Cara Mohon BKSS 5.0 2021 (Bantuan Khas Sarawakku Sayang)


Bagi yang telah buat semakan BKSS sebelum ini dan terima bayaran BKSS, anda mungkin akan terima lagi. Ini kerana Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dijadualkan akan mengumumkan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 5.0 (BKSS) pada hari Khamis 21 Januari 2021. Sejurus mendapat maklumat rasmi, kami akan kongsikan cara mohon BKSS 5.0 bagi mana-mana individu yang layak.

Apa itu BKSS?

BKSS 5.0 adalah inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak bagi membantu dan meringankan beban rakyat yang terjejas akibat COVID-19. Sejak COVID-19 merebak di negeri ini mulai Mac tahun lepas, Kerajaan Negeri Sarawak melaksanakan pelbagai bantuan menerusi empat siri BKSS sebelum ini (iaitu BKSS 1.0, BKSS 2.0, BKSS 3.0 dan BKSS 3.0), membabitkan peruntukan lebih RM2.6 bilion.

Pengumuman oleh Ketua Menteri Sarawak ini disiarkan secara langsung menerusi pelbagai saluran media, dan juga diadakan menerusi Zoom, sejajar dengan usaha untuk mengurangkan kontak fizikal bagi mengelakkan penularan COVID-19.

Kami berasakan, permohonan dan semakan BKSS untuk bujang juga tidak terkecuali. Yang penting, jangan tersilap semasa membuat carian. Kependekan yang betul ialah BKSS, bukan BKKS.

Cara mohon BKSS

Seperti yang dimaklumkan, kami masih lagi belum menerima apa-apa maklumat rasmi lagi berkenaan bantuan BKSS. Walau bagaimanapun, anda boleh ikuti panduan secara general seperti di bawah iaitu samada secara online ataupun mengisi borang:

 

#1 Permohonan BKSS secara online

  1. Layari portal rasmi BKSS di sini: https://sarawak.gov.my/web/home/article_view/233/326/
  2. Tunggu sehingga ada butang permohonan baru

 

#2 Cara mohon BKSS 5.0 dengan isi borang

Ini adalah borang rayuan BKSS tahun 2020. JIka ada yang baru, kami akan kemaskini.

  1. Download dan print borang permohonan BKSS di sini
  2. Isikan Maklumat Pemohon
  3. Isikan Butiran Akaun Bank
  4. Isikan Butiran Pasangan (hanya jika pemohon sudah berkahwin)
  5. Isikan Maklumat Anak / Tanggungan (sekiranya ada)
  6. Isikan Perakuan Pemohon
    • Sila semak semua butiran yang diisi.
    • Kesilapan mengisi atau borang yang tidak lengkap tidak akan dilayan
    • Sila fahami terma berikut: “Saya mengaku bahawa segala maklumat yang diberikan dan dinyatakan adalan BENAR dan SAH. Saya juga memperakui telah memahami syarat permohonan dan bersetuju sekiranya butiran permohonan ini tidak lengkap dan tidak sah maka permohonan ini berhak untuk ditolak secara automatik tanpa memberi sebarang alasan atau notifikasi.”

 

Maklumat lanjut berkenaan BKSS 5.0

Sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan mengenai Bantuan Khas Sarawakku Sayang seperti kelayakan, kriteria, permohona, kemaskini, rayuan dan semakan, sila hubungi nombor berikut:

  • 082-555999

 

Akhir kalam

Kami menyambut baik inisiatif Kerajaan Sarawak yang meneruskan lagi BKSS 5.0 2021 ini.

Walaupun Sarawak tidak berada dalam PKP, ada baiknya pihak kerajaan terus membendung agar Covid-19 tidak menular di sana.

Diharapkan agar perkongsian cara mohon BKSS ini akan memudahkan lagi urusan dan kehidupan harian anda. Bagi yang layak untuk bantuan kerajaan pusat, jemput baca cara daftar BPR, cara mohon BPR , cara kemaskini BPR (jika perlu) dan seterusnya buat semakan BPR untuk mengetahui samada lulus atau tidak.

Semoga bermanfaat.


Artikel Berkaitan

Cara Mohon BKSS 5.0 2021 (Bantuan Khas Sarawakku Sayang)

9 thoughts on “Cara Mohon BKSS 5.0 2021 (Bantuan Khas Sarawakku Sayang)”

  1. 1. Bilakah tarikh untuk membuat permohonan / rayuan BKSS 5.0 2021 akan dibuat?
    2. Bagaimanakah caranya untuk memohon BKSS 5.0 ini? ( Online ataupun Borang)
    3. Apakah website yang perlu dilayari sekiranya permohonan melalui online?

    ” Segala kerjasama tulus dan ikhlas daripada pihak tuan/puan amat kami hargai, sekian.
    terima kasih. “

    Reply
  2. Dh download borang..tpi nk hantar dekat mana?mohon secara online tak dapat ke?permohonan utk bkss 5.0 bila?

    Reply

Leave a Comment