Sekiranya anda sudah mempunyai kad Bonuslink yang membolehkan anda kumpul mata ganjaran, anda boleh login Bonuslink untuk melihat berapa jumlah points yang terkini.
Seronok bila isi minyak di Shell dan dapat redeem banyak benda seperti voucher, annual fee waiver bagi kad kredit AmBank, Touch n Go RFID, gajet dan macam-macam lagi. Menarik bukan?
Untuk makluman, kad Bonuslink ini sangat sesuai untuk individu yang memang selalu isi minyak dengan kadar yang banyak. Pendek kata, bila isi minyak, memang lebih RM100 dan ke atas. Dengan berbelanaja banyak, maka banyaklah mata ganjaran.
Izinkan kami berkongsi.
1. Cara untuk login BonusLink
Berikut ialah panduan ringkas untuk login BonusLink. Jika masih lagi belum register, sila baca berkenaan proses pendaftaran BonusLink terlebih dahulu.
Seperkara lagi, pastikan kad BonusLink anda ada di hadapan anda sekarang. Ini kerana proses untuk log masuk BonusLink memerlukan beberapa maklumat penting yang perlu diisi yang terdapat pada kad tersebut.
- Layari laman web rasmi BonusLink di sini: https://bonuslink.com.my
- Lihat di bahagian menu sebelah atas
- Klik ikon yang berbentuk orang
- Di bahagian Welcome, klik Member Login
- Jika ini kali pertama login, anda dikehendaki untuk set PIN menggunakan Date of Birth dalam format DDMMYY.
- Boleh rujuk link untuk setup PIN Date of Birth
- Seterusnya, masukkan BonusLink Card No
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan (MyKad) yang baru
- Atau masukkan Nombor Kad Pengenalan lama, nombor passport atau nombor tentera / polis
- Tekan butang Submit
- Sekarang, kembali semula ke bahagian Member Login
- Masukkan BonusLink Card No
- Masukkan PIN atau Date of Birth yang dimasukkan sebentar tadi
- Tekan butang LOGIN
- Jika tidak ada apa-apa masalah, anda akan berjaya login BonusLink
- Selesai
2. Terlupa PIN, macam mana nak reset?
Terlupa PIN itu perkara biasa. Nasib baik BonusLink menyediakan kaedah yang mudah untuk reset PIN.
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah layari laman web BonusLink yang dikhaskan untuk reset PIN di sini: https://www.bonuslink.com.my/MY/PINreintro.aspx
Pastikan bahawa anda sudah download aplikasi BLINK samada melalui Google Play atau App Store
Seterusnya, ikuti langkah-langkah seperti yang ditunjukkan sehingga selesai.
3. Semak Bonuslink registration, berjaya dan sudah aktif
Untuk mengetahui samada kad Bonuslink anda sudah diaktifkan atau belum, ikuti langkah-langkah seperti di bawah:
- Layari laman CHECK BONUSLINK REGISTRATION di sini: https://iots.bonuslink.com.my/CardRegistrationCheck.aspx
- Pilih salah satu:
- New IC No
- Old IC No
- Passport
- Mobile No
- Kami andaikan anda pilih New IC No, jadi masukkan sahaja Nombor MyKad anda
- Seterusnya, tekan butang Search
- Sekiranya pernah mendaftar, anda akan dapat melihat paparan berikut:
- BonusLink Card Registration found!
- Member Name
- BonusLink Card Number
- Selesai
Akhir kalam
Diharapkan agar perkongsian link login BonusLink ini akan memudahkan lagi urusan anda.
Jangan lupa kumpul points banyak-banyak untuk redeem nanti. Kalau anda isi minyak di beberapa stesen lain seperti Petroas, anda juga boleh daftar Kad Mestra Petronas juga.
Semoga bermanfaat.
forget passwork