Semakan Baki BSN (Check Balance Secara Online di mybsn.com.my)

Berdebar-debar juga bila tunggu duit bantuan kerajaan, bila akan masuk. Jadi, jika anda jenis yang suka tengok balance duit dalam akaun bertambah, boleh selalu buat semakan baki BSN secara online melalui mybsn.com.my.

Berangan menjadi kaya itu percuma. Check balance BSN secara online itu percuma, walaupun masih lagi belum cukup kaya. Ayuh kita semak bersama-sama.

1. Semakan baki BSN melalui online banking di www.mybsn.com.my

Anda boleh menyemak baki akaun BSN anda secara online. Yang penting, pastikan anda telah daftar BSN online terlebih dahulu.

Jika semuanya baik, ikuti langkah-langkah ini:

  1. Layari laman web rasmi MyBSN di https://www.mybsn.com.my
  2. Anda akan tiba di laman utama untuk login
  3. Di ruangan Username, masukkan username untuk akaun BSN anda.
  4. Kemudian, tekan butang Login.
  5. Sahkan gambar yang terpapar ialah Security Image yang anda pilih
  6. Jika betul, tekan butang Yes
  7. Masukkan Password
  8. Tekan butang Login sekali lagi
  9. Jika tiada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam sistem online banking BSN
  10. Klik Account Overview pada menu di sebelah kiri
  11. Klik Savings Account
  12. Lihat Balance untuk mengetahui baki BSN anda
  13. Lihat Account Number untuk memastikan nombor akaun BSN anda
  14. Selesai

 

2. Semakan baki BSN melalui SMS

Kalau anda tiada akses Internet, boleh gunakan SMS juga.

Cuma untuk pertama kali, anda perlu hadirkan diri ke mana-mana cawangan BSN yang berdekatan untuk mendaftar nombor telefon.

Kemudian, anda akan mendapat SMS yang mengandungi M-PIN serta 2 digit nombor UAC untuk mengaktifkan nombor telefon anda dengan akaun BSN anda.

Nombor M-PIN ini penting untuk melakukan apa-apa urusan perbankan BSN anda secara SMS. Pastikan anda tidak mendedahkan M-PIN anda kepada orang lain.

Untuk semak baki akaun BSN anda secara SMS, ikut langkah-langkah seperti di bawah:

Taip BAL<jarak>M-PIN, dan hantar ke 36898

Tunggu beberapa saat.

Anda akan mendapat SMS daripada BSN yang menyatakan baki akaun BSN anda.

 

3. Check balance BSN menggunakan kad ATM

Berikut ialah langkah-langkah untuk check baki BSN di mesin ATM:

  1. Pergi ke mana-mana mesin ATM yang berhampiran
  2. Cucuk kad ATM anda pada slot yang disediakan.
  3. Pastikan slot tersebut mempunyai lampu menyala berwarna hijau sebelum anda cucuk kad ATM
  4. Jika tidak, jangan menangis tak berlagu jika kad ATM BSN anda sangkut di dalam mesin ATM tersebut
  5. Seterusnya, masukkan nombor PIN bagi kad ATM anda
  6. Beberapa pilihan akan tertera di skrin
  7. Tekan PERTANYAAN
  8. Akan keluar mesej URUSAN SEDANG DIPROSES. SILA TUNGGU.
  9. Tunggu beberapa saat
  10. Baki akaun BSN anda akan terpapar seperti contoh di bawah:

BAKI AKAUN: RM 100.00

HAD LIMIT HARIAN

PENGELUARAN & PINDAHAN: RM 3,000.00

PEMBELIAN (POS): RM 3,000.00

STATUS TRANSAKSI LUAR NEGARA: TIDAK AKTIF

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian mengenai semakan baki BSN ini akan menceriakan anda yang tertunggu-tunggu duit masuk.

Dah dapat duit nanti, jangan boros pula!

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Semakan Baki BSN (Check Balance Secara Online di mybsn.com.my)”

Leave a Comment