Qunut Nazilah JAIS & JAKIM (Untuk Wabak COVID-19)

Berikut ialah bacaan Qunut Nazilah yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor.

1. Qunut Nazilah untuk apa?

Bagi yang tidak tahu, Qunut Nazilah ini sunat dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana; mahupun ditimpah musibah seperti peperangan, wabak, penyakit kemarau dan lain-lain lagi. Sebagai contoh, kita boleh membaca qunut ini untuk mendoakan saudara-saudara kita di Palestin.

Hal ini juga sesuai dengan situasi sekarang di mana kes Covid-19 semakin menjadi-jadi di Malaysia.

Bacaan Qunut Nazilah ini pernah dibacakan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam ketika kejadian pembunuhan beramai-ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan berdasarkan hadis berikut yang bermaksud:

“Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran.”
-Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim- 

 

2. Bacaan Qunut Nazilah (JAIS)

Izinkan kami berkongsi maklumat yang boleh didapati dari Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Untuk warga Selangor yang sembahyang berjemaah di masjid atau surau, pasti akan perasan bahawa pada rakaat terakhir semasa solat fardhu, imam akan membaca  Qunut Nazilah.

 

3. Bacaan Qunut Nazilah (JAKIM)

Berikut pula ialah bacaan yang dicadangkan oleh Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.

4. Cara baca Qunut Nazilah

Menurut sumber Wikipedia, Qunut ini boleh dibacakan pada tiap-tiap sembahyang fardhu jika kedatangan bala atau sebarang cubaan dari Allah SWT. Qunut ini dibacakan pada waktu iktidal selepas ruku’ pada rakaat terakhir. Disunatkan kepada Imam untuk membacanya secara kuat dan diaminkan oleh makmum dalam solat yang berjemaah.

Dan tambahan dari MuftiWP:

  • Disunatkan untuk dibaca secara kuat sama ada di dalam solat al-sirriyyah (seperti solat Zohor dan solat Asar) atau solat al-jahriyyah (seperti solat Subuh, Maghrib, dan Isya’).
  • Qunut nazilah hanya disyariatkan di dalam solat-solat fardhu sahaja dan tidak pada solat-solat sunat.
  • Boleh dibaca di dalam solat fardhu berjemaah mahupun solat fardhu secara bersendirian. Jika dilakukan secara berjemaah, imam membacanya secara kuat dan makmum mengaminkannya. Jika dilakukan secara berseorangan maka ia dibaca secara perlahan.
  • Dibaca pada rakaat solat yang terakhir, semasa i’tidal selepas bangun daripada ruku’.
  • Tidak perlu melakukan sujud sahwi sekiranya tertinggal qunut nazilah kerana ia bukan termasuk di dalam sunat ab’aadh.
  • Disunatkan mengangkat kedua tangan semasa berdoa.
  • Tidak perlu menyapu tangan ke muka selepas berdoa.

 

5. Doa dijauhi wabak Covid-19

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga berkongsi doa dijauhi wabak, bala dan musibah. Walaupun tidak menyatakan secara spesifik Covid-19 di dalam doa tersebut, kita boleh sahaja baca kerana ia merangkumi wabak dan penyakit secara keseluruhannya.

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk doa dijauhi wabak.

 

Akhir kalam

Untuk makluman, negeri Selangor bukan satu-satunya negeri yang membuat bacaan ini. Negeri-negeri lain seperti Sarawak juga membacanya. Begitu juga dengan negara Singapura dan Brunei Darussalam.

Sekadar pesanan, selepas sudah solat fardhu, jangan lupa baca doa selepas solat. Diharapkan dengan bacaaan dan doa-doa ini dari segenap pelusuk negara, kita semua bebas dari Coronavirus Covid-19.

Ikutkan hati, memang tidak sabar untuk kembali rapatkan saf dan sembahyang berjemaah semula di masjid dan surau.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment