Tanda Awal Kehamilan (Adakah Mengandung Anak Lelaki / Perempuan?)


Bagi para isteri yang baru saja mendirikan rumah tangga, anda mungkin tertanya-tanya apakah tanda awal kehamilan yang anda akan rasakan sekiranya anda disahkan mengandung. Tambahan lagi, ada juga yang terus ingin tahu, apakah tanda hamil anak lelaki atau perempuan?

Bagi yang belum lagi mengandung, mungkin perlu tahu cara kira waktu subur terlebih dahulu. Jemput baca cara buat anak agar cepat hamil.

Bila tanda awal mengandung akan muncul?

Bagi sesetengah wanita pula, tanda yang paling awal akan muncul ialah seawal beberapa minggu setelah persenyawaan pertama.

Walau bagaimanapun, tanda-tanda yang disenaraikan bukanlah satu ujian muktamad bagi mengetahui samada anda mengandung atau tidak.

Tanda awal kehamilan

Jadi, di bawah kami senaraikan beberapa tanda awal kehamilan yang biasa, yang dialami dan dirasai oleh semua bakal ibu.

Tanda awal hamil #1: Lewat ‘period

Berapa hari sepatutnya anda perlu tunggu? Sebenarnya, bergantung pada keadaan.

Banyak tanda-tanda awal kehamilan yang anda akan alami sewaktu sekitar masa haid anda. Sekiranya waktu haid anda lewat dalam masa 3 atau 4 hari, anda tidak perlu risau kerana ianya sangat normal.

Namun apabila kelewatan telah mencapai sehingga melebihi satu minggu, anda mungkin perlu menjalani ujian mengandung menggunakan alat atau melalui ujian di klinik.

Namun begitu, bukan semua kelewatan dalam haid menunjukkan bahawa anda mengandung kerana ianya bergantung kepada tahap perubahan berat, hormon dan tekanan dalam badan anda.

Jalankan ujian mengandung bagi mendapatkan keputusan yang betul dan tepat.

Seperti kata MayoClinic, ini adalah salah satu tanda tanda awal mengandung yang klasik.

 

Tanda awal mengandung #2: Perubahan payudara

Anda mungkin sudah menjangkakan perubahan payudara anda semasa mengandung, dan bagi sesetengah wanita ini adalah salah satu daripada tanda-tanda awal kehamilan mereka. Tahap hormon anda berubah dan tidak menentu sepanjang kehamilan anda dan ini menyebabkan banyak perubahan dalam badan anda, termasuk ke atas saiz payudara anda.
Anda mungkin perasan bahawa payudara anda mungkin:

  • Bengkak
  • Menyakitkan
  • Sensitif
  • Berat
  • Kawasan areola menjadi gelap (kawasan sekitar puting)

Kesakitan payudara atau ketidakselesaan ini boleh menjadi satu masalah pada peringkat awal kehamilan, tetapi apabila hormon anda mula stabil, anda sudah boleh harapkan bahawa sebahagian besar daripada tanda-tanda ini akan berkurangan.

 

Tanda awal kehamilan #3: Pening dan mabuk

Tanda-tanda biasa yang sering dialami oleh wanita dalam menentukan kehamilan mereka adalah pening dan mabuk.

Kebanyakan wanita akan kerap muntah dan hilang selera makan pada minggu awal kehamilan mereka. Namun begitu, pening dan mabuk tersebut akan hilang dengan sendirinya setelah hormon anda sudah stabil.

 

Tanda awal kehamilan #4: Mengidam pelik-pelik

Mengidam merupakan tanda kehamilan terkenal di seluruh dunia. Tak kiralah dimana, hampir setiap wanita hamil akan merasai situasi mengidam ini apabila mereka hamil.

Tanda ini bukanlah satu petanda tetap bagi semua wanita hamil. Ada yang merasainya lebih awal iaitu sekitar minggu awal kehamilan dan ada juga yang alaminya pada akhir-akhir minggu kehamilan. Ia bergantung kepada tahap perubahan hormon dalam badan anda.

 

Tanda tanda hamil #5: Kerap ke tandas

Antara tanda awal mengandung yang lain ialah seseorang itu akan selalu ke tandas untuk membuang air kecil.

Apabila sudah masuk tandas, kadang-kadang tidak kencing pula.

Ini berlaku kerana dikatakan janin dalam kandungan “sedang menekan” pundi kencing ibu. Ini juga boleh berlaku disebabkan perubahan hormon.

 

Tanda tanda hamil mengikut jantina

Berkenaan tanda awal kehamilan di atas tadi, adakah tanda-tanda spesifik berkenaan dengan jantina bayi dalam kandungan?

Wanita yang hamil boleh mengetahui jantina bayi yang berada dalam kandungan mereka setelah beberapa bulan mengandung. Ia seiring dengan kemajuan teknologi masa kini.

Walau bagaimanapun, ramai wanita yang hamil kerap membuat andaian berkenaan jantina bayi mereka melalui tanda-tanda fizikal yang dialami oleh wanita yang hamil tersebut.

Ia adalah berasal dari kepercayaan orang-orang lama.

Ingat, baca boleh, percaya seratus-peratus, jangan.

 

Tanda hamil anak lelaki

Antara tanda-tandanya adalah:

  • Garis di Perut

Bagi wanita hamil, satu garis berwarna gelap akan muncul pada permukaan perut anda. Ianya dikatakan sekiranya garis tersebut panjang ke bawah, anda akan mendapat anak lelaki.

  • Perubahan Personaliti

Sekiranya wanita tersebut berkelakuan kasar, mereka dikatakan akan mendapat bayi lelaki oleh kerana peningkatan tahap testosteron dalam badan mereka.

  • Mengidam Makanan Masam

Apabila anda sedang mengandungkan seorang anak lelaki, anda akan mengidam makanan yang masam yang masin sepanjang kehamilan anda.

Walaupun ada antara tanda-tanda ini yang tidak disedari dan tidak diketahui, diingatkan sekali lagi, tanda awal kehamilan anak lelaki ini bukanlah sesuatu yang tepat dan pasti.

Rujuk dengan doktor untuk mengetahui jantina sebenar.

 

 

Tanda hamil anak perempuan

Antara tanda-tandanya adalah:

  • Garis di Perut

Bagi wanita hamil, satu garis berwarna gelap akan muncul pada permukaan perut anda. Ianya dikatakan sekiranya garis itu pendek, anda akan mendapat anak perempuan.

  • Perubahan Personaliti

Sekiranya wanita tersebut berkelakuan lembut, mereka dikatakan akan mendapat bayi perempuan.

  • Mengidam Makanan Masam

Apabila anda sedang mengandungkan seorang anak perempuan, anda tidak akan mengidam makanan yang masam yang masin sepanjang kehamilan anda.

Walaupun mungkin ada antara tanda-tanda ini yang jarang berlaku, malahan tidak disedari dan tidak diketahui, diingatkan sekali lagi, tanda awal kehamilan anak perempuan ini bukanlah sesuatu yang jelas, tepat dan pasti.

Rujuk dengan doktor untuk mengetahui jantina anak sebenar.

 

Akhir kalam

Tanda awal mengandung

Kesimpulannya, walaupun kami hanya menyenaraikan beberapa tanda awal kehamilan sahaja, terdapat banyak lagi tanda-tanda atau petua tradisional yang diikuti bagi mengetahui jantina bayi anda.

Namun begitu, petanda-petanda di atas tidaklah tetap dan jangan mengharapkannya semata-mata. Anda dinasihatkan untuk ke klinik atau hospital bagi mengetahui jantina sebenar anak anda.

Apa-apa pun, jaga diri baik-baik. Didoakan agar anda yang sedang membaca artikel ini, dikurniakan anak yang sihat dan anak yang bijak, bakal berbakti untuk agama, bangsa dan negara.

Apabila dia sudah besar, pastikan cara didik anak nanti mengikut landasan Islam.

Semoga bermanfaat.

Sebarkan kebaikan

Leave a Comment