Bantuan Khas Ibu Tunggal BKIT 2020 (Permohonan Online)

Memang agak mengecewakan apabila semua pautan untuk daftar ibu tunggal bagi mendapatkan bantuan PENJANA ibu tunggal tidak boleh diakses. Mungkin memang tidak aktif ataupun mungkin juga sedang diselenggara. Kini tidak lagi, JPW telah mengumumkan beberapa cara mohon Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) yang boleh dibuat secara online mengikut negeri di seluruh Malaysia.

Bayaran bantuan sebanyak RM300 ini akan diberikan sebelum Hari Raya Haji 2020.

Persediaan sebelum mohon Bantuan Khas Ibu Tunggal 2020

Untuk persediaan, anda cuma perlukan perkara berikut:

  1. Email GMail dari Google
  2. Apabila anda daftar GMail dari Google, secara automatik akaun Google akan tercipta.
  3. Sediakan dokumen sokongan terlebih dahulu. Ini adalah untuk mengelakkan pembaziran masa mengisi borang berulang-ulang kali

Klik sini untuk mendaftar akaun Google terlebih dahulu.

 

Kelayakan untuk mohon BKIT online

Adakah anda layak untuk buat permohonan BKIT ini?

Syarat asas kelayakan adalah seperti berikut:

  • Anda merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia
  • Anda mestilah perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah seperti tafsiran yang ditetapkan di bawah
  • Pendapatan Isi Rumah anda adalah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK semasa) RM960 atau perkapita RM244

Berdasarkan Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal (2015-2020), KPWKM mengambil kira ibu tunggal berdasarkan definisi berikut:

  • Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah, bertaraf perkahwinan balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama
  • Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah tetapi mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama
  • Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah, tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf).

Secara ringkasnya:

  • Jika anda sudah bercerai, tetapi masih mempunyai anak yang belum berkahwin dan duduk sekali, anda layak
  • Jika anda mempunyai suami, tetapi tidak sihat, sakit dan tidak ada kemampuan untuk bekerja bagi menanggung keluarga; dan dalam masa yang sama anda mempunyai anak yang belum berkahwin yang duduk sekali, anda layak
  • JIka anda bujang dan tidak pernah berkahwin, tetapi mempunyai anak angkat atau mempunyai anak tidak sah taraf, anda layak

 

Cara mohon BKIT (Permohonan online bantuan khas ibu tunggal)

Setelah siap daftar akaun Google dan memastikan anda layak untuk buat permohonan BKIT ini, sila rujuk cara di bawah untuk buat permohonan bantuan khas ibu tunggal secara online.

Untuk makluman, dalam panduan ini, kami gunakan negeri Selangor sebagai contoh. Ini kerana semua permohonan BKIT menggunakan format yang sama melalui Gooogle Form.

Untuk negeri-negeri lain, sila rujuk link untuk borang seperti di bahagian seterusnya di bawah.

Bahagian I (Maklumat)

  1. Sila pastikan anda mempunyai akaun Google. Jika belum, rujuk panduan di bahagian atas
  2. Sign In ke dalam Google Account anda
  3. Klik sini untuk borang online untuk mohon online mengikut negeri
  4. Sila pastikan anda berada di negeri yang betul
  5. Masukkan Maklumat Peribadi seperti berikut untuk mohon bantuan khas ibu tunggal:
    • Nama
    • Kategori Kad Pengenalan
      • IC (MyKad)
      • Nombor Tentera
      • Nombor Polis
    • Nombor Kad Pengenalan
    • Nama Bank
    • Nombor Akaun Bank
    • Bangsa
      • Melayu
      • Cina
      • India
      • Bumiputera Sabah
      • Bumiputera Sarawak
      • Lain-lain
    • Agama
      • Islam
      • Buddha
      • Kristian
      • Hindu
      • Lain-lain
    • Alamat Tetap
    • Pekerjaan
    • Pejabat PPWN/Negeri
    • Parlimen
    • DUN
    • Nombor Telefon Rumah
    • Nombor Telefon Bimbit
    • Email
    • OKU
    • Pernah mendaftar E-Kasih?
  6. Masukkan Maklumat Waris seperti berikut untuk teruskan proses mohon BKIT:
    • Nama Waris
    • Hubungan dengan Waris
    • Nombor Telefon Waris
  7. Masukkan Maklumat Tanggungan seperti berikut:
    • Bilangan Anak
    • Nama Anak berserta Nombor MyKid / MyKad/ Sijil Pengangkatan daripada JPN
  8. Isikan Maklumat Bantuan Diterima seperti berikut, samada pernah terima bantuan kebajikan atau tidak:
    • Jabatan Kebajikan Masyarakat
    • Baitulmal / Pusat Zakat
    • Swasta / Individu
    • Jenis Bantuan Yang Diterima
      • Rumah (Ya / Tidak)
      • Pendidikan Anak (Ya / Tidak)
      • Barangan Dapur (Ya / Tidak)
      • Air / Elektrik (Ya / Tidak)
      • Pakaian (Ya / Tidak)
      • Rumah (Ya / Tidak)
    • Jumlah Bantuan Yang Diterima (Dalam Ringgit Malaysia)
  9. Tekan butang Next

 


Bahagian II (Senarai Semak)

Pastikan anda mengisi borang di atas elok-elok. Ini kerana di bahagian ini, anda perlu memuat naik lampiran dokumen sokongan untuk pengesahan.

Dokumen sokongan yang diperlukan ialah:

  • Salinan MyKad
  • Salinan Penyata Akaun Tahun Semasa
  • Salinan Sijil Kahwin/ Sijil Cerai/ Sijil Kematian
  • Salinan Sijil Kelahiran Anak yang Belum Berkahwin/MyKid/MyKad/ Sijil Pengangkatan daripada JPN
  • Slip Gaji terkini (jika berkenaan)
  • Pengesahan Pendapatan atau lain-lain dokumen sokongan (Cth: Surat Pengesahan daripada Majikan/Penghulu)
  • Surat Akuan Doktor (jika berkenaan)
  • Surat Akuan Sumpah (sekiranya masih dalam proses penceraian)

 

Borang online bantuan khas

Izinkan kami berkongsi link dari Jabatan Pembangunan Wanita yang boleh diakses untuk membuat permohonan.

Boleh rujuk pautan seperti di bawah yang dikategorikan mengikut negeri:

 

Borang permohonan BKIT Utara:

  1. Perlis
  2. Kedah
  3. Pulau Pinang
  4. Perak

 

Borang permohonan BKIT Tengah:

  1. Selangor
  2. Wilayah Persekutuan

 

Borang permohonan BKIT Selatan:

  1. Johor
  2. Negeri Sembilan
  3. Melaka

 

Borang permohonan BKIT Pantai Timur:

  1. Pahang
  2. Terengganu
  3. Kelantan

 

Borang permohonan BKIT Sabah & Sarawak:

  1. Sabah
  2. Sarawak

 

Akhir kalam

Kami menyambut baik inisiatif kerajaan dalam PENJANA yang diumumkan baru-baru ini.

Langkah JPW juga yang hanya menggunakan Google Form sahaja perlu diberikan pujian. Google Form di bawah Google Docs ini adalah percuma. Ini secara tidak langsung mengurangkan lagi perbelanjaan kerajaan untuk membina sistem dengan kos yang mahal.

Kepada semua ibu tunggal yang layak di sana, cubalah cara mohon BKIT ini.

Jika ada rezeki, adalah. Jika tak ada, jangan putus asa. Berusaha cara lain pula.

Semoga bermanfaat.

8 thoughts on “Bantuan Khas Ibu Tunggal BKIT 2020 (Permohonan Online)”

Leave a Comment