Bantuan PENJANA 2020 Malaysia (penjana.treasury.gov.my)


Pelan Jana Semula Ekonomi Negara ataupun PENJANA 2020 telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 5 Jun 2020. Ramai yang kecewa kerana menunggu berita samada PKP dilanjutkan atau tidak.

Ramai juga yang kecewa kerana sebenarnya mereka menunggu pengumuman boleh merentas negeri atau tidak.

Walau bagaimanapun, izinkan kami berkongsi.

Sedikit mengenai PENJANA 2020

Selepas PRIHATIN, kini kerajaan memperkenalkan PENJANA.

PENJANA 2020 adalah satu lagi inisiatif kerajaan untuk memuliahkan ekonomi Malaysia secara berperingkat yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19.

Tidak seperti PRIHATIN yang lebih menjurus kepada bantuan, PENJANA adalah satu inisiatif yang mempunyai pelan yang cukup lengkap.

Dikatakan bahawa sebanyak RM35 billion telah diperuntukan bagi meransang ekonomi negara.

Penerima bantuan dan manfaat PENJANA 2020

Bantuan PENJANA Malaysia 2020

Berikut adalah antara beberapa golongan yang bakal menerima bantuan dan manfaat dari PENJANA.

  • Penganggur
    • Di bawah Program Insentif Pengambilan Pekerja, akan ada insentif bagi menggaji penggangur berumur di bawah 40 tahun sebanyak RM800 sebulan bagi setiap pekerja
    • Di bawah Program Insentif Pengambilan Pekerja juga, akan ada insentif bagi menggaji penganggur berumur 40 tahun dan ke atas sebanyak RM1,000 sebulan bagi setiap pekerja
  • Pekerja
  • Majikan
    • Program Subsidi Upah (PSU) untuk majikan sebelum ini adalah sebanyak RM600 sebulan untuk setiap pekerja. Maksima 200 pekerja bagi setiap syarikat. Kerajaan akan melanjutkan PSU selama 3 bulan lagi.
    • Majikan dari sektor sektor pelancongan dan sektor-sektor yang tersenarai dalam aktiviti ekonomi yang dilarang sepanjang tempoh PKPB, juga boleh memohon subsidi upah dengan syarat pekerja tersebut menerima bayaran subsidi secara langsung.
  • Orang Kurang Upaya (OKU)
    • Di bawah Program Insentif Pengambilan Pekerja, akan ada insentif bagi menggaji penganggur golongan OKU sebanyak RM1,000 sebulan.
    • OKU yang tersenarai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat layak menerima bantuan one-off sebanyak RM300. Bayaran bantuan akan diberikan sebelum Hari Raya Haji 2020.
  • Ibu tunggal
    • Ibu tunggal yang tersenarai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat layak menerima bantuan one-off sebanyak RM300. Bayaran bantuan akan diberikan sebelum Hari Raya Haji 2020.
  • Pengguna pengangkutan awam
    • Kerajaan akan memperkenalkan pas perjalanan tanpa had berjumlah RM30 sebulan yang dikenali sebagai Program MY30 di bawah seliaan Prasarana di Lembah Klang
  • Golongan B40
    • Skim PEKA B40 akan ditambah-baik untuk membiayai saringan kesihatan dan kemudahan peralatan perubatan
  • Dan banyak lagi
  • Kami akan terus kemaskini

 

Ringkasan 40 Inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara 2020

Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA MALAYSIA 2020)

Memperkasakan Rakyat

  • Program Subsidi Upah
  • Menaik Taraf Portal Perkhidmatan Pekerjaan Negara
  • Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan
  • Program Kemahiran dan Peningkatan Kemahiran
  • Perlindungan Sosial dan Latihan bagi Pekerja Ekonomi Gig
  • Insentif Pengaturan Kerja Fleksibel
  • Subsidi Penjagaan Anak
  • Subsidi Pengangkutan Awam MY30
  • Bantuan Sosial bagi Golongan Mudah Terjejas
  • Skim Kesihatan PEKA B40
  • Perkhidmatan Internet untuk Pembelajaran dan Peningkatan Produktiviti

 

Melonjakkan Perniagaan

  • Kempen E-Dagang kepada Perusahaan Mikro dan PKS
  • “Shop Malaysia Online” bagi Penggunaan Dalam Talian
  • Penggunaan Teknikal dan Digital bagi PKS dan Syarikat di Peringkat Pertengahan (MTC)
  • Pusat Sehenti MyAssist SME
  • Pembiayaan PKS PENJANA
  • Pembiayaan Sektor Pelancongan PENJANA 2020
  • Pembiayaan Mikrokredit PENJANA
  • Pembiayaan Mudah Bumiputera
  • Skim SME-Go bagi Membantu Aliran Tunai PKS
  • Mempercepat Pembayaran untuk Rangkaian Bekalan GLC dan Syarikat Korporat
  • Potongan Cukai untuk Perbelanjaan berkaitan COVID-19
  • Sokongan untuk Meringankan Beban Kewangan Perniagaan
  • Melonjakkan Perusahaan Sosial
  • Memacu Penubuhan Perniagaan Baharu

 

Merangsang Ekonomi

  • Dana PENJANA Nasional
  • National Technology and Innovation Sandbox
  • Pendigitalan Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan
  • Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia
  • ePENJANA 2020
  • Insentif bagi Sektor Hartanah
  • Insentif Cukai untuk Pembelian Kereta
  • Pelanjutan Waktu Perkhidmatan dalam Norma Baharu
  • Malaysia Sebagai Destinasi Pelaburan Pilihan
  • Sokongan Sektor Pelancongan
  • Sokongan bagi Sektor Seni, Budaya dan Hiburan
  • Sokongan Sektor Pertanian dan Makanan
  • Sokongan Sektor Komoditi
  • Rang Undang-Undang COVID-19 (Langkah Sementara)
  • Sukuk PRIHATIN

 

Maklumat lanjut PENJANA 2020

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk pautan berikut:

 

Permohonan bantuan PENJANA 2020

Bukan semua yang terdapat dalam PENJANA adalah bantuan. Secara ringkasnya, PENJANA adalah satu inisiatif, bukan bantuan semata-mata.

Ada beberapa inisiatif yang tidak perlu buat permohonan apa-apa. Ada juga inisiatif yang memerlukan permohonan.

Dari semasa ke semasa, kami akan kemaskini permohonan PENJANA 2020 bagi golongan yang terbabit.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar PENJANA 2020 ini benar-benar dapat meningkatkan lagi ekonomi Malaysia.

Dalam kita sibuk ingin melonjakkan ekonomi, jangan dilupakan golongan yang tidak berkemampuan.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • bantuan penganggur
  • bantuan pengangur
  • bantuan penjana ekonomi
  • bantuan sosial bagi golongan mudah terjejas 2020
  • cara memohon jenjana 2020 untuk golongan mudah terjejas
  • penjana sme financing
  • permohonan penjana untuk syarikat
  • PROGRAM INSENTIF PENGAMBILAN PEKERJA DAN BANTUAN LATIHAN
  • マレーシア PENJANA

13 thoughts on “Bantuan PENJANA 2020 Malaysia (penjana.treasury.gov.my)”

  1. Assalamualaikum. Sayarikat saya menjalankan perniagan berkaitan dengan pengendalian latihan, kursus, perunding pendidikan dan kelas bimbingan. Apakah geran yang boleh saya mohon agar business saya terus boleh hidup?

    Reply
  2. Saya pengusaha restoran dah terlepas mohon gkp atas sebab2 tertentu. Bokehkah saya memohon incentif penjana?

    Reply
  3. Saya peniaga restoran tidak mendapat bantuan prihatin dan masih menunggu jawapan rayuan geran khas prihatin…. bagaimana saya ingin memohon PENJANA

    Reply

Leave a Comment