Cara Tukar Background Google Meet (Gunakan Snap Camera)


Kepada para pelajar dan pengguna Google Meet yang menggunakan Google Meet untuk tujuan menyiapkan pekerjaan, assignments mahupun yang telah bekerja, pada hari ini kami akan menjelaskan kepada anda tentang cara tukar background Google Meet.

Cara tukar background Google Meet

Seperti yang semua sedia maklum dan sedar, semenjak dunia kita dilanda pandemik Covid-19, segala aktiviti seperti pekerjaan dan pembelajaran diploma dan ijazah di kampus perlu dilakukan secara online. Seperti sebelum ini, segala aktiviti tersebut kita lakukan secara bersemuka dan bukan dengan cara online. Namun untuk kebaikan semua dan untuk melindungi diri daripada ancaman Covid-19, kita semua perlulah menyesuaikan diri dengan kaedah baru ini.

Oleh itu kerajaan telah mengimplementasikan kaedah pembelajaran secara online untuk semua pelajar daripada sekolah rendah sehingga kepada yang bertaraf pendidikan tinggi seperti diploma.

Google Meet merupakan salah satu platform untuk melakukan pembelajaran secara online ini selain daripada Skype dan Zoom. Google Meet menjadi pilihan yang mudah dan senang kerana kebanyakan pelajar dan ibu bapa mempunyai akaun Google mereka yang tersendiri.

Menukar background Google Meet (untuk komputer sahaja)

Untuk pengguna Google Meet yang telah biasa menggunakan servis dan aplikasi tersebut, pasti kadangkala anda tertanya-tanya terdapatkah feature menarik dan baru yang boleh anda tambahkan kepada akaun anda untuk menjadikan background sesi Google Meet anda lebih menarik.

Jangan risau, kerana kami akan mengajar anda langkah-langkah untuk anda menukar background anda.

Walau bagaimanapun, ciri baru ini hanya ditawarkan pada Google Meet di platform komputer dan laptop yang menggunakan ChromeOS dan pelayar Chrome pada sistem Windows dan MacOS sahaja.

Langkah-langkah menukar background menggunakan Snap Camera

  1. Anda perlu membuka Google Chrome anda dan taip Snap Camera dan tekan Enter.
  2. Pilih pilihan yang berada di atas sekali iaitu Snap Camera dan klik.
  3. Anda akan dibawa ke laman Snap Camera dan anda perlu tekan Download pada sebelah kanan atas anda.
  4. Baca segala terma dan syarat yang disediakan untuk anda pada halaman berikutnya dan klik Setuju.
  5. Setelah itu masukkan e-mel anda dan klik I Am Not A Robot dan klik pada Download For PC.
  6. Klik Open dan klik Run beserta Yes pada pop-up yang muncul dan Install aplikasi Snap Camera anda.
  7. Kemudian, anda boleh membuka aplikasi Snap Camera yang telah anda install pada PC anda.
  8. Terdapat banyak pilihan background yang anda boleh pilih untuk anda jadikan background Google Meet anda.
  9. Seterusnya anda buka Google Meet anda, dan klik pada Settings.
  10. Pada tetapan Camera anda, klik pada Video dan pada klik Snap Camera.
  11. Untuk mencuba background baru anda, klik sahaja pada join Join Or Start Meeting.
  12. Background baru anda akan ditetapkan sebagai default background untuk anda setelah anda masuk ke room baru anda.
  13. Selesai sudah proses penukaran background Google Meet anda.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian ini akan dapat memudahkan proses dan urusan anda untuk membuat penukaran background anda. Selain Google Meet, anda juga boleh dapatkan informasi berkenaan cara guna Google Form juga.

Seperkara lagi, andai anda tak ingat kata laluan, jemput baca cara tukar password Gmail.

Semoga bermanfaat.


Artikel Berkaitan

Cara Tukar Background Google Meet (Gunakan Snap Camera)

Leave a Comment