Cara Daftar Kad Watson Touch N Go VIP (Secara Online)


Sebagai seorang pengguna dan pelanggan Watson, anda mungkin tertanya-tanya adakah cara daftar kad Watson Touch N Go secara online?  Jangan risau pada hari ini kami akan berkongsi dengan anda tentang cara daftar kad Watson Touch N Go secara online dengan cara yang mudah.

Cara daftar kad Watson Touch n Go

Di bawah akan dikongsikan cara daftar kad Watson Touch N Go.

  1. Layari laman web rasmi ini: https://www.touchngo.com.my/CMS/Personal/Products/Watsons-VIP-Card/about-watsons-vip/
  2. Anda akan dibawa ke laman web rasmi untuk Touch N Go.
  3. Pada laman tersebut, anda dibawa ke bahagian About untuk penerangan mengenai Watsons VIP Card. Tekan link Click here.
  4. Pada laman seterusnya, anda dibawa ke laman web rasmi Watsons di bahagian Health Club. Scroll ke bahagian kanan atas dan tekan butang Activate Card.
  5. Pada laman seterusnya, untick pada kenyataan Do you have Watsons Member Card, menandakan anda masih belum mempunyai kad Watsons.
  6. Beberapa ruangan perlu anda isikan. Pada ruangan Your First Name, masukkan nama pertama/panggilan anda.
  7. Pada ruangan Your Last Name, masukkan nama keluarga anda. Bagi anda yang beragama Islam, anda boleh memasukkan nama anda sendiri pada ruangan Your First Name dan Your Last Name. Sebagai contoh, sekiranya nama anda ialah Muhammad Azfar, masukkan nama Muhammad pada ruangan Your First Name, manakala nama Azfar pada ruangan Your Last Name. Atau, anda boleh memasukkan nama Azfar pada ruangan Your First Name, manakala nama bapa anda pada ruangan Your Last Name.
  8. Pada ruangan Email, masukkan emel anda yang aktif dan boleh diakses.
  9. Pada ruangan Confirm Email, masukkan sekali lagi emel anda.
  10. Pada ruangan Mobile, masukkan nombor telefon anda yang aktif dan boleh dihubungi.
  11. Pada ruangan Password, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Password anda mestilah dalam lingkungan 8-20 aksara, serta mempunyai minimum satu nombor dan huruf besar. Simbol tidak boleh digunakan.
  12. Pada ruangan Invite Code, sekiranya anda mempunyai kod untuk invitation yang dimiliki oleh mana-mana kenalan anda yang sudah mempunyai akaun dan kad Watsons, masukkan kod tersebut di ruang yang disediakan. Jika tiada, abaikan.
  13. Pada kenyataan di bawahnya, anda boleh membuat pilihan sama ada anda ingin menerima sebarang tawaran atau perkembangan mengenai jualan, promosi atau diskaun yang Watsons di seluruh Malaysia tawarkan. Sebarang maklumat mengenai perkara ini akan dihantar ke emel dan juga SMS ke telefon anda. Sekiranya anda tidak mahu, tick pada kenyataan tersebut. Walau bagaimanapun, sekiranya anda ada membuat pembelian barangan Watsons secara online, anda tetap akan menerima iklan-iklan ini di emel dan SMS anda.
  14. Kemudian, tekan link Terms and Conditions serta Privacy Policy Statement untuk membaca terma & syarat serta untuk pendaftaran, data-data peribadi serta pemilikan kad Watsons anda.
  15. Sekiranya anda bersetuju dengan semua kenyataan yang telah ditetapkan oleh pihak Watsons, tekan butang Create untuk menyempurnakan proses pendaftaran anda.

 

Akhir kalam

Anda kini telah berdaftar dengan Watsons sebagai Watsons Online Member. Anda boleh menikmati diskaun dan promosi di Watsons untuk setiap pembelian anda, tetapi dengan menggunakan kad virtual atau kad bukan fizikal.

Sekiranya anda ingin mengetahui cara mendaftar Touch N Go secara online, kami ada sediakan artikel khas tentang topik tersebut.

Kini sebagai Online Member Watson, Untuk mendapatkan sebarang promosi, anda perlulah download aplikasi Watsons Malaysia di telefon pintar anda, kemudian login ke akaun anda.

Pergi ke page My Account dan tunjukkan kepada staf yang bertugas kad virtual yang tertera di telefon pintar anda untuk mendapatkan poin dan redeem points.

Kad Virtual ini tidak mempunyai fungsi Touch N Go. Untuk mendapatkan kad fizikal Touch N Go, pergi ke mana-mana outletWatsons, dan buat pendaftaran di kaunter bersama staf yang bertugas.

Sertakan RM20, dan isikan maklumat anda pada borang yang akan diberikan untuk melengkapkan pendaftaran anda. Untuk setiap pembelian anda, tunjukkan kad tersebut untuk mendapatkan poin dan redeem points yang ditawarkan oleh Watsons.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • dafAR WATSON ONLINE watson com my

Leave a Comment