Cara Semak Baki Loan Kereta Public Bank (Check Balance Online)

Untuk mengetahui baki loan kereta pada zaman sekarang adalah sangat mudah. Dengan hanya berbekalkan internet dan gajet seperti telefon pintar atau laptop, kini anda sudah boleh semak baki loan kereta anda. Pada artikel kali ini, akan kami kongsikan cara untuk semak baki loan kereta Public Bank secara online.

Sekadar berkongsi, selain Public Bank anda juga boleh semak baki loan kereta CIMB secara atas talian melalui laman web dan mobile app mereka.

Izinkan kami berkongsi.

1. Cara semak baki loan kereta Public Bank guna mobile app PB engage MY

Ini adalah cara-cara untuk semak baki loan kereta Public Bank secara online melalui aplikasi di telefon pintar atau mobile app.

Untuk makluman anda, anda boleh memuat turun aplikasi PB engage MY melalui Google Play Store dan Apple App Store.

Ikuti cara-cara di bawah:

  1. Buka aplikasi PB engage MY di telefon pintar.
  2. Di laman Login, sila masukkan User ID.
  3. Tekan Next.
  4. Isi Password.
  5. Tekan Login.
  6. Di bahagian Menu, anda akan dipamerkan pilihan seperti:
    • Account
    • Fund Transfer
    • Payment
    • Prepaid Top-up
    • Cheque Management
  7. Klik bahagian Account.
  8. Pada laman Account akan terpapar bahagian seperti:
    • Savings & Current Account
    • Fixed Deposit
    • Islamic Term Deposit
    • Card
    • Loan/Financing
    • Gold Investment
  9. Tekan bahagian Loan/Financing.
  10. Baki loan kereta Public Bank atau pinjaman anda akan dipamerkan secara detail.
  11. Sila screenshot untuk rujukan anda. (Jika perlu)
  12. Semak baki loan kereta Public Bank anda telah selesai.

PERHATIAN

  • Pastikan anda daftar Public Bank Online (PBe) terlebih dahulu sebelum dapat Login menggunakan PB engage MY mobile app atau website rasmi Public Bank.

 

2. Cara semak baki loan kereta melalui website pbebank.com

Selain daripada menggunakan mobile app, anda juga boleh check balance loan kereta Public Bank menggunakan laman web rasmi Public Bank. Rujuk cara-cara di bawah sebagai panduan:

  1. Layari website rasmi Public Bank di sini: https://www.pbebank.com.
  2. Pada laman utama, sila tekan butang Login.
  3. Pada bahagian Login, sila pilih PBe.
  4. Di lama Login, masukkan User ID.
  5. Tekan Next.
  6. Isi Password.
  7. Tekan Login.
  8. Akan keluar Menu seperti:
    • Account
    • Fund Transfer
    • Payment
    • Prepaid Top-up
    • Cheque Management
  9. Pilih bahagian Account.
  10. Anda akan diberi pilihan perkhidmatan di bahagian Account seperti:
    • Savings & Current Account
    • Fixed Deposit
    • Islamic Term Deposit
    • Card
    • Loan/Financing
    • Gold Investment
  11. Sila pilih bahagian Loan/Financing.
  12. Baki loan kereta anda akan terpapar secara terperinci.
  13. Sila semak setiap maklumat dengan lebih detail untuk kepastian anda.
  14. Pastikan anda screenshot, muat turun, atau cetak paparan baki loan kereta anda untuk rujukan.
  15. Selesai.

 

3. Adakah anda menghadapi sebarang masalah untuk check balance car loan Public Bank atau ada soalan lain?

Sekiranya anda mengalami sebarang masalah untuk check balance loan kereta Public Bank anda atau mempunyai soalan lain untuk diajukan, anda boleh menghubungi pihak Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PBe di talian 03-2179 9999 atau menghantar e-mel kepada [email protected].

Sebagai tambahan, waktu operasi Perkhidmatan Pelanggan Public Bank adalah bermula dari 6.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam setiap hari.

 

Akhir kalam

Diharapkan perkongsian mengenai cara semak baki loan kereta Public Bank ini dapat membantu anda yang memerlukannya.

Kini, semua maklumat di hujung jari anda. Selamat mencuba.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Cara Semak Baki Loan Kereta Public Bank (Check Balance Online)”

Leave a Comment