Kelebihan Susu Kambing (Banyak Kebaikan & Khasiat)

Banyak kelebihan susu kambing yang ada antara kita yang tidak tahu. Tambahan lagi, lebih banyak khasiat jika dalam diminum segar.

Walau bagaimanapun, jika duduk di kawasan bandar, bukan mudah untuk jumpa yang segar. Jika tidak dapat begitu, yang sachet juga boleh. Banyak jenama tempatan yang boleh diperolehi seperti Hi Goat, Lazz, Karihome, Wildan, Ar Rayyan, Juna, Arfah dan macam-macam lagi.

Susu kambing baik untuk ibu mengandung?

Adakah anda salah seorang ibu mengandung atau hamil yang mahu mencari informasi tentang khasiat susu kambing?

Untuk makluman anda, sumber dari Bubs Australia, pemakanan dan nutrisi untuk bayi bukannya bermula apabila mereka dilahirkan.

Yang menariknya, nutrisi untuk bayi itu sebenarnya bermula ketika ibunya sedang mengandung.

Dikatakan bahawa susu kambing sangat baik untuk diminum semasa hamil.

Ini kerana, ibu hamil yang minum susu kambing, secara tidak langsung bayi dalam kandungan juga akan menerima semua vitamin, mineral dan lemak yang sihat untuk sel mereka untuk mula membentuk dengan cara yang terbaik.

Sedikit mengenai susu

Susu boleh didefinisikan sebagai cecair yang berkhasiat dihasillkan oleh kelenjar mamari mamalia betina. Ia membekalkan sumber utama khasiat bagi anak yang baru lahir sebelum mereka mampu menghadamkan makanan yang lain.

Ia juga diproses menjadi hasil tenusu seperti krim, mentega, yogurt, aiskrim dan keju serta susu tepung. Selain mampu diperoleh daripada mamalia betina, susu yang paling mudah untuk kita kenali adalah susu ibu sendiri, yang diberikan kepada bayi melalui penyusuan badan, sama ada secara langsung atau boleh diperah untuk diberikan kemudian.

Beza susu lembu

Susu yang sangat popular dan mudah untuk didapati di mana-mana sekarang adalah susu lembu. Pelbagai produk tenusu yang anda boleh lihat di pasar raya atau kedai-kedai seperti susu tepung, susu pekat, dan juga susu di dalam kotak seperti Dutch Lady, semuanya hasil pemprosesan susu perahan daripada lembu. Susu lembu adalah rendah kandungan gula dan tinggi protein, berbanding susu ibu.

Susu lembu juga mengandungi 3.5-6.5% lemak susu, 4%-8.5% pepejal dan 88% komposisi berbentuk air. Protein utamanya adalah kasein dalam sekitar 80%, dan bakinya adalah protein whey. Tetapi, tahukah anda bahawa ada susu yang lebih berkhasiat berbanding susu lembu, iaitu susu kambing? Mengapa begitu?

Beza susu kambing

Susu kambing adalah sangat digemari oleh Rasulullah SAW. Seperti dalam kisah Abdullah bin Mas’ud yang menjadi penggembala kambing milik Uqbah bin Mu’aith, baginda dikatakan akan minum susu kambing sebaik ia diperah.

Kita mengetahui bahawa susu kambing pada awalnya sering dianggap berbau hamis dan kurang enak. Tetapi, seiring dengan perkembangan zaman, susu kambing telah melalui proses pembuatan berteknologi tinggi untuk menghasilkan susu dalam bentuk serbuk yang bebas bau hamis dan ditambah perisa enak untuk dinikmati oleh semua lapisan umur.

Kelebihan susu kambing

Kini, produk minuman susu kambing sentiasa mendapat permintaan yang tinggi kerana manfaatnya selain susu ini dikatakan susu terbaik selepas susu ibu.

Susu kambing ternyata mempunyai banyak khasiat. Antara kebaikan susu kambing ialah:

 

Kebaikan susu kambing, boleh mencantikkan kulit

Susu kambing diperkaya dengan kandungan asid lemak dan trigliserida, yang membuatkan ia bagus untuk kulit. Memandangkan susu kambing ini juga bersifat alkali, maka susu ini tidak akan menghakis kulit anda.

Selain itu, susu kambing juga penuh dengan kandungan vitamin A. Vitamin A merupakan nutrien penting untuk kulit. Asid laktik yang ada pada susu ini juga boleh melembapkan dan mencerahkan kulit.

Anda boleh menggunakan sabun susu kambing yang kini mudah didapati di mana-mana. Sabun susu kambing merupakan cara alternative yang anda boleh gunakan untuk meningkatkan kesihatan kulit, serta memberi kelegaan kepada anda yang mengalami simptom penyakit kulit seperti ekzema.

 

Mengimbangi pH badan

Kandungan mineral yang terdapat dalam susu kambing bersifat alkali. Susu ini dapat meneutralkan pH dalam darah dan membantu sistem penghadaman.

Jika seseorang individu mempunyai tahap asid yang tinggi dalam darah atau sistem penghadaman, dia akan sering mengalami simptom seperti keletihan yang melampau, gastrik, sakit kepala, jangkitan kulit dan pelbagai lagi penyakit lain.

 

Kelebihan susu kambing, ia mudah dicerna

Partikel lemak yang terkandung dalam susu kambing adalah lebih kecil. Ini menyebabkan proses pencernaan susu kambing menjadi lebih mudah.

Apabila telah sampai ke perut, protein yang terdapat dalam susu kambing menjadi seperti satu gumpalan tauhu yang lebih lembut berbanding susu lembu. Hal ini juga menyebabkan kurang iritasi kepada individu yang meminum susu kambing berbanding susu lembu.

 

Meningkatkan kesihatan otak

Kajian menunjukkan bahawa lipid dalam susu kambing boleh mengurangkan masalah kebimbangan.

Susu kambing juga memili konjugasi asid linoleik yang terkenal dengan manfaatnya yang dapat mempengaruhi perkembangan otak.

 

Menyihatkan jantung

Susu kambing merupakan sumber magnesium yang baik, mineral bermanfaat untuk jantung. Magnesium membantu mengekalkan kadar denyutan jantung yang tetap. Ia juga dapat menghalang pembekuan darah serta mengurangkan tahap kolesterol.

Susu kambing juga mengandungi rantaian asid lemak sederhana yang sebenarnya lebih banyak daripada susu lembu. Asid lemak ini terkenal dapat mengurangkan tahap kolesterol dan membantu merawat penyakit koronari.

Sangat baik untuk orang dewasa.

 

Kebaikan susu kambing, boleh menguatkan tulang

Produk tenusu memnag dikenali mempunyai khasiat luar biasa untuk menguatkan tulang. Susu kambing juga tidak terkecuali. Jadi, khasiat susu kambing yang lain ialah boleh menguatkan tulang.

Susu kambing sangat tinggi dengan kalsium. Ianya membekalkan kalsium yang tinggi tanpa memberi kesan sampingan. Selain itu, ianya dapat mengekalkan kestabilan kalsium dalam badan dan mengekalkan tulang yang sihat sepanjang hayat.

Jadi, risiko untuk mendapat penyakit seperti tulang rapuh ataupun osteoporosis dapat dielakkan. Orang dewasa, warga emas mahupun kanak-kanak sangat disarankan.

 

Mencantikkan rambut

Rambut anda memerlukan penjagaan yang sangat rapi. Kandungan pH yang stabil tidak hanya penting untuk badan, tetapi juga untuk kesihatan rambut.

Jadi, adalah logik untuk dikatakan bahawa susu kambing  sangat baik untuk kesihatan rambut. Anda boleh membilas rambut anda menggunakan susu kambing.

Tentunya anda akan mendapati perubahan yang ketara pada rambut anda. Anda juga boleh cuba gunakan susu kambing untuk menggantikan syampu, kemudain diikuti dengan perapi rambut kesukaan anda.

 

Agen metabolik terbaik

Susu kambing merupakan agen metabolik yang sangat baik. Susu kambing dapat meningkatkan penggunaan metabolik mineral-mineral penting seperti zat besi, magnesium, kalsium dan juga fosforus.

Tambahan pula, susu kambing juga mempunyai beta-casein A2, yang jauh lebih sihat daripada beta-casein A1 yang terkandung dalam susu lembu. Beta-casein A2 tergolong antara variasi beta-casein yang lebih selamat, sementara kembarnya, Beta-casein A1 didapati dapat menyebabkan terjadinya penyakit diabetes Jenis 1.

Beta-casein A2 inilah yang membuatkan khasiatnya menjadi paling hamper dengan susu ibu. Susu kambing juga kurang memberi alahan kepada bayi selepas selesai tempoh penyusuan ibu.

 

Kelebihan susu kambing, ia boleh menurunkan tahap kolesterol

Antara kelebihan lain yang terdapat dalam susu kambing adalah ianya mengandungi asid lemak yang penting seperti arakidonat dan linoleat.

Bahan-bahan ini terkandung lebih banyak dalam susu kambing berbanding susu lembu. Asid lemak ini turut befungsi sebagai sumber tenaga yang boleh dibakar dengan cepat dan disimpan dalam tubuh sebagai lemak baik.

Hal ini menguatkan lagi fakta bahawa susu kambing berfungi sebagai agen yang baik untuk membantu menurunkan kolesterol.

 

Menghalang anaemia

Anaemia ialah satu keadaan di mana badan kekurangan sel darah merah. Sel darah merah sangat penting untuk membawa oksigen ke seluruh badan.

Anaemia yang disebabkan oleh kekurangan zat besi adalah yang paling banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Zat besi adalah elemen yang penting dalam pembentukan sel darah merah.

Kekurangan zat besi menyebabkan badan tidak boleh menghasilkan hemoglobin (Hb) yang mencukupi, di mana

Hb merupakan protein penting dalam sel darah merah. Susu kambing memiliki bioavailability iron yang tinggi yang membantu dalam penyerapan zat besi. Pengambilan secara konsisten dapat menghasilkan lebih banyak zat besi, dan mampu mengatasi anaemia.

 

Khasiat susu kambing, boleh menghalang keradangan

Kajian membuktikan susu kambing dapat dijadikan sebagai makanan tambahan yang baik untuk menghalang keradangan.

Susu kambing dapat menjana innate & adaptive immune response dalam badan manusia, sekaligus membantu menghalang keradangan.

Kebolehan anti-keradangan ini adalah disebabkan sebuah chemical compoundyang terkandung dalam susu kambing bernama oligosaccharides.

Oligosaccharides dapat membantu keradangan bowel disease. Terdapat juga hasil kajian yang mengatakan bahawa chemical compound ini dapat mengurangkan radang usus.

 

Akhir kalam

Ternyata, banyak kelebihan yang anda dapat peroleh dengan susu kambing.

Selain meminum, susu kambing boleh digunakan untuk menguruskan diri kita seperti untuk rambut, serta untuk disabun ke seluruh kulit.

Pastikan anda memperoleh susu kambing yang asli, tanpa sebarang pengawet dan bahan tambahan demi mendapatkan khasiat yang terbaik untuk diri anda dan juga anak-anak anda.

Dalam banyak-banyak jenama susu kambing yang ada di pasaran, yang mana satu bagus?

Itu kami tidak boleh berikan jawapan. Anda kena cuba dahulu dan kongsikan dengan kami.

Izinkan kami berpesan, kalau tak boleh minum kerana ada bau, boleh sahaja cuba perisa kurma, kopi atau madu.

Semoga bermanfat.

2 thoughts on “Kelebihan Susu Kambing (Banyak Kebaikan & Khasiat)”

Leave a Comment