Rayuan BKSS (Status Semakan Permohonan Rayuan)

Bagi pemohon yang berstatus belum berkahwin atau bujang yang telah memohon Bantuan Khas Sarawakku Sayang sebelum ini, tetapi tidak lulus, anda boleh buat rayuan BKSS. Walau bagaimanapun, anda terlepas untuk buat permohonan sebelum ini, sila baca cara mohon BKSS 5.0 bagi tahun 2021.

Sama seperti Bantuan Sara Hidup (BSH), anda perlu buat semakan BKSS terlebih dahulu untuk melihat paparan status samada LULUS atau TIDAK LULUS.

 

Sedikit mengenai BKSS

Memang bertuah menjadi rakyat Sarawak.

Golongan B40 yang layak di Sarawak bakal menerima Bantuan Khas Sayangku Sarawak yang akan dimasukkan ke dalam akaun bank penerima setiap 15 haribulan pada setiap bulan.

Pembayaran tunai sebanyak RM 250 yang akan dibayar selama enam bulan ini akan memberi manfaat kepada ramai rakyat Sarawak yang sudah berkahwin, iaitu yang dalam kategori isi rumah.

Pembayaran RM 500 pula untuk yang berada dalam kategori bujang. Boleh layari semakan BKSS bujang untuk maklumat lanjut.

Harus diingat, bukan semua B40 layak secara automatik. Sila buat rayuan BKSS andai kata tidak dapat apa-apa bantuan.

 

Bantuan BSH dan juga BKSS

Yang lebih menarik lagi, penerima yang layak adalah terdiri dari penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang telah diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan tiada sebarang permohonan perlu dibuat.

Jadi, ini bermakna anda bakal menerima duit bayaran BSH dan juga BKSS.

Sungguh beruntung!

Sekadar makluman mengenai BSH, bagi anda yang menerima status Tidak Lulus permohonan BSH Fasa 3 2020 ini, jemput baca cara buat rayuan BSH. Mudah-mudahan, dipermudahkan.

 

Rayuan BKSS

Untuk makluman, rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang sudah ditutup.

Menurut laman web rasmi sarawak.gov.my, kerajaan Sarawak sedang dalam proses kemaskini data-data rayuan. Keputusan rayuan BKSS hanya akan diumumkan dan dimaklumkan semula hanya setelah proses kemaskini siap sepenuhnya.

 

Semakan rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang

Berikut ialah cara buat semakan rayuan BKSS secara atas talian:

  1. Layari portal rasmi Bantuan Khas Sarawakku Sayang di sini: https://www.sarawak.gov.my/web/home/bkss_semak
  2. Masukkan Nombor MyKad
  3. Tidak perlu masukkan sempang (-) atau dash
  4. Contohnya, jika Nombor Kad Pengenalan 920101-13-4456, masukkan sahaja 920101134456
  5. Tekan butang Submit
  6. Anda akan dapat melihat status rayuan samada LULUS atau TIDAK LULUS

 

Maklumat lanjut

Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan mengenai rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang ini, mahupun berkaitan dengan  pembayaran seperti bayaran belum masuk, boleh hubungi nombor di bawah:

 

Akhir kalam

Kami faham, anda akan rasa berdebar-debar menunggu status rayuan BKSS samada LULUS atau GAGAL.

Jika lulus, bersyukurlah. Sebaliknya, jika tidak lulus permohonan rayuan ini, janganlah marah-marah. Anggap sahaja itu bukan rezeki kita.

Sama-sama berdoa agar hidup kita dipermudahkan dan sentiasa dimurahkan rezeki.

Diharapkan agar perkongsian semakan permohonan rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang dapat memudahkan lagi urusan anda.

Semoga ada manfaat.

12 thoughts on “Rayuan BKSS (Status Semakan Permohonan Rayuan)”

  1. Says tak kerja umur 60 yes old pun tak dapat bkss..bagi la sikit buah merdeka Sama rata..

    Stay Safe
    ..

    Reply
  2. Penipu…bantuan… Abng jo.. Penipu
    ..abu pun tak ada.. Apa lgi 500 or 250….kali pertma pm srwak… Mcm ni.. Covib 19 skrng abng jo… Bkan hbis covib baru ada bntuan… Buka mata.. Pasang telinga… Belum ku bawa… Nyeberang ai batng rajang kau ni.. Bru thu susah mcm.. Mna..

    Reply
  3. Saya Solzazt Ak Cola,Macam mana hendak tukar no ACC,sebab no ACC yg akan masuk duit bkss bln 9 nanti dah hilang

    Reply

Leave a Comment