Majikan Tidak Boleh Whatsapp Pekerja ‘After Office Hour’ (Ganggu Waktu Cuti)

Kenapa majikan tidak boleh Whatsapp selepas waktu bekerja? Yang faham, fahamlah.

Waktu pejabat, ramai pekerja memang kena pulun buat kerja. Selepas waktu pejabat, majikan tidak henti-henti Whatsapp pula suruh siapkan tugasan yang beliau mahu. ‘Urgent‘ katanya.

Tidak kiralah penjawat awam atau swasta. Persoalannya, bolehkah begini?

Kenapa majikan tidak boleh Whatsapp?

Kami senaraikan beberapa sebab majikan tidak berhak Whatsapp pekerja selepas ‘office hour’. Bukan dari sudut akta atau undang-undang, lebih kepada dalaman diri dan emosi; yang semestinya akan ganggu waktu cuti pekerja.

1. Pekerja pun ada keluarga juga

Ini untuk yang sudah berkeluarga. Mereka ada anak-anak.

Mereka ada keluarga sendiri. Anak-anak mereka pun perlukan perhatian. Sedih bila kenangkan, anak-anak mahu bermain bersama ibu-bapa yang kurang ada masa bersama.

Namun, ibu-bapa masih lagi bekerja tidak henti-henti.

Paling menyedihkan, semasa hujung minggu pun, ramai ibu-bapa sibuk Whatsapp dan mengabaikan anak masing-masing.

 

2. Majikan tidak boleh Whatsapp, sebab gangguan kepada masa peribadi

Masa tidak ternilai harganya. Lebih-lebih lagi jika melibatkan masa peribadi.

Adakah kita ini hamba kepada majikan, hingga tidak boleh mengecapi ruang peribadi untuk diri sendiri?

 

3. Boleh bawa kepada perceraian

Ini juga untuk yang sudah mendirikan rumahtangga.

Sekali dua, masih boleh tahan lagi. Tiga empat, pasangan sudah mula menjeling mata, mula berkira-kira, siapa sebenarnya yang penting dalam hidup dia.

Bila sudah terlalu kerap, pasangan akan rasa diabaikan.

 

4. Boleh bawa kepada hilang kawan

Untuk yang belum berkahwin pula, mungkin kawan-kawan akan merasa jengkel.

Bait-bait ayat seperti “Weiii, Bangla pun cuti hujung minggu tau!” akan jadi kebiasaan.

Bila ajak keluar, asyik lekat dengan telefon kerana urusan kerja. Lama-lama, kawan-kawan pun menyampah juga.

 

5. Majikan tidak boleh Whatsapp, sebab boleh bawa pergaduhan

Apa tidaknya. Sesetengah majikan beri arahan di Whatsapp group yang memang ramai orang lain yang ada di dalam Whatsapp group tersebut.

Yang disuruh, mungkin akan sahut mesej majikan. Yang tidak disuruh, cuma diam menikus.

Dibimbangi, jika salah seorang protes tidak mahu buat arahan majikan, dia hilang sabar dan mula menghamburkan kata-kata dalam group yang satu lagi.

 

6. Mewujudkan sikap berpuak-puak dalam syarikat

Ya, semua orang ada group yang satu lagi.

Group yang tidak ada majikan di dalamnya.

Group yang dibuat semata-mata untuk gosip dan cakap belakang.

Itu baru satu group. Bagaimana jika ada banyak group dengan orang yang berlainan?

Ini bakal mewujudkan suasana kerja yang tidak sihat.

 

7. Melahirkan pekerja yang bermuka-muka

Dalam Whatsapp baik.

Di belakang majikan, dia menjerit sekuat-kuat hati, kerana tidak puas hati. Jika selalu sangat berlaku begini, takut-takut masalah lain pula yang akan datang.

 

8. Pekerja boleh sakit mental

Ya, inilah masalah atau penyakit kemurungan yang boleh kena pada pekerja. Apa tidaknya. Pagi, petang, siang, malam – asyik kerja, kerja, kerja.

Artikel dari IrishTimes mengatakan, ramai orang kena sakit mental kerana tidak berani untuk melawan dan berdepan secara terus terang dengan majikan.

Jika berani melawan dan berterus terang sekalipun, pandangan pekerja ini selalu dipandang serong oleh majikan.

 

9. Dari segi undang-undang, kenapa majikan tidak boleh Whatsapp?

Mengikut Seksyen 60 D Akta Kerja 1955 (Akta 265) dalam Akta Pekerjaan 1955, ada peruntukan mengenai pampasan dalam bentuk kewangan jika pekerja yang bekerja pada hari cuti umum atau hari rehat mingguan.

Jika bekerja pada Hari Rehat

Jika seseorang pekerja itu bekerja pada hari rehat, dia dibayar seperti berikut:

  • Gaji satu hari jika dia bekerja kurang daripada separuh waktu biasa kerja harian; dan
  • Gaji dua hari jika dia bekerja lebih daripada separuh tetapi kurang daripada jumlah jam kerja harian

Jika seseorang pekerja itu bekerja pada hari rehat, di mana gaji dibayar mengikut dia dibayar seperti berikut:

  • Gaji setengah hari jika dia bekerja kurang daripada separuh waktu biasa kerja harian; dan
  • Gaji satu hari jika dia bekerja lebih daripada separuh tetapi kurang daripada jumlah jam kerja harian

Jika bekerja pada Cuti Umum

Jika seseorang pekerja yang bekerja pada hari cuti umum, dia dibayar jumlah tambahan sebagai gaji cuti walaupun tempoh bekerja adalah kurang daripada jam kerja harian. Jumlah tersebut adalah seperti berikut:

  • Gaji dua hari jika dibayar pada setiap jam, harian, mingguan, bulanan atau kadar lain yang seumpamanya; atau
  • Dua kali (biasa) kadar per piece jika dibayar pada kadar piece

Jika pekerja bekerja pada hari cuti umum dan melebihi jumlah jam hariannya, dia akan dibayar seperti berikut :

  • Sekurang-kurangnya tiga kali ganda setiap jam daripada gajinya jika dibayar pada setiap jam atau kadar lain yang seumpamanya; atau
  • Tiga kali (biasa) kadar per piece jika dibayar pada kadar piece

Namun, buat apa sampai mahu guna undang-undang untuk selesaikan semua perkara ini? Apa salahnya bertolak ansur bukan?

 

Akhir kalam

Pandangan peribadi di atas, hanya boleh digunapakai jika pekerja sangat komited dalam membuat kerja. Selama 8 jam waktu bekerja, memang dia bekerja semata-mata.

Maka, jangan salahkan majikan Whatsapp pekerja selepas ‘office hour‘, kerana pekerja juga sibuk main Whatsapp semasa ‘office hour‘. Majikan pula janganlah ambil kesempatan dengan buat link Whatsapp dan minta semua orang join group.

Semoga niat kita bekerja semata-mata mencari keredhaan Allah.

Semoga bermanfaat.

7 thoughts on “Majikan Tidak Boleh Whatsapp Pekerja ‘After Office Hour’ (Ganggu Waktu Cuti)”

  1. Majikan kami juga adakan group ws, kononnya untuk berbincang dan bertukar pendapat. Akan tetapi group itu disalah guna kerana selepas kami semua balik kerja dia masih berwhatsapp dan seperti memaksa kami semua meluah dan berbincang mengenai kerja. Apa yang patut kami buat jika tidak mahu kes ini beterusan? Sangat-sangat melampau saya rasa sehingga pukul 12 tgh malam pun dia masih berwhatsapp. Bagi yang dah berkahwin dan tidak berkahwin pun tersasa stress dgn majikan sekarang. Sepatutnya selepas waktu pejabat, ada lah time rehat utk semua. Bagaimana utk kami selesaikan masalah ini?

    Reply
  2. Majikan suka whatsapp / call terutama on weekend + time kita cuti. Mmg spoil the whole day. Mcm laa menda2 tu bole settle time tu. Sampai 1 tahap sy tpaksa mute call n WhatsApp bos sbb x tahan dgn sikap dia. BP sy pun up to 220/120. How stress i am.

    Reply
  3. Rata-rata staff akan menjadi marah gila bila Majikan whattsap selepas waktu kerja, tapi terlupa semasa waktu kerja terlalu ramai yang berkomunikasi hal-hal peribadi – tu tak termasuk hal2 peribadi lain macam order Shopee, Lazada, online shopping, Facebook, Instagram, tengok Movie time kerja pun ada, merayau,dan macam2 lagi. Kerja bertangguh dan pukul 5 tepat kelam kabut balik on time. Pada pandangan saya, apa-apa yang kita buat (termasuklah Whattsap ni) berpada-pada lah. Sebagai Majikan rasanya tak salah nak tanya 1-2 soalan penting sahaja lebih-lebih lagi perkara2 penting. Kadang-kadang kita kena faham boss kita tanya tu sebab ada boss lagi besar nak tahu jawapan segera. Kerja saya berurusan dengan Mid mgmt, Top Management dan juga Klien , jadi saya kongsi pandangan atas dasar pengalaman saya yang dah bekerja hampir 30 tahun dengan beberapa generasi dan latarbelakang yg berbeza2.

    Reply
  4. aplikasi whatsapp hanya akan menganggu masa kita bersama keluarga selepas waktu bekerja, kadang2 tu saya terkesan dengan arahan yang diberikan oleh majikan selepas waktu pejabat adalah masa yang amat sesuai bersama keluarga dan bukan lah untuk membuat kerja atau menambah tambahan kerja, oleh itu saya memang tidak setuju menggunaan aplikasi whatsapp semasa atau selepas watu bekerja atau hari cuti, even semasa MC sekali pun majikan arahkan saya menghantar MC atau hadir meeting sedangkan tahu saya mengambil MC kerana demam, semasa pandemik covid-19 majikan harus peka dengan keselamatan pekerja sekeliling pejabat, apatah lagi di agensi kerajaan berkanun, bukan sahaja berlaku di syarikat swasta atau premis swasta, bahkan ejensi kerajaan juga terima masalah yang sama, dan memberi berbagai alasan setelah/atau saya sendiri sudah maklum bahawa saya tidak sihat ketika itu, nasihat saya kepada semua pembaca agar memahami lah rakan kita diluar sana yang menghadapi masalah yang sama seperti saya supaya aplikasi ini hanya akan menambahkan lagi masalah iaitu menerima berita tidak benar, hasutan, fitnah, berpuak2 membuka group ke group lain, menganggu masa bersama keluarga, dan bermacam lagi yang negative berkaitan dengan aplikasi whatsapp.

    UTM staf

    Reply
  5. Majikan saya akan wasap tidak kira siang atau malam ataupun pada hari minggu sebab kami semua BDR…kadang2 dia wasap pagi minta semua staff selesaikan secepat mungkin,bagi yang ada komitmen lain terlepas pandang nama akan naik.Dia cakap semua staff harus melihat hp setiap hari sebab dia akan hantar maklumat.

    Reply
  6. Ini memang melampau macam aku x de benda lain nak buat… Lepas waktu keje x yah tanya la … Mana aku tahu berapa orang keje … Setengah majikan pampering Bangla … Itu signal seruh aku stay… Walaupun ot kau x bayar …

    Reply

Leave a Comment