Cara Daftar EasyParcel (Register Online & Delivery Dari Rumah)

Anda pasti tertanya-tanya cara pos barang hanya dari rumah, bukan? Tapi, bukan itu sahaja malahan dapat terus hantar parcel ke rumah penerima. Caranya kurang pasti, bukan? Izinkan kami kongsikan cara daftar EasyParcel.

#1 Cara daftar EasyParcel

Berikut merupakan cara untuk mendaftar EasyParcel.

  1. Layari laman web https://easyparcel.com/my/bm/signup/
  2. Klik Daftar Secara Percuma (daftar secara manual)
  3. Masukkan Alamat Emel dan Kata Laluan pada ruangan yang disediakan.
  4. Klik pada kotak Saya Bersetuju Untuk Semua Terms & Conditions and Privacy Policy.
  5. Klik Daftar Secara Percuma.
  6. Masukkan maklumat yang terpapar seperti berikut:
    • Nama Penuh
    • Nama Keluarga
    • Nombor Telefon
  7. Klik Hantar Kod.
  8. Masukkan verification code seperti yang diterima melalui SMS.
  9. Klik Verify Code.
  10. Teruskan dengan mengisi maklumat seperti yang dipinta.

 

#2 Cara guna EasyParcel

Cara daftar EasyParcel telah dikongsikan seperti di atas. Sekarang, bagaimana pula cara untuk menggunakannya?

Untuk makluman, setelah selesai pendaftaran, anda boleh terus mula hantar barang guna EasyParcel.

  1. Layari laman web https://easyparcel.com/my/bm/signup/
  2. Klik Log In
  3. Masukkan Alamat Emel dan Kata Laluan pada ruangan yang disediakan.
  4. Klik Log Masuk
  5. Atau terus Log Masuk menggunakan Facebook/Google.
  6. Klik Single Parcel yang dipaparkan pada dashboard.
  7. Atau klik Send Parcel di sebelah kiri skrin kemudian klik Single Parcel.
  8. Poskod pengirim dan poskod penerima disikan pada medan postcode.
  9. Berat bungkusan pula dimasukkan pada ruangan weight(kg).
  10. Klik Quote & Book.
  11. Pilih kurier pilhan anda daripada senarai syarikat kurier yang dipaparkan.
  12. Pilih kurier yang mempunyai servis pick up.
  13. Servis pick up bermaksud syarikat tersebut mengambil parcel dari rumah.
  14. Klik Book.
  15. Kemudian, notis terpapar.
  16. Klik Okay apabila printer dan penimbang dah ready.
  17. Pada I would like to: klik Courier Pick up pada medan Fill In Sender Details. (maklumat pengirim)
  18. Masukkan pick up address (alamat), emel pada ruangan ikon surat dan nombor telefon di medan Fill In Sender Details.
  19. Kilk Next.
  20. Pada Receiver would like to: klik Deliver To Door pada ruangan Fill In Sender Details.
  21. Kemudian, masukkan maklumat penerima (receiver) pada ruangan Fill In Sender Details.
  22. Masukkan maklumat parcel pada ruangan Fill In Parcel Details.
  23. Masukkan barang apa pada medan Parcel Content, harga berapa pada ruangan Parcel Value dan Reference (new,fragile dan etc).
  24. Ruangan Courier Pick Up Date dipilih bagi memudahkan pengutipan parcel pengirim. Biasanya, kurier akan ambil dari pukul 11 pagi hingga 6 petang.
  25. Ada tiga option di bawah iaitu Tracking SMS, Tracking Email dan Air Waybil Branding. Klik pada kotak option yang diingini.
  26. Klik Add To Cart.
  27. Klik pada ikon sperti troli.
  28. Semak maklumat semula terutamanya alamat sender dan receiver.
  29. Klik Select All.
  30. Kemudian, klik Check Out.
  31. Kemudian, teruskan dengan klik Pay With Credits.
  32. Klik Go To Parcel Status.
  33. Klik ikon Print.

 

#3 Cara topup kredit

Cuba check dulu bahawa kredit masih cukup atau tidak. Kalau tidak, cara untuk topup kredit Easy Parcel ditunjukkan seperti di bawah.

  1. Buat pesanan seperti biasa hingga ke proses pembayaran dengan klik Check Out.
  2. Kemudian, klik Instant Pay.
  3. Klik Proceed with Instant Pay. Boleh guna coupon sekiranya ada.
  4. Pilih cara pembayaran anda dan klik Continue. (online banking, credit atau debit card juga boleh digunakan selain cara topup credit)

 

Akhir kalam

EasyParcel menyediakan perkhidmatan pos barang dari rumah ke rumah. Anda tidak perlu beratur lama semata-mata untuk pos barang.

Diharapkan agar perkongsian cara daftar EasyParcel dapat memudahkan lagi urusan anda.

Janganlah hanya menjual barang sahaja. Sekiranya anda ingin reward diri sendiri, sila baca cara beli barang di Shopee Malaysia dan juga cara beli barang di Lazada untuk beli apa-apa yang anda suka.

Semoga bermanfaat.

 

Leave a Comment