Cara Daftar GLOW Global Online Workforce (glowmalaysia.com)


Salah satu inisiatif yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam PENJANA ialah memperkenalkan Global Online Workforce (GLOW) yang diterajui oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).  Mohon izin untuk kami kongsikan cara daftar GLOW melalui glowmalaysia.com

Sedikit mengenai GLOW Malaysia

Program Global Online Workforce bertujuan untuk memperkasakan dan membimbing rakyat Malaysia untuk menjana pendapatan secara “online” dan “remote” dengan menyediakan perkhidmatan profesional untuk pelanggan antarabangsa dan tempatan.

Program ini adalah percuma dan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas.

Program latihan GLOW ini juga meliputi latihan intensif dalam kelas, bimbingan pengajaran (mentoring) secara maya dan sokongan dari rakan komuniti.

Untuk memasuki program ini perlu buat permohonan pendaftaran terlebih dahulu.

Syarat kelayakan GLOW

Boleh mulakan membaca cara daftar GLOW, pastikan anda baca kriteria di bawah terlebih dahulu.

  • Mesti celik komputer.
  • Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik kerana 
anda akan berinteraksi dengan pelanggan antarabangsa
  • Memiliki set kemahiran khusus yang dikehendaki
  • Boleh memberikan komitmen, usaha dan ketekunan

Tidak kira anda OKU, ibu tunggal, penganggur, graduan, pesara, suri rumah mahupun golongan profesional yang sudah berpengalaman, anda layak untuk memohon dan menyertai program ini.

Cara daftar GLOW

Berikut ialah cara daftar GLOW Global Online Workforce secara online

  1. Layari laman web rasmi GLOW di sini: https://glowmalaysia.com
  2. Di bahagian menu atas, pilih Bahasa Melayu (BM)
  3. Klik butang Daftar di bahagian menu atas
  4. Anda akan dibawa ke satu laman web lain di sini: https://globalonlineworkforce.typeform.com/to/WS4rtF
  5. Teruskan mengisi borang tersebut dengan:
    • Nama Penuh
    • Tarikh Lahir
    • Nombor Kad Pengenalan (MyKad)
    • Jantina
    • Nombor Telefon Bimbit
    • Alamat E-mel
    • Tahap pelajaran tertinggi
      • SPM
      • Diploma
      • Degree
      • Master
      • PHD
    • Pilih kategori kursus yang dipelajari
    • Klik “I Accept” untuk mengesahkan maklumat yang diberi kepada GLOW Malaysia

 

Maklumat lanjut GLOW Malaysia

Buat masa ini, program ini masih lagi belum diwar-warkan secara meluas oleh media massa.

Walau bagaimanapun, jika anda ingin bertanya atau mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi:

 

Akhir kalam

Register GLOW Global Online Workforce (glowmalaysia.com)

Tenaga pengajar latihan program GLOW terdiri daripada freelancer yang berpengalaman dan telah berjaya. Mereka juga akan menjadi mentor anda sehingga anda yakin dan berjaya membida projek dalam platform.

Ini adalah sesuatu yang jarang dikongsikan oleh orang yang sudah berjaya.

Rebutlah peluang ini untuk menjana pendapatan. Ikut sahaja cara daftar GLOW Malaysia seperti di atas. Jika Allah tetapkan rezeki untuk kita, In Shaa Allah dapat.

Semoga bermanfaat.


Leave a Comment