIGS, penternak , pekebun kecil KPD, (pekebun / penternak) dan pekebun kecil LKTNS
  • Pemandu pelancong, penggiat seni, Divemaster, Malim gunung dan Porter (sektor pelancongan)

 

4. Macam mana nak buat permohonan baru Bantuan Prihatin Sabah?

Berdasarkan pengamatan kami, tidak ada permohonan baru untuk BSP 3.0.

Ini kerana, permohonan akan menggunakan laman rasmi https://bantuan.covid19.sabah.gov.my juga.

Buat masa ini, laman web rasmi tersebut hanya boleh buat semakan.

Kami akan kemaskini sekiranya ada maklumat terbaru berkenaan permohonan ini.

 

5. Ada masalah untuk semak status bayaran BSP 3.0?

Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan dan masalah untuk akses laman ini, sila hubungi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah di Facebook.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian berkenaan semakan bayaran BSP 3.0 ini akan memudahkan lagi urusan anda untuk menerima bantuan.

Andai sudah terima duit bantuan itu nanti, pandai-pandailah berjimat cermat.

Semoga bermanfaat.

34 thoughts on “Semakan Bayaran BSP 3.0 (Bantuan Sabah Prihatin 2021)”

  1. Bila bole buat pmohonan baru…kmi xprnh tau pun ada bntuan bgini..xda pun dwar warkn oleh ktua kg ..jd org2 xmmpu RMI lg blm apply ..

    Reply
  2. Sdh check status lulus
    Check dlm akaun tk da pn masuk Smpai skrng,,apa crta,,
    Jgn tipu mcm sapi babal sudah la

    Reply
  3. Saya semak kata lulus dan sudah d kreditkan ke akaun…tapi bila ge cek dlm atm xada pun…betul ke nak bagi bsp ne…dah le kita ne suami xada kerja saya pula suri rumah je…hrp2 ada pertimbangan le ya utk kami ne golongan ekasih

    Reply
  4. suda check. status lulus. tp itu rasanya bulan lepas. bulan ni check lg. masih juga sama. bila masuk ni? ada apa apa mau dibuat lg ka ni. berapa lama lg mau tggu…kasi la jelas detail tu information. mau org balik balik masuk ni website utk semakan sj ka? buat duit website kamu ni.

    Reply
  5. Salam.. status saya lulus tapi kena kemaskini,. Kemaskini sudah tp takda respon sama agensi MPOB, dha 3 minggu tugu, tak kan pejabat tutup.. balik2 kena semak je RIMAS lah..yg lain dha trima, saya penerima 1.0&2.0 ada saje masalah trima caw BSN lah, akaun tak aktif..law betul nak bg’ biarlah ikhlas.. kami yg terjejas amat2 hargai BSP tersebut. Wasalam

    Reply
  6. Cimb bank, belum masuk lagi.. Hmm nak hbis bulan daa tunggu masih tak masuk dari awal bulan…info cimb yg DA masuk please..

    Reply
  7. Status lulus.. Pastu.. Mntak kmas kini e-kasih n no bank acc.. Sume dh bg, laniy dh nk hbis bln july pn cuba check bank masi blum ad msuk lg, n mcm teda khbr trus dri bps 3.0 niy.. Musykil sy..

    Reply
  8. Bantuan 2.0 lulus ,bantuan 3.0 lulus..tapi kena kemaskini maklumat.. Mohon bantuan macamana mau buat kemaskini maklumat..

    Reply
  9. mahu tanya,apa macam mahu berurusan kalau kes duit suda dikreditkan tp duit tak masuk pun dalam akaun..ni dah 3x kena ni…try fon num yg tertera langsung tidak aktif ..sedihnya..antara pekerja yang terjejas

    Reply
  10. Hari tu cek dah lulus. Sekali cek balik maklumat tidak diperolehi… Harus macam mana ya?? Saya sudah 2 kali terima bantuan Sabah kenapa ini terus macam tu…

    Reply

Leave a Comment