Cara Buat Link Whatsapp (Untuk Instagram & Facebook)

Jika anda seorang peniaga di Instagram atau Facebook, boleh guna cara buat link Whatsapp ini. Mudah untuk pelanggan bertanya apa-apa sebelum membeli.

Sedikit mengenai fungsi Click To Chat Whatsapp

Fungsi Click To Chat di aplikasi Whatsapp membolehkan anda untuk bersembang dengan seseorang tanpa menyimpan nombor telefon individu berkenaan dalam telefon pintar anda.

Selagi anda mengenali individu berkenaan dan dia mempunyai akaun Whatsapp yang aktif, anda boleh mencipta link yang membolehkan anda untuk berhubung dengannya.

Dengan menekan link tersebut, ruang chat untuk anda bersama individu tersebut akan terpapar secara automatik. Fungsi Click To Chat ini terdapat pada aplikasi Whatsapp di Android dan App Store, serta pada Whatsapp Web.

Cara buat link Whatsapp

Ikuti langkah di bawah untuk membuat link Click To Chat ini.

  1. Gunakan link laman web https://wa.me/<number>. number yang tertera pada link itu ialah nombor telefon anda yang anda perlu masukkan dalam link Misalnya, sekiranya nombor telefon anda ialah 011-12345678, maka link anda mestilah https://wa.me/601112345678.
  2. Nombor yang anda masukkan mestilah bermula dengan nombor format antarabangsa. Untuk Malaysia, format nombor telefon mestilah bermula dengan 60. Simbol “+” dan ““ tidak dibenarkan.
  3. Untuk link https://wa.me/601112345678 ini, gunakan link ini di mana-mana laman sosial sebagai cara untuk orang lain, misalnya pelanggan anda berhubung dengan anda tanpa perlu menyimpan nombor telefon anda.
  4. Sekiranya anda menggunakan akaun bisnes untuk Whatsapp anda dan anda ingin pelanggan anda menghantar mesej kepada anda dengan ayat permulaan yang anda inginkan daripada pelanggan anda, anda juga boleh melakukannya dengan link Click To Chat
  5. Caranya, gunakan link ini https://wa.me/whatsappphonenumber?text=urlencodedtext, di mana whatsappphonenumber ialah nombor telefon anda dalam format antarabangsa, manakala text=urlencodedtext ialah mesej yang nombor pelanggan anda akan hantar kepada nombor anda secara automatik.
  6. Contohnya, kalau anda mahu pelanggan anda mulakan proses jual beli dengan anda dengan menggunakan ayat Saya nak beli seluar jeans jenama XXX. Untuk anda pastikan anda akan mendapat mesej sebegini daripada pelanggan anda, link anda mestilah begini: https://wa.me/601112345678?text=Hai.%20Saya%20nak%20beli%20seluar%20jeans%20jenama%20XXX.
  7. Pastikan simbol % ada antara setiap perkataan untuk ayat anda. Ini ialah mesej secara URL-encoded.

 

Buat link tanpa nombor

Untuk buat link Whatsapp tanpa nombor pula, anda perlu menggunakan servis yang lain. Ikuti langkah mudah di bawah:

  1. Pergi ke bitly.com
  2. Scroll sedikit ke bahagian bawah
  3. Masukkan pautan link Whatsapp tadi ke dalam ruangan Shorten your link
  4. Tekan butang Shorten
  5. Kini, anda sudah dapat satu link yang baru tanpa nombor
  6. Jika ingin mengubah pautan baru dari Bitly ini, ada perlu daftar dan login

 

Akhir kalam

Whatsapp memang berguna. Namun, kadang-kadang disalah guna oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tujuan buat link Whatsapp ini adalah untuk memudahkan, bukan menyusahkan.

Sila semak pemilik nombor telefon yang tidak dikenali jika anda menerima mesej yang bukan-bukan.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Cara Buat Link Whatsapp (Untuk Instagram & Facebook)”

Leave a Comment