Cara Register BonusLink (Daftar & Login di bonuslink.com.my)

Pernah tak nampak ada orang guna kad BonusLink di Shell? Sebenarnya, dia tengah kumpul points. Jika anda antara individu yang suka kumpul mata ganjaran atau rewards points, kad BonusLink adalah untuk anda. Jemput baca cara register BonusLink secara online di bonuslink.com.my seperti di bawah.

Sebelum itu, jika anda jenis yang selalu atas jalan, jemput juga baca cara daftar PlusMiles.

Cara register BonusLink online

Berikut ialah langkah-langkah dan cara daftar BonusLink yang mudah secara online.

  1. Layari laman web rasmi BonusLink di sini: https://bonuslink.com.my
  2. Pergi ke bahagian bawah, lihat Account > Free Sign Up
  3. Klik Membership Application
  4. Sebagai alternatif, untuk pautan terus bagi pendaftaran Bonuslink secara online boleh klik sini: https://www.bonuslink.com.my/EN/MemberApplication.aspx
  5. Di portal ini, baca terma dan syarat di bawah kategori Membership Application.
  6. Sekiranya anda bersetuju dengan terma dan syarat yang tertera, scroll ke bawah dan tick pada kotak untuk kenyataan di bawah, dan tekan butang ACCEPT.
  7. Pada laman seterusnya, beberapa ruangan perlu anda isikan. Diingatkan bahawa HURUF KECIL tidak dibenarkan untuk digunakan semasa mengisi maklumat anda, kecuali untuk EMEL ANDA SAHAJA.
  8. Pada ruangan Name as per IC, masukkan nama penuh anda, sama seperti yang tertera pada kad pengenalan anda.
  9. Untuk langkah dan cara register BonusLink seterusnya, pada ruangan Name on Card, isikan nama anda seperti yang anda mahu tertera pada kad Bonuslink anda.
  10. Pada Correspondence Address Line 1, masukkan alamat penuh anda untuk tujuan surat menyurat. Sekiranya alamat anda panjang, sambung selebihnya di Correspondence Address Line 2, 3 dan 4.
  11. Pada Town/City, masukkan bandar untuk alamat anda.
  12. Pada Postcode, masukkan poskod untuk alamat anda.
  13. Pada State, pilih negeri untuk alamat anda.
  14. Pada ruangan Office Tel No, masukkan nombor telefon pejabat anda, sekiranya ada.
  15. Pada ruangan Mobile Phone No, masukkan nombor telefon bimbit anda yang aktif dan boleh dihubungi.
  16. Pada ruangan E-mail, masukkan emel anda yang aktif dan boleh digunakan untuk login BonusLink nanti
  17. Pada Gender, pilih jantina anda, sama ada Female untuk wanita, atau Male untuk lelaki.
  18. Pada Marital Status, pilih status perkahwinan anda, sama ada Single untuk bujang atau Married untuk sudah berkahwin.
  19. Pada Race, pilih bangsa anda.
  20. Pada Date of Birth, tekan ruangan yang disediakan. Kalendar akan tertera. Pilih tarikh lahir anda.
  21. Pada Identity Type, pilih jenis identiti anda yang anda ingin gunakan untuk pendaftaran. Untuk mendaftar menggunakan MyKad anda, pilih New IC No.
  22. Pada ruangan di bawahnya, masukkan nombor kad pengenalan MyKad anda.
  23. Pada Occupation, pilih pekerjaan anda berdasarkan pilihan yang tertera.
  24. Pada Preferred Language, pilih bahasa yang anda ingin gunakan untuk urusan pendaftaran anda.
  25. Pada What is your mother’s maiden name, masukkan nama keluarga bagi keluarga sebelah ibu anda. Bagi yang beragama Islam, anda boleh memasukkan nama bapa kepada ibu anda.
  26. Pada Do you own a credit card?, pilih sama ada anda mempunyai kad kredit atau tidak.
  27. Pada Do you own a car?, pilih sama ada mempunyai kereta yang merupakan milik anda atau tidak.
  28. Tick sama ada anda ingin subscribe untuk E-Statement atau tidak.
  29. Tekan butang SUBMIT.
  30. Pendaftaran anda berjaya.
  31. Anda akan menerima kad Bonuslink anda ke alamat anda yang anda masukkan dalam pendaftaran dalam tempoh 2-3 minggu.
  32. Selepas itu, baru boleh login BonusLink

 

Login Bonus Link, selepas daftar

Berikut ialah langkah-langkah dan cara login BonusLink. Pastikan proses pendaftaran anda sudah berjaya seperti di atas. Pastikan juga kad BonusLink sudah ada di tangan.

  1. Layari laman web rasmi BonusLink di sini: https://bonuslink.com.my
  2. Lihat di bahagian menu sebelah atas
  3. Klik ikon yang berbentuk orang
  4. Di bahagian Welcome, klik Member Login
  5. Jika ini kali pertama login, anda dikehendaki untuk set Date of Birth iaitu Tarikh Lahir
  6. Klik sini untuk setup Date of Birth
  7. Masukkan BonusLink Card No
  8. Masukkan Nombor Kad Pengenalan (MyKad) yang baru
  9. Atau masukkan Nombor Kad Pengenalan lama, nombor passport atau nombor tentera / polis
  10. Tekan butang Submit
  11. Sekarang, kembali semula ke bahagian Member Login
  12. Masukkan BonusLink Card No
  13. Masukkan PIN atau Date of Birth yang dimasukkan sebentar tadi
  14. Tekan butang LOGIN
  15. Jika tidak ada apa-apa masalah, anda akan berjaya login BonusLink

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsin cara register BonusLink dan juga cara login BonusLink ini dapat memudahkan lagi hidup anda.

Benar, tak semua orang minat dengan loyalty cards.

Namun, bagi kita yang suka kumpul points dan tebus mata ganjaran tanpa keluarkan apa-apa duit, ini adalah sesuatu yang menyeronokkan.

Semoga bermanfaat.

7 thoughts on “Cara Register BonusLink (Daftar & Login di bonuslink.com.my)”

  1. Macamana nak tambah maklumat kad lama sebab masih ada point lagi? Saya dah cuba masukkan maklumat pada Bonuslink App tapi tak berjaya.

    Reply
  2. Saya ada mohon kad bonuslink dkt 3mgu dah tp tak ada sampai pun dkt rumah…permohonan sy tak berjaya ke?

    Reply

Leave a Comment