Cara Buat Lelaki Ego Menyesal (Selamatkan Hubungan Atau Sebaliknya?)

Bila sebut sahaja tentang ego, mesti semua orang pun tahu kalau bercinta dengan lelaki yang jenis ego tinggi melangit inilah paling mencabar. Asyik dia saja yang betul dan nak menang. Jadi, di sini kami nak kongsikan dengan anda mengenai cara buat lelaki ego menyesal kepada wanita dekat luar sana yang tidak tahu nak buat apa dah.

Manalah tahu kalau-kalau artikel ini boleh membantu.

Apa-apa pun, anda sedia maklum bahawa ego ini tidak semestinya datang dari lelaki kerana ada juga perempuan yang egonya lebih tinggi mengalahkan lelaki. Jadi, janganlah pula menghukum mana-mana pihak kerana semuanya terpulang kepada sikap individu itu sendiri.

Tetapi, untuk penulisan kali ini. Izinkan kami berkongsi mengenai cara buat lelaki ego menyesal khas buat wanita-wanita di luar sana.

 

Cara buat lelaki ego menyesal

Berikut merupakan beberapa cara buat lelaki ego menyesal yang anda mungkin boleh cuba.

1. Putuskan hubungan dengan lelaki ego

Setiap orang mempunyai hubungan percintaan yang berbeza-beza perjalanannya. Ada wanita yang dapat teman lelaki penyabar, baik hati, penyayang dan soft-spoken. Senang cerita, semua sifat lelaki melayu terakhir itu ada padanya. Namun, ada juga yang dapat teman lelaki dengan perangai sebaliknya seperti mempunyai ego yang tinggi.

Ada wanita yang mungkin boleh tahan dengan lelaki ego ini. Tetapi, untuk wanita yang tidak tahan dan perlukan cara buat lelaki ego menyesal adalah lebih baik putuskan saja hubungan dengan dia. Ini kerana, pada kebiasaannya wanita yang selalu hadapi lelaki ego ini hubungan mereka kebanyakannya sentiasa tegang kerana tidak sefahaman.

Biasanya, orang ego ini memang nak menang saja setiap masa. Jadi, walau apa pun pendapat yang anda keluarkan, dia akan cuba nafikan dan pastikan setiap keputusannya mesti selalu betul dan semua orang kena dengar cakap dia walaupun salah.

Sayang memanglah sayang. Tetapi, kalau kita saja yang selalu mengalah mestilah penat. Betul tak? Lama-kelamaan anda boleh jadi bosan dengan hubungan itu.

 

2. Jangan bagi muka dan tak payah layan sangat

Kalau rasa ego lelaki itu melebihi segalanya cubalah jangan bagi muka sangat dekat dia. Sebab, bila anda asyik ikut telunjuk dia saja, dia akan rasa dia mampu mengawal semuanya termasuklah anda. Silap-silap semua perkara yang anda nak buat pun dia pula yang tentukan untuk anda.

Walaupun wanita ini memang lemah dari lelaki secara fizikal. Tetapi, jadilah wanita yang kuat dari luaran dan bijak membaca situasi. Jika anda rasa dia punya ego itu dah over sangat, buat endah tak endah saja dengan kewujudan dia. Lagi bagus kalau tidak perlu bagi perhatian sangat dekat dia.

Barulah nanti dia sedar yang bukan ego dia saja yang harus dilayankan setiap masa. Hati dan perasaan orang lain pun kena faham juga.

 

3. Buat lelaki ego menyesal dengan cara belajar jual mahal

Memang kita dah tahu yang wanita ini sifatnya lemah lembut dan penuh kasih sayang terutamanya pada lelaki yang mereka cinta dan suka. Namun, sekali-sekala kalau nak buat lelaki ego menyesal cubalah belajar untuk jual mahal. Jangan selalu mengalah dan biarkan saja dia menangkan egonya.

Walaupun anda seorang wanita yang ingin menjaga perasaan teman lelaki anda, anda tidak boleh terlihat lemah. Kadang-kadang anda kena jadi tegas dengan setiap perkara yang anda rasa tidak harus berlaku. Misalnya, jika teman lelaki anda memarahi anda kerana menegur kesilapannya walhal memang apa yang dia buat itu salah.

Tetapi dek kerana ego, dia tidak boleh terima teguran anda.

Jika situasi seperti di atas berlaku, anda harus speak up for yourself atau speak the truth. Jangan iyakan saja perkara salah yang dia buat. Buktikan anda bukan wanita yang kalah dengan ego dia dan bila dia merayu kepada anda, jangan mudah goyah.

Biar dia mengakui kesalahannya terlebih dahulu dan meminta maaf kepada anda.

 

4. Bagi kata dua (biar dia buat pilihan)

Cara ini adalah salah satu cara buat lelaki ego menyesal yang paling mudah dan mampu mendapat jawapan yang pantas. Memang nampak macam kelakar cara ini tetapi bila anda mungkin sudah buntu dengan ego teman lelaki anda, anda cuba bagi kata dua kepada dia.

Anda suruh dia buat pilihan antara diri anda atau egonya. Kalau dia betul-betul sayangkan anda dan tidak mahu kehilangan anda, mesti dia akan lebih memilih untuk turunkan egonya dan pilih anda. Cara ini juga bagus untuk bagi hint kepada dia yang anda sudah meluat dengan egonya yang setinggi gunung itu.

Apabila anda sudah berikan kata dua, itu bermakna dia kena sedar bahawa sudah sampai masa untuk dia berubah jadi lelaki yang lebih baik dan jangan terlalu ego.

 

5. Buat lelaki ego menyesal dengan cara mengalah ketika egonya sedang menguasai

Kadang-kadang mungkin kita rasa bila lelaki tengah ego kita kena jadi ego juga. Tetapi ada masanya cara itu tidak selalu betul. Anda pernah dengar tak? Orang tua-tua kata apabila api sedang marak, jangan disimbah lagi minyak ke dalamnya atau api lawannya air.

Begitulah diumpamakan keadaan apabila lelaki sedang ego. Anda haruslah menangani egonya dengan sabar dan tenang. Cuba mengalah terlebih dahulu dan biarkan saja dia melayan egonya sendiri. Dalam masa dia sedang ego, anda ambil masa untuk bertenang dan cuba memohon maaf walaupun anda tidak buat salah.

Kadangkala, maaf bukan tanda kita salah tetapi untuk meredakan keadaan yang tiada penghujungnya. Ada sesetengah situasi yang sesuai menggunakan cara ini kerana cara ini akan buat lelaki sedar yang dia telah melampaui batas dan rasa serba salah dengan tindakannya terhadap anda.

 

6. Berpura-pura bagi lelaki harapan palsu untuk selama mana hubungan anda telah berlanjutan

Salah satu cara lagi untuk ajar si lelaki yang ego ini dengan berpura-pura katakan kepada dia bahawa hubungan yang anda jalinkan ini tidak ada apa-apa maknanya bagi diri anda dan anda hanya ingin menguji dirinya. Jika dia ikhlas menyayangi anda, dia tidak akan terima dengan apa yang anda katakan dan meminta penjelasan dari anda.

Sekiranya terjadi keadaan seperti itu, anda boleh menasihatinya untuk berubah dan sebagainya. namun, sekiranya dia masih dengan egonya. Anda teruskan dengan lakonan anda dan biarkan egonya tercalar kerana telah merasakan dirinya dipermainkan.

Namun begitu, untuk menggunakan cara ini. Sila pastikan teman lelaki anda bukan seorang yang panas baran dan seumpamanya. Bimbang nanti lain pula yang jadi.

 

Akhir kalam

Kesimpulannya, untuk menang dengan lelaki ego ini bukanlah sesuatu yang mudah. Ada lelaki lebih memilih untuk menangkan ego mereka dari memperbaiki sikap mereka ke arah yang lebih baik. Tetapi, kenapa lelaki ego sangat dengan orang perempuan? Kalau nak tahu, kenalah tanya lelaki sendiri.

Walau bagaimanapun, sekali lagi kami tegaskan di sini bahawa ego ini bukan hanya datang dari lelaki sahaja, perempuan pun ada yang ego. Oleh itu, jangan pula anggap semua lelaki itu sama. Ada ramai lagi lelaki yang baik di dunia ini.

Diharapkan perkongsian kami mengenai cara buat lelaki ego menyesal ini dapat memberikan pencerahan kepada wanita di luar sana yang memerlukan.

Semoga bermanfaat.

2 thoughts on “Cara Buat Lelaki Ego Menyesal (Selamatkan Hubungan Atau Sebaliknya?)”

  1. bila habis baca semua step2 nie,, tetiba baca ayat bawah skli

    “Namun begitu, untuk menggunakan cara ini. Sila pastikan teman lelaki anda bukan seorang yang panas baran dan seumpamanya. Bimbang nanti lain pula yang jadi.”

    aduhhh risau,,, baru nak guna tips nie,, sbb DIA tu mmg panas baran… mcm mna ea kalau ada lelaki ego tapi panas baran..

    tolong share…..

    Reply
  2. putuskan jika blum halal..skrang isu nya suami ,tidak kesal kehilangan isteri,perbuatan krna ego meruntuhkan rumah tangga.. bagaimana nak atasi ?

    Reply

Leave a Comment